‘Anak ayah nak pesan apa-apa tak
kat ayah bila ayah balik dari outstation nanti?’ soal Encik Mukhriz
‘Myra tak nak apa-apa ayah. Myra
nak ayah selamat pergi dan selamat balik. Itu aje ayah’ balas Myra Darina
‘Mana boleh anak ayah! Ayah tetap
nak belikan sesuatu untuk anak ayah ni tapi ayah nak anak ayah yang pilihkan
hadiah tu’
‘Ayah, ayah! Baiklah, kalau macam
tu, Myra nak ayah beli bunga Rafflesia untuk Myra, ayah pergi outstation kat
Sabah kan?’
“Myra! Bangun! Banyak Myra punya
bunga Rafflesia!” jerit Puan Dalila sambil menolak-nolak badan Myra Darina
“Apa ni mak? Sakitlah!” rungut
Myra Darina
“Matahari dah meninggi Myra masih
bermimpi! Apa nak jadi dengan Myra ni? Ingat dengan perangai macam ni, ada ke
lelaki yang nak masuk meminang? Cuba pergi mandi, hish! Geram pulak mak tengok
dengan rupa Myra tu!” bebel Puan Dalila lagi
“Mak, Myra rindu ayah!” Myra
membela nasib
“Kalau rindu ayah sekalipun, tak
payah nak mimpi sampai minta ayah beli bunga Rafflesia tu! Myra ingat nak jadi
macam Beauty and The Beast versi Melayu?”
“Okay jugak tu mak! Si Cantik dan
Si Buruk!”
“Kalau Myra, tak jadinya Si
Cantik dan Si Buruk tapi Si Kacak dan Si Buruk perangai, anak dara liat
bangun!”
“Mak!”
“Dah pergi mandi. Petang ni ayah
balik dari Sabah, awal malam nanti sampai, bangun! Jom teman mak pergi pasar,
malam ni mak nak masak special sikit”
“Mak pun rindu ayah kan? Tu yang
nak masak special kan? Ayah pergi outstation, mak masak bodoh-bodoh je bagi
Myra makan”
“Mestilah! Masak untuk suami,
kena yang special. Mak masak bodoh-bodoh sebab saja nak bagi hint suruh Myra
pulak yang masak, asyik mak je yang kena masak, Myra tu dah besar, bila nak
tunjuk skill? Nanti dah kawin, malu je tak pandai masak”
Myra Darina hanya mampu tersenyum
mendengar sindiran emaknya itu. Memang diakui bahawa dirinya malas untuk
membuat kerja rumah seperti memasak, mengemas, membasuh dan kawasan yang sewaktu
dengannya tetapi dia bukan seorang yang pemalas! Dia menjadi malas apabila
berada dirumah kerana mahu memanjakan dirinya setelah penat bekerja di pejabat.
Mahu merehatkan minda dan tubuh badan dari sebarang kerja sementara dia masih
belum berumahtangga seperti rakan sebayanya yang lain.
“Berangan apa lagi tu? Cepat
mandilah!”
Pantas Myra Darina berlari masuk
ke dalam bilik air apabila mendengar jeritan Puan Dalila
********************************************************
“Rindunya abang dengan masakan
sayang! Seminggu abang makan tak kenyang” ujar Encik Mukhriz
“Ye ke? Patut Ila nampak badan
abang susut sikit” balas Puan Dalila
“Tak payah diet kan?” Encik
Mukhriz tergelak dengan ucapannya sendiri
“Malam ni abang makan
kenyang-kenyang tau. Ganti balik seminggu abang makan tak kenyang tu. Ila masak
special untuk abang” laju tangan Puan Dalila mencedok lauk kedalam pinggan
Encik Mukhriz
“Memang haruslah abang nak makan
kenyang-kenyang! Sayang abang yang masak untuk abang” sempat Encik Mukhriz
mengenyit mata kepada isterinya
“Ayah! Mak! Bila nak habis
romantik ni? Bila boleh makan? Myra dah lapar ni” Myra Darina memandang emak
dan ayahnya sambil menggaru kepala, tindakan spontan apabila melihat kemesraan
emak dan ayahnya
‘Hai, untunglah dapat suami
romantik! Aku pun teringin jugak!’ desis hati Myra Darina
“Myra ni tak nak kasi chance
langsung dekat ayah nak bermanja dengan mak!” rungut Encik Mukhriz
“Lepas kita dinner, confirm Myra
kasi chance dekat ayah! Tapi dengan syarat....” Myra Darina tersenyum nakal
kepada ayahnya
“Apa syaratnya?” soal Encik
Mukhriz sambil mengerutkan dahi
“Myra nak adik! Bosanlah ayah
jadi anak tunggal ni” ujar Myra Darina sambil mengelip-ngelipkan matanya
“Mak pulak nak bagi syarat dekat
Myra” sampuk Puan Dalila
“Myra pun kena mak?”
“Yes! Of course! Mak nak cucu,
mak bosan duduk rumah sorang-sorang bila ayah dengan Myra pergi kerja. Bila
Myra nak kahwin?”
Myra Darina hanya mampu menelan
liur. Terkena lagi! Dia ingin mengusik ayahnya tetapi dengan sepantas kilat
dirinya dibambu oleh emaknya. Kahwin? Sejak dua menjak ini emaknya sering
mendesaknya untuk berkahwin tetapi dia tiada jawapan untuk soalan emaknya itu.
********************************************************
“Mak! Myra tak nak!”
“Myra dah ada yang punya ke?
Kalau Myra dah ada, mak tak kan paksa Myra untuk terima Dafi”
“Myra tak kenal dia”
“Kalau Myra tak kenal, Myra boleh
berkenalan. Baik budak Dafi ni”
“Kenapa mak beria sangat nak Myra
terima pinangan dia?”
Puan Dalila berbalas pandang
dengan Encik Mukhriz dengan senyuman yang lebar, sebelum kedua-duanya kembali
memandang Myra Darina yang sedang mengerut dahi.
“Myra ingat tak lagi raya tahun
lepas, Myra dikejarkan ke hospital lepas Myra pengsan sebab dahi Myra terkena
batu yang dibaling oleh anak-anak jiran kita? Myra tahu siapa yang bawak Myra? Dafi,
dia yang bawak Myra pergi hospital” terang Encik Mukhriz
“Oh! Mamat handsome tu. Tapi
macam mana ayah dengan mak boleh kenal dengan dia?”
“Ya, lelaki yang kacak itulah
Dafi. Ayah kenal sebab Dafi ni kerja satu company dengan ayah”
“Kenapa tiba-tiba je dia boleh
masuk meminang Myra? Angin, ribut semua takde, tup tup petang tadi penuh
rombongan meminang kat ruang tamu”
“Ayah yang cakap dekat Dafi kalau
berkenan dekat Myra, cepat-cepat mulakan langkah lepas ayah ternampak gambar
Myra dijadikan background laptop Dafi masa dekat Sabah baru-baru ni”
Encik Mukhriz dan Puan Dalila
tersenyum lebar melihat muka Myra Darina dengan mulut yang ternganga dan mata
yang membulat.
********************************************************
“Assalamualaikum” ucap Harith
D’zaifi bersama senyuman manisnya
“Waalaikumussalam” Myra Darina
menjawap salam sambil merenung wajah kacak dihadapannya
“Maaf kerana terlambat. Dah lama
ke Myra sampai?” soal Harith D’zaifi sambil merenung wajah ayu didepannya itu
“Eh, tak lambatlah. Sekarang baru
dua empat puluh lima, kita janji nak jumpa pukul tiga kan?” jawap Myra Darina
selepas melihat jam tangannya
“Dafi ingat Dafi yang lambat
sebab Myra dah sampai dulu”
“Tadi Myra ada lunch appointment
dengan client dekat sini, tu yang memang sampai awal”
“Oh! Ye ke? Dafi nak ucapkan
terima kasih sebab Myra sudi untuk berjumpa dengan Dafi”
“Myra memang nak berjumpa dengan
Dafi pun. Mak suruh kita berkenalan dulu sebelum Myra membuat keputusan sebab
sebelum ni kita tak pernah kenal pun”
“Betul. Memang mak cik Ila suruh
Myra kenal dengan Dafi dulu”
“Myra tak kisah siapa jodoh Myra
sebab semua dah ditentukanNya. Kalau Dafi orangnya, Myra terima tapi yang Myra
kisah dan nak tau sangat, kenapa Dafi jadikan gambar Myra sebagai background
laptop Dafi?”
“Dafi fall in love dengan Myra
since first time Dafi tengok wajah ayu Myra, tapi Dafi tak berani sebab Myra
anak ketua Dafi” ujar Harith D’zaifi sambil menunduk malu kerana rahsianya
selama ini sudah pecah
“Masa raya tahun lepas?”
“Bukan. Sebelum tu lagi, Dafi
pernah nampak gambar Myra dan mak cik Ila dekat office pak cik Mukhriz, tu yang
menyebabkan Dafi pergi beraya ke rumah tapi tak sangka yang Myra pengsan sebab
dahi Myra terkena batu yang dibaling oleh anak-anak jiran.”
Myra Darina tersenyum melihat
wajah kemerahan Harith D’zaifi kerana malu selepas membongkar rahsia hatinya.
‘Pemalu rupanya! Aku yang perempuan ni pun kadang-kadang tak malu... Hehe..’
********************************************************
“Apa jawapan Myra? Dah seminggu
lepas rombongan keluarga Dafi datang” soal Encik Mukhriz
“Ayah boleh terima dia ke?”
sengaja Myra Darina melengahkan masa untuk memberi jawapan kepada ayahnya
“Dalam banyak-banyak, ayah rasa
Dafi yang paling layak untuk anak ayah ni”
“Kenapa ayah cakap macam tu?”
“Dekat pejabat, ayah nampak dia
sebagai pekerja harapan, dekat luar, ayah nampak dia sebagai orang yang
bertanggungjawab sebab dah banyak kali ayah nampak dia pimpin orang buta
melintas jalan. Myra tahu kan, tak jauh dari pejabat ayah, ada tempat
orang buta belajar menulis dan membaca
menggunakan Braille?”
“Mak pernah cakap dia baik kan?
Macam mana mak kenal dia?” soal Myra Darina kepada Puan Dalila pula
“Mak nampak dia risau sangat masa
Myra pengsan dulu tu lebih dari mak dengan ayah risau sedangkan dia bukan
siapa-siapa dengan Myra. Bila ayah cerita semuanya bermula dari kisah dekat
Sabah tu, mak yakin dia yang terbaik untuk anak mak ni”
Myra Darina menarik nafas
perlahan melihat wajah mengharap mak dan ayahnya. Dia harus membuat keputusan
dengan segera memandangkan dia tidak mempunyai teman lelaki untuk ditangguhkan
dalam membuat keputusan.
********************************************************
“Morning sayang! Jom breakfast”
ujar Harith D’zaifi sambil duduk ditepi katil bersebelahan Myra Darina bersama
dengan dulang yang berisi roti bakar dan susu
Myra Darina tersenyum manis
melihat wajah suaminya itu. ‘Romantik habis! Kalah ayah!’
“Kenapa senyum aje? Cepatlah
bukak mulut” ujar Harith D’zaifi sambil menyuakan roti tersebut dekat
kemulutnya
Myra Darina makan roti bakar yang
disuap suaminya dengan senyuman dan dalam masa yang sama, dia juga menyuap
suaminya makan dengan roti yang terdapat didalam pinggan, dimana dulangnya
terletak atas paha Harith D’zaifi.
Telefon yang berbunyi cepat
sahaja di capai Myra Darina. Dia merenung suaminya sebentar sebelum menjawap
panggilan tersebut.
“Assalamualaikum” ucap Myra
Darina
“Waalaikumussalam. Myra tengah
buat apa?” soal Puan Dalila
“Myra tengah breakfast. Kenapa
mak?”
“Myra takde kat rumah ke?”
“Myra ade kat rumahlah sekarang”
“Kenapa mak tengok tingkap semua
tertutup macam takde orang kat rumah?”
Myra Darina segera berlari
ketingkap untuk melihat adakah benar emaknya ada diluar rumah. Setelah mendapat
jawapannya, dia menoleh sebentar ke arah Harith D’zaifi sebelum keluar untuk
menyambut emaknya. Harith D’zaifi hanya menurut langkah isterinya dengan
kerutan didahi kerana tidak faham apa yang terjadi.
“Masuklah mak, ayah” ujar Myra
Darina
“Eh, mak, ayah, jemput masuk”
ujar Harith D’zaifi
Puan Dalila merenung Myra Darina
atas bawah, tidak berkelip. Myra Darina yang menyedari tingkah emaknya lantas
menarik tangan emaknya itu kedapur sambil tersengih melihat wajah masam emaknya
itu
“Myra pergi buat air kejap yer”
sempat diberitahu suami dan ayahnya arah tujuannya
“Myra baru bangun? Kenapa buat
Dafi macam ni? Kalau macam ni memang Si Kacak dan Si Buruk...”
“Mak, sebelum ni tak pun! Tapi
hari ni je terbabas” bela Myra Darina sambil menundukkan kepala
Puan Dalila hanya merenung
tingkah Myra Darina yang semakin menunduk dengan wajah yang semakin memerah
“Malam tadi tidur lambat sikit”
perlahan suara Myra Darina tapi masih boleh didengari Puan Dalila
“So, tak lama lagi mak dapat
cucu?”
“Myra pergi cuci muka dulu, nanti
Myra buat air yer mak” lantas laju kakinya melangkah meninggalkan emaknya
didapur
Puan Dalila yang ditinggalkan
seorang didapur hanya mampu tersenyum melihat tingkah anak tunggalnya itu. Dia
bersyukur bahawa anaknya telah berubah sejak berkahwin, tidak lagi berperangai
yang tidak diingininya. Tiada lagi istilah Si Kacak dan Si Buruk yang sering
dibebelnya kepada Myra Darina yang membawa maksud nasib suami yang tidak berapa
baik kerana mendapat isteri yang kurang rajin.
No comments:
Post a Comment