Saturday, 31 December 2011

Si Samseng Hati


“Aduh! Sakit!” jerit Zarif Haqimi

Zarif Haqimi jatuh terlentang apabila dirinya dilanggar oleh seorang peragut, lebih malang lagi apabila peragut tersebut jatuh tertiarap diatas badannya. Nafasnya terasa sesak apabila peragut tersebut dengan pantas bangun sambil lututnya menekan perut Zarif Haqimi. Dengan rasa marah, Zarif Haqimi menarik kaki peragut tersebut menyebabkan peragut tersebut jatuh terduduk disisinya.

“Oi! Kurang ajar!” marah Zarif Haqimi

“Aku takde masa nak belajar sampai cukup ajar dengan kau!” balas Airin Emelda

“Perempuan?” soal Zarif Haqimi

“So what?” balas Airin Emelda

“Kasarnya! Macam samseng” ujar Zarif Haqimi

“Terima kasih encik, sebab tolong saya tangkap peragut ni”

Serentak dengan itu, Zarif Haqimi dan Airin Emelda menoleh ke arah suara yang menegur.

“Peragut?” soal Zarif Haqimi pelik apabila dia tidak nampak sebarang bukti menandakan Airin Emelda merupakan seorang peragut

“Ya encik. Dia ragut beg duit seorang mak cik yang sedang melintas jalan” sambung tuan empunya suara tersebut

“Pulangkan balik!” marah Zarif Haqimi

Dengan rasa marah, Airin Emelda melemparkan beg duit tersebut ke muka Zarif Haqimi. Selepas itu, dia pantas berlari semula untuk menyelamatkan diri.

“Samseng punya budak!” jerit Zarif Haqimi

********************************************************

“Mel, sampai bila kau nak berperangai macam ni? Kau tu perempuan, cuba berperangai elok sikit” tegur Puan Aisyah

“Mak, orang tak sukalah panggil Mel, macam perempuan sangat! Panggil Aim okay!” marah Airin Emelda

“Dah memang kau perempuan, mak nak buat macam mana?” balas Puan Aisyah

“Kecohlah mak ni!” rungut Airin Emelda sambil menyerabutkan rambutnya

“Selagi kau tak berubah, mak akan kecoh!”

Airin Emelda yang tidak tahan mendengar bebelan emaknya lantas keluar dari rumah. Disepaknya selipar diluar rumah apabila ada diantara selipar tersebut yang bertindih menyebabkan seliparnya terletak dibawah.

“Tegur sikit, marah bukan main” bebel Puan Aisyah

Puan Aisyah tidak jadi meneruskan kerjanya di dapur. Dipandang sayu tepung bancuhan kuih dihadapannya sebelum dia menutup bancuhan tersebut. Dengan langkah perlahan, dia menuju ke arah ruang tamu, di mana terletaknya album keluarga. Dia mengambil album tersebut dan menyelak album tersebut sehingga tertera gambar empat insan dihadapannya, dia melihat dirinya bahagia bersama suami dan anak kembar mereka.

‘Ecah, Ecah dukung Emy, abang dukung Emel okay?’ ujar Elyas

‘Okay abang’ balas Puan Aisyah bersama senyuman manisnya

Diusapnya gambar kenangan bersama arwah suami dan arwah anaknya, Azlin Emylia. Setitis demi setitis air matanya jatuh mengenai gambar tersebut.

“Maafkan Ecah, abang. Ecah tak tau nak buat macam mana untuk ubah Emel”

********************************************************

“Qimi, kenapa muka kau? Ada kesan calar, baju kau pun koyak, lepas tu macam ada darah kering je. Kau bergaduh dengan siapa?” soal Rizman

“Sudah jatuh, ditimpa tangga” jawab Zarif Haqimi

“Ha? Aku tak paham” serius muka Rizman memandang Zarif Haqimi

“Tadi aku kena langgar dengan peragut, jatuh terlentang aku atas tar jalan, dia pulak sedap aje landing atas badan aku, nasib badan kurus, kalau spesis tong, hancur aku! Lepas tu, bila kantoi dia peragut, boleh pulak lempar beg duit dia ragut tu ala-ala main boomerang, tepat kat muka aku pulak tu! Nasib baik kehenseman aku ni belum terjejas, kalau takde mana-mana awek sangkut, aku paksa dia kawin dengan aku!” hujah Zarif Haqimi

“Kau ni lepas accident, terus tak betul ke?”

“Apa yang tak betul? Aku waras lagi okay!”

“Nak kawin dengan kaum sejenis”

“Kaum sejenis? Aku keturunan baik-baik, bukan keturunan peragut! Mana datang sejenis?” marah Zarif Haqimi

“Aku tau kau keturunan baik-baik tapi peragut tu lelaki, kau nak kawin dengan lelaki ke?”

“Peragut tu perempuan!” tegas nada Zarif Haqimi

“Apa? Perempuan? Kau biar betul?”

“Apa yang tak betul? Betul la! Ganas budak samseng tu! Sakit-sakit badan aku!”

“Kau sanggup nak kawin dengan budak peragut tu? Entah dari mana asal usul, dari kau berduit terus pokai sebab asyik kena ragut dengan bini....” Rizman tidak jadi meneruskan kata-katanya untuk mengusik apabila Zarif Haqimi merenungnya tajam

“Kau jangan nak tambah angin aku, kang tak pasal mulut kau aku ragut!” selepas itu dia melangkah meninggalkan Rizman yang terkebil-kebil memandang

********************************************************

‘Ayah! Bila ayah nak belikan Emel basikal baru?’ ujar Airin Emelda

‘Ya sayang, nanti ayah belikan Emel basikal baru, tunggu ayah gaji ya’ balas Elyas

‘Ayah selalu cakap macam tu! Kereta control yang ayah janji pun ayah belum beli’ rungut Airin Emelda

‘Emel selalu minta macam-macam kat ayah. Emel tak kesian kat ayah ke penat cari duit, Emel pulak senang nak habiskan?’ soal Azlin Emylia

‘Emy tau sibuk aje! Kalau Emy tak nak, diam-diam sudah, tak payah nak ambil tahu hal orang!’ marah Airin Emelda

‘Emy, Emel, jangan gaduh! Anak-anak ayah ni baik kan? Dengar cakap ayah, adik-beradik mesti berbaik’ nasihat Elyas

Deringan telefon bimbitnya menyedarkannya dari kenangan lalu, dengan perlahan dia menyapu air mata yang mengalir sebelum menjawap panggilan itu.

“Bila Emel nak balik?!” soal Puan Aisyah

“Bila Aim rasa Aim nak balik, Aim balik” balas Airin Emelda

“Kau jangan nak buat pasal dengan mak! Dah dekat pukul 10 malam pun tak reti nak balik. Anak dara apa kau ni? Kau jangan nak tambah baran mak! Emel... Hello.. Hello!!”

Terduduk Puan Aisyah apabila talian telefon dimatikan. Diusap mukanya untuk membuang perasaan marah.

“Perangai siapalah dia ikut? Dari dulu perangai keras kepala dia tu tak pernah berubah!”

********************************************************

“Qimi, baru balik? Lambat Qimi balik hari ni” soal Puan Zuraida

“Ibu, belum tidur lagi?” soal Zarif Haqimi pula tanpa menjawap soalan yang diajukan

“Ibu tunggu Qimi balik, Qimi dah makan belum?”

“Qimi belum makan ibu tapi Qimi takde selera nak makan”

“Anak ibu sakit ke? Eh, kenapa muka Qimi bercalar ni?”

“Tadi ada peragut langgar Qimi ibu, bila hampir kena tangkap, dia lempar beg yang dia ragut tu ke muka Qimi” lemah nada yang kedengaran dari bibir Zarif Haqimi

“Anak ibu okay? Dia tak ragut anak ibu kan? Selain muka Qimi calar, ada luka kat tempat lain tak?” soal Puan Zuraida cemas

“Siku Qimi luka sikit je ibu, dah kering pun, abah dah tidur ibu?” Zarif Haqimi cuba mengalihkan perhatian emaknya

“Abah dah tidur, ibu risau Qimi, berapa bulan je lagi Qimi nak naik pelamin, Qimi ada jumpa Qiesya tak? Apa dia cakap?”

“Dia tak cakap apa pun sebab dia tak jumpa Qimi tapi Qimi yang nak cakap dengan ibu, Qimi... Qimi letih, Qimi masuk bilik dulu, Assalamualaikum ibu”

Dengan langkah perlahan Zarif Haqimi menuju ke biliknya, dia menghembus nafas perlahan apabila mengenangkan peristiwa yang berlaku padanya sepanjang hari tersebut. Perkara pertama apabila dia dilanggar dengan peragut wanita berpelakuan kasar seperti samseng ketika dalam perjalanan pulang ke pejabat selepas dari makan tengah hari. Dia sangat marah kerana mukanya calar akibat daripada perbuatan peragut tersebut kerana mengenangkan dia bakal menjadi raja sehari dalam masa dua bulan sahaja lagi.

Diramas-ramas rambutnya apabila peristiwa kedua muncul di ruang matanya. Sakit hatinya melebihi dari peristiwa pertama apabila dia ternampak tunangnya, Qiesya Kirana berjalan sambil memeluk tangan seorang lelaki tua yang merupakan salah seorang pelanggan syarikat tempat dia bekerja.

“Cina tua pun kau layan!” jerit Zarif Haqimi

“Qimi, kenapa?” soal Puan Zuraida cemas apabila mendengar jeritan anaknya

“Takde apa ibu, Qimi tengah menyanyi, maaflah terkuat pulak volume Qimi, ganggu ibu nak tidur”

********************************************************

“Assalamualaikum ibu, abah, selamat pagi” tegur Zarif Haqimi kepada ibubapanya yang sedang bersarapan

“Waalaikumussalam, selamat pagi” serentak Encik Hasry dan Puan Zuraida menjawap

“Lambat Qimi balik semalam, banyak kerja di pejabat?” soal Encik Hasry

“Banyak tak banyak abah” jawap Zarif Haqimi

“Banyak tak banyak?” soal Encik Hasry lagi

“Kerja dekat office tak banyak tapi kerja lain yang banyak”

“Kerja apa Qimi?” soal Puan Zuraida lembut

“Qimi nak berterus terang dengan abah dan ibu yang Qimi nak putuskan pertunangan dengan Qiesya”

“Qimi! Apa Qimi cakap ni?” soal Puan Zuraida

“Tolonglah ibu, abah, tolong Qimi” rayu Zarif Haqimi

“Zarif Haqimi! Dah fikir masak-masak? Masa nak bertunang dulu beria sangat, tak sabar nak kahwin, bila tarikh dah dekat, senang-senang nak putus? Qimi nak bagi malu ibu dengan abah ya?” marah Puan Zuraida

“Bukan Qimi sengaja ibu. Qimi buat bersebab” Zarif Haqimi membela diri

“Sebab apa? Tempahan dah dibuat, kad pun ada yang abah dengan ibu dah edarkan” balas Encik Hasry

“Qimi jangan bagi malu keluarga! Malu ibu nak pergi rumah keluarga Qiesya nak batalkan majlis ni, itu satu hal, ibu nak cakap apa dengan tetamu yang hadir nanti sebab ada tetamu yang kami dah jemput” Puan Zuraida masih belum berpuas hati dengan tingkah anaknya itu

“Ibu cakaplah Qimi takde jodoh dengan Qiesya”

“Qimi! Jangan bagi ibu malu! Dua kali ibu kena tanggung malu, dengan keluarga Qiesya dan dengan tetamu!”

“Ibu, abah...”

“Apa sebabnya? Qimi kena bagitau!!” Puan Zuraida menguatkan suaranya

“Ida, sabar Ida, kita settle elok-elok, jangan ditengking anak kesayangan awak ni” ujar Encik Hasry

“Anak kesayangan abang!” balas Puan Zuraida

“Selalu anak kesayangan dia”

“Time kritikal macam ni, bukan!”

“Ibu, ayah, tolonglah” rayu Zarif Haqimi

“Kalau Qimi nak ibu tolong, Qimi pergi cari pengganti Qiesya! Ibu tak nak tanggung malu dua kali!” putus Puan Zuraida

“Mana Qimi nak cari dalam masa dua bulan ni?”

“Bukan masalah ibu!” ujar Puan Zuraida sebelum berlalu meninggalkan ruang makan keluarga

********************************************************

“Tolong! Tolong! Pencuri!”

Pantas Zarif Haqimi menoleh ke arah datangnya suara itu. Matanya meliar mencari pencuri yang di maksudkan, apabila matanya menemui sasaran, pantas langkah kaki di atur untuk membantu menangkap pencuri tersebut

“Hah! Dapat pun! Kau ni apa nak jadi? Kerja mencuri, makan duit haram!” marah Zarif Haqimi

“Sibuklah kau! Tepi!” marah pencuri tersebut pula

“Eh kau?! Muka kau lagi? Kau ni memang muka pencuri, peragut!” balas Zarif Haqimi

“Kau? Suwey betul aku kalau jumpa kau! Asyik kau je, aku gagal!” rungut Airin Emelda

“Baguslah! Kalau tak, berapa ramai lagi yang bakal bernasib malang kalau kau tak jumpa aku”

“Blahlah!” jerit Airin Emelda sambil melangkah untuk meninggalkan Zarif Haqimi

“Banyak kau punya blah! Kau ingat aku senang hati nak lepaskan kau macam hari tu lagi? Hutang kau kat aku pun belum bayar lagi” leter Zarif Haqimi sambil memegang pergelangan tangan Airin Emelda

“Hutang apa? Aku tak berhutang dengan kau, curi atau ragut kau pun tak!”

“Kau nampak calar kat muka aku ni? Calar sebab kau sesedap rasa lempar beg yang kau ragut dekat muka aku yang handsome ni. Sekarang aku nak kau bayar balik hutang kau”

“Kau nak aku bayar balik dengan duit haram aku curi ni ke?” soal Airin Emelda sambil berusaha melepaskan tangannya

Zarif Haqimi tersenyum melihat reaksi Airin Emelda yang sedang berusaha melepaskan tangannya, gaya seperti samseng tetapi perempuan tetap perempuan! Pergelangan tangan yang dicengkam masih lagi tidak dapat dilepaskan, malah mukanya juga sudah memerah, mungkin kerana marah tetapi semakin comel pula dipandangan mata Zarif Haqimi.

“Kau ni kenapa? Suruh aku bayar hutang tapi senyum pulak!” jerit Airin Emelda

“Kau pilih! Nak aku serah kau kat balai polis atau kau nak jadi orang suruhan aku?”

“What?”

“Kalau kau nak aku serah kau kat polis, sekarang jugak aku boleh serah tapi kalau nak jadi orang suruhan aku, kau kena buat apa saja yang aku suruh”

“Orang suruhan dapat gaji kan?” soal Airin Emelda

“Dapat!” balas Zarif Haqimi bersama senyuman yang semakin melebar

“So, kau nak aku buat apa?”

“First, pulangkan balik barang yang kau curi!” ujar Zarif Haqimi bersama senyuman manisnya

********************************************************

“Apa? Kau jangan nak buat pasal!” marah Puan Aisyah

“Aim tak buat pasal mak, Aim cakap betul” balas Airin Emelