‘Bila kau nak kahwin?’
‘Kawan-kawan sebaya semua dah ada
anak. Tak teringin ke?’
‘Ingat umur tu makin muda ke?’
“Ah! Bosan! Salah ke kalau kahwin
lambat? Zaman sekarang ni standard apa kalau kahwin lambat! Dalam agama sendiri
pun tak cakap salah, berdosa pun tak kalau dah namanya jodoh belum sampai”
rungut Nur Dhira Atilea sendirian mengenangkan nasib diri yang sering disindir
kerana belum bertemu jodoh
“Jodoh belum sampai?”
Nur Dhira Atilea segera memandang
ke arah suara yang menegur. Nafas segera dihembus perlahan sambil mengerutkan
dahi. Dia menahan sabar kerana tidak mahu memulakan pergaduhan seperti
sebelumnya, dan dengan langkah perlahan, dia meninggalkan insan yang menegur
dirinya.
“Kau ni kenapa Dhira?” soal
Qhalif Ikhman
“Kau jangan sibuk boleh tak?
Kenapa kau suka menyibuk semua hal aku?”
“Dhira, sampai hati kau...”
Bicara Qhalif Ikhman terhenti
apabila mendengar dentuman pintu bilik air yang dihempas Nur Dhira Atilea.
Qhalif Ikhman menghela nafas perlahan sambil meraup mukanya untuk menahan sabar
dengan kerenah Nur Dhira Atilea buat kesekian kalinya.
“Dhira, sampai bila kau nak macam
ni dengan aku?” lemah Qhalif Ikhman menutur kata
Dengan perlahan, Qhalif Ikhman
menuju ke biliknya untuk sekali lagi melihat gambar yang hanya tinggal kenangan
bersamanya kini. Kenangan yang sangat-sangat dirinduinya.
********************************************************
“Ikhman, kau sorang je? Mana
Rafiq?” soal Nur Dhira Atilea
“Rafiq lambat sikit, dia suruh
aku datang dulu, kesian kau tunggu sorang-sorang nanti” ujar Qhalif Ikhman
Qhalif Ikhman sengaja berbohong
kepada Nur Dhira Atilea dengan mengatakan bahawa Adli Rafiq yang menyuruhnya
datang dahulu, sedangkan dia yang tidak sanggup membiarkan Nur Dhira Atilea
bersendirian menunggu mereka kerana dia sudah mengetahui Adli Rafiq jenis yang tidak
dapat menepati janji. Adli Rafiq sering datang lewat sekiranya berjanji untuk
berjumpa, dan dia risau sekiranya sesuatu yang tidak elok akan berlaku kepada
gadis tersebut.
“Dhira, aku ade benda nak cakap
kat kau ni” ucap Qhalif Ikhman sambil menggaru kepalanya yang tidak gatal
“Kau ni Ikhman, tak boleh tunggu
Rafiq ke? Sabarlah! Kau cakaplah depan Rafiq nanti, tak baik tau kau nak
rahsiakan daripada pengetahuan dia, dah lah kau berjiran sebelah rumah, tadi
pun tinggalkan dia” marah Nur Dhira Atilea
‘Takkan aku nak luahkan perasaan
aku dekat Dhira depan Rafiq kot? Buatnya Dhira reject aku, malu berganda aku’
bicara hati Qhalif Ikhman
“Hello my friends!”
Serentak Qhalif Ikhman dan Nur
Dhira Atilea memandang ke arah datangnya suara tersebut. Qhalif Ikhman perasan
riak wajah Nur Dhira Atilea berubah ceria apabila melihat kedatangan Adli Rafiq.
Dia hanya mampu menunduk menahan perasaan sebelum mendongak membalas pandangan
Adli Rafiq.
Ketukan pintu bilik pejabatnya
menyedarkan Qhalif Ikhman dari kenangan semalam. Dia lantas menyuruh
setiausahanya masuk selepas dia menyimpan gambar kenangan semasa dizaman
persekolahan dan bersedia untuk memulakan tugas.
“Encik Qhalif, saya nak ingatkan
encik yang encik ada meeting petang ni” ujar Idayu
“Okay thanks! I’m on my way”
balas Qhalif Ikhman sambil bangun dari kerusinya
********************************************************
Qhalif Ikhman memerhati tingkah
Nur Dhira Atilea yang tidak senang duduk kerana masih lagi belum mendapat teksi
untuk pulang kerumah selepas habis waktu kerja.
Jam ditangan dikerling sekilas sebelum dia memandu menghampiri. Dia
bergegas balik kepejabat selepas tamat mesyuarat kerana khuatir akan keadaan
Nur Dhira Atilea yang belum memiliki kenderaan sendiri untuk berulang-alik ke
tempat kerja.
“Dhira, masuklah, aku hantar kau
balik” ujar Qhalif Ikhman dari dalam kereta
Nur Dhira Atilea memberi jelingan
tajam kepada Qhalif Ikhman sebagai jawapan yang dirinya tidak sudi untuk
menumpang. Dia masih lagi memandang ke arah jalan raya untuk melihat sekiranya
ada teksi yang lalu tanpa menghiraukan Qhalif Ikhman yang masih lagi setia
menunggu.
Qhalif Ikhman segera keluar dari
kereta apabila tidak dihiraukan dan dengan pantas melangkah ke arah kerusi yang
diduduki Nur Dhira Atilea. Dia sudah tidak peduli dengan reaksi yang dipamerkan
kerana sudah sepuluh tahun dia menerima reaksi sebegitu dari Nur Dhira Atilea
selepas pemergian Adli Rafiq.
“Dhira, dah lewat ni. Jom aku
hantar kau balik”
“Aku tak nak balik dengan kau”
“Dhira, please! Sampai bila kau
nak macam ni dengan aku?”
“Sampai ingatan aku hilang pada
kejadian yang menimpa Rafiq!” jerit Nur Dhira Atilea
“Dhira, aku..”
“Pembunuh!”
“Kaki aku kejang masa tu Dhira,
aku tertarik Rafiq”
“Kau tak ikhlas ajar kitorang
berenang kan? Kau dah tau Rafiq tak pandai berenang, so kau tarik dia!”
“Sumpah Dhira! Aku sanggup
junjung Al-Quran yang aku langsung tak berniat nak tarik Rafiq! Rafiq kawan
baik aku, kalau kau sedih, aku lagi sedih, aku rasa sakit sangat masa kaki aku
kejang, aku tak sengaja tarik Rafiq”
“Aku tau kau marah sebab aku tak
nak dengar apa yang kau nak cakap masa tu kan? So, Rafiq yang menjadi mangsa!
Kau memang keji! Menyesal aku dapat kawan macam kau, dan sekarang perasaan
benci aku pada kau makin bertambah sebab kau masuk syarikat tempat aku bekerja
dan menjadi ketua aku!”
“Dhira!”
“Apa? Kau nak cakap apa? Kau tak
puas hati kan selagi tak cakap dekat aku apa yang kau nak cakap dulu kan? So,
kau boleh cakap sekarang!”
“I’m sorry Dhira! Kau dah salah
faham” sayu kedengaran nada Qhalif Ikhman
“Fine! Kau tak nak cakap kan?
Bukan masalah aku! Aku harap nyawa aku masih panjang sebab kau sendiri yang pilih
untuk tidak bercakap!”
Nur Dhira Atilea lantas bangun
menahan teksi yang lalu dan pergi meninggalkan Qhalif Ikhman yang masih duduk
merenung lantai diperhentian teksi tersebut.
********************************************************
“Dhira, Iman, sorry aku lambat!
Dah jom kita pergi, aku dah tak sabar nak belajar berenang ni” ceria nada Adli
Rafiq
“Rafiq, sebelum ni kau takut
dengan air, kenapa hari ni kau terlebih excited pulak nak berenang?” soal
Qhalif Ikhman
“Ala Iman, kau ni ikhlas tak nak
mengajar aku berenang? Semalam cakap ikhlas, hari ni macam tak ikhlas pulak aku
tengok” rungut Adli Rafiq
“Aku ikhlaslah Rafiq! Kau kan
kawan baik aku, of course aku gembira sebab finally kau berani jugak lawan
perasaan takut kau tu tapi kenapa pulak sampai terlebih excited ni?”
“Dahlah korang, kalau bersembang
je sampai esok pun kita kat sini lagi” celah Nur Dhira Atilea pula
“Betul cakap Dhira tu Iman. Dah
jomlah tak payah buang masa lagi”
Qhalif Ikhman hanya mampu
mengangkat bahu melihat keterujaan kawan-kawannya untuk belajar berenang. Sesuatu
yang tidak disangka telah berlaku, dimana kakinya telah mengalami kekejangan
semasa membantu Adli Rafiq untuk mengimbangi badan didalam air, dan dengan
tidak sengaja dia telah memaut tubuh rakannya itu. Adli Rafiq yang tidak
mengetahui cara mengawal pernafasan didalam air telah terkapai-kapai sebelum
kelemasan dihadapan mata Nur Dhira Atilea.
Qhalif Ikhman dan Nur Dhira
Atilea menyedari yang Adli Rafiq sudah tidak bernyawa apabila merasa denyut
nadi rakannya itu, selepas tidak mendapat balasan semasa bantuan pernafasan
diberikan. Nur Dhira Atilea meraung apabila Adli Rafiq disahkan meninggal dan
sejak dari itu, dia telah menjauhkan diri dari Qhalif Ikhman kerana menyangka
lelaki tersebut yang merancang untuk membunuh lelaki yang dicintainya.
Qhalif Ikhman tersedar dari
kenangan lalu apabila terdengar deringan telefon bimbitnya. Lelehan air mata
dikesat dan nafas ditarik perlahan sebelum menyambut panggilan tersebut.
“Assalamualaikum Iman. Iman dekat
office lagi ke? Lambat Iman balik hari ni”
“Waalaikumussalam ibu. Iman dekat
office lagi ni ibu, Iman pun dah nak balik dah ibu. Maaflah ibu, Iman balik
lambat sikit hari ni”
“Takpalah Iman, ibu faham, Iman
banyak kerja. Bawak kereta elok-elok ya Iman. Semoga selamat sampai” pesan Puan
Adawiyah
“Baiklah, terima kasih ibu. Iman
balik sekarang, Assalamualaikum ibu” tutur Qhalif Ikhman sopan
“Waalaikumussalam”
********************************************************
“Dhira, petang tadi Mak Cik
Rabiah datang bertanyakan Dhira”
“Dia nak jodohkan Dhira dengan
siapa pulak mak?”
“Zikri, anak Lebai Zaki” jawap
Puan Zuraida
“Dhira tak nak!”
“Dhira, baik budak Zikri tu, dia
pun dari keluarga yang baik-baik, anak lebai lagi! Kerja pun bagus, Dhira nak
tunggu apa lagi?”
“Dhira tak nak tunggu siapa pun
mak” ucap Nur Dhira Atilea sambil mengesat air mata yang ingin mengalir
“Dhira, tau tak yang umur Dhira
dah 27 tahun? Dhira tak nak kahwin ke?” risau Puan Zuraida memikirkan perihal
anak daranya itu
“Kalau kahwin dengan Rafiq, Dhina
nak lah mak” balas Nur Dhira Atilea dengan mata yang sudah mula basah
“Dhira, dah sepuluh tahun Rafiq
pergi. Dia takkan kembali Dhira! Mak tak nak anak mak jadi macam ni, mengharap
pada benda yang takkan berlaku”
“Memang Rafiq dah pergi dan dia
takkan kembali, tapi hati Dhira hanya untuk dia mak! Dhira tak nak orang lain”
“Itu tandanya jodoh Dhira bukan
dengan Rafiq, dan Dhira kena terima ketentuan ni dengan redha. Ajal, maut,
jodoh, pertemuan semuanya dah ditetapkan sayang”
“Kalau tak disebabkan Ikhman
pembunuh tu, Rafiq mesti ada lagi mak!” Nur Dhira Atilea sudah meraung
“Astaqfirullah Dhira! Bawak
mengucap! Kalau dah ajal Rafiq, kita tak mampu untuk menghalangnya, semua tu
kuasa Allah”
“Dhira benci Ikhman!”
“Bawak bersabar sayang,
bertenang” pantas tangan Puan Zuraida mengusap belakang badan anaknya itu
Puan Zuraida hanya mampu
menggeleng melihat trauma anaknya yang masih belum hilang setelah melihat
kematian rakannya dihadapan mata sendiri
********************************************************
“Surat apa ni Dhira?” soal Qhalif
Ikhman
“Aku nak resign!” balas Nur Dhira
Atilea dingin
“Dhira! Kenapa perlu berhenti?
Apa pulak yang tak kena ni?”
“Aku tak boleh nak tengok muka
kau dah”
“Aku tak nak terima surat
perletakan jawatan kau ni” pantas tangan Qhalif Ikhman mengoyak surat tersebut
tanpa melihatnya terlebih dahulu
“Terpulang pada kau! Aku dah
bagi, kau yang koyak, bukan salah aku!” sejurus itu dia keluar dari bilik
Qhalif Ikhman tanpa menghiraukan lelaki tersebut
“Fine! Lepas ni aku tak ganggu
kau dah tapi tolonglah jangan berhenti” jeritan Qhalif Ikhman hanya dibiar sepi
seiring dengan langkahnya yang menuju ke perhentian teksi
Nur Dhira Atilea yang merasakan
arah laluan teksi sudah berbeza mula memandang pemandu teksi tersebut. Matanya
membulat apabila berbalas pandang dengan pemandu teksi yang sedang menjilat-jilat
bibir sambil tersenyum ke arahnya di cermin pandang belakang teksi. Liurnya
ditelan berkali-kali dengan nafas yang tidak teratur kerana tahu dirinya dalam
bahaya dan mula memikir cara untuk melepaskan diri.
Dia hanya mampu menahan kesakitan
saat pemandu teksi tersebut menolak dirinya ke tepi sebatang pokok besar yang
terdapat didalam kawasan semak. Pisau yang masih terhulur dileher menambahkan
lagi ketakutannya dan dia hanya mampu memejam mata dan berdoa semoga dirinya
selamat saat pemandu teksi tersebut mendekatkan wajahnya.
Nur Dhira Atilea membuka matanya
apabila terdengar bunyi erangan dan tidak lagi terasa hujung pisau dilehernya. Dia
nampak pemandu teksi tersebut sedang bergomol dengan seorang lelaki dan tidak
lama selepas itu, pemandu teksi tersebut lari meninggalkan lelaki tersebut yang
sedang tertiarap.
“Encik tak apa-apa ke?” soal Nur
Dhira Atilea
Nur Dhira Atilea terduduk melihat
Qhalif Ikhman yang sudah tidak sedar bersama dengan darah yang sudah membasahi
tubuh. Terketar-ketar tangannya untuk menggerakkan tubuh lelaki yang sudah
kelihatan pucat itu.
“Ikhman! Bangun! Tolonglah jangan
buat aku macam ni. Aku dah tak sanggup melihat kematian depan aku lagi! Please
Ikhman! Bangunlah!” raung Nur Dhira Atilea
********************************************************
“Dhira, jom balik” ucap Puan
Zuraida
“Ikhman mak”
“Ya, mak tau Dhira. Esok kita
datang lagi ya. Dah nak maghrib dah ni”
“Dah sebulan dah mak tapi...” Nur
Dhira Atilea mula menangis teresak-esak
“Sabarlah Dhira, semuanya ditangan
Allah, Dhira berdoa dan mintalah kepadaNya”
“Nasib baik tikaman tu tak kena
jantung Ikhman kan mak? Dhira tak dapat bayangkanlah kalau kena, dan kalau tak
disebabkan jangkitan kuman, mesti Ikhman dah lama sedar kan mak?”
“Ya, mungkin dan Alhamdulillah
Ikhman selamat. Jom kita balik Dhira”
“Mak keluar dulu boleh? Tunggu
Dhira kat luar, bagi Dhira lima minit je. Lepas tu Dhira janji, kita balik” Nur
Dhira Atilea merenung emaknya untuk mendapatkan kebenaran
“Baiklah” Puan Zuraida tersenyum
memberi kebenaran
Nur Dhira Atilea lantas
menggenggam tangan Qhalif Ikhman selepas melihat emaknya keluar dari bilik yang
menempatkan lelaki tersebut
“Ikhman, bangunlah, dah sebulan
dah Ikhman macam ni. Dhira dah tak sanggup! Please! Bangunlah..” bisik Nur Dhira
Atilea ditelinga Qhalif Ikhman
Nur Dhira Atilea melihat tangan
Qhalif Ikhman yang digenggamnya apabila terasa gerakan dari jari-jemari
tersebut. Dia memerhati tangan itu untuk memastikan apa yang dirasanya dan senyuman
lebar merekah dari bibir apabila sekali lagi terdapat gerakan dari jari-jemari
tersebut.
“Ikhman dah sedar! Mak, Ikhman
dah sedar” jerit Nur Dhira Atilea memberitahu emaknya yang berada diluar bilik.
********************************************************
“Good afternoon!” ucap Nur Dhira
Atilea sebaik menolak pintu wad yang menempatkan Qhalif Ikhman bersama senyuman
manisnya
“Good afternoon” balas Qhalif
Ikhman yang tergamam melihat senyuman manis yang diberikan khas untuknya
“Apa khabar hari ni? Lebih sihat dari
semalam? Ikhman dah makan belum? Dhira ada bawakkan bubur untuk Ikhman”
Qhalif Ikhman merenung tingkah
Nur Dhira Atilea dengan kerutan didahi. Dia masih tidak percaya dengan
perubahan yang berlaku, dan perbuatannya itu telah mengundang tawa gadis pujaannya
itu.
“Janganlah tengok Dhira macam tu
Ikhman. Okay, first of all, Dhira nak minta maaf atas tuduhan Dhira selama
sepuluh tahun ni dekat Ikhman. Mak cik Adawiyah dah terangkan semuanya yang
Ikhman akan mengalami kekejangan kalau Ikhman sejuk. So, Dhira dah tau yang
Ikhman tak sengaja tertarik Rafiq. Second, Dhira nak ucapkan terima kasih
banyak-banyak sebab dah selamatkan Dhira sebulan yang lepas. Third...”
“Banyaknye” potong Qhalif Ikhman
“Ikhman tak suka ya? Okay, Dhira
diam” ucap Nur Dhira Atilea sambil menunduk
“Tak cakap pun. Hmm, tak penat ke
tak duduk?”
“Ikhman dah maafkan Dhira belum?”
soal Nur Dhira Atilea sambil merenung kedalam mata Qhalif Ikhman
“Kalau ya pun, duduklah dulu”
jawap Qhalif Ikhman dengan mata dialihkan memandang kerusi untuk melawan
debaran didada
“Terima kasih Ikhman” laju tangan
Nur Dhira Atilea menggenggam tangan Qhalif Ikhman
Qhalif Ikhman hanya mampu menelan
liur melihat tangannya yang digenggam Nur Dhira Atilea. Debaran didada semakin
kencang kerana tidak menyangka gadis yang dicintainya sanggup memegang
tangannya.
“Ikhman, Dhira tak kisah orang
nak cakap apa pun, yang Dhira tau, Dhira nak lamar Ikhman. Will you marry me?”
“Hah?”
“Dhira dah tau semuanya Ikhman,
Dhira tau yang Ikhman cintakan Dhira. Ikhman juga akan kemana-mana saja tempat
yang Dhira pergi untuk memastikan keselamatan Dhira. Ikhman tukar tempat kerja
pun sebab Dhira jugak kan? Dhira pun dah tak sanggup kehilangan Ikhman lagi,
cukuplah sebulan yang menyeksakan. Cukuplah Dhira dah kehilangan Rafiq, Dhira
tak nak kehilangan Ikhman pula”
“Ni betul-betul ke?”
“Yalah sayang!” manja kedengaran
tutur kata Nur Dhira Atilea
Nur Dhira Atilea memuncungkan
bibir dengan muka yang masam apabila Qhalif Ikhman terkebil-kebil melihat
wajahnya.
“Iman laparlah Dhira. Bubur tu
Dhira masak ke?” ucap Qhalif Ikhman dengan senyuman
“Tengok! Bukan nak pujuk!”
“Iman sakitlah sayang. Nanti Iman
dah sihat, Iman pujuk ye?”
Nur Dhira Atilea berbalas pandang
dengan Qhalif Ikhman bersama senyuman yang manis sebelum menyediakan makan
tengah hari untuk insan tersayangnya itu.
menarik jln cter...x prnh lg bc cerpen mcm ni...klakar ble gurl yg melamar boy tu..huhuhu lg best kalo cter die lg pnjg mcm novel...
ReplyDelete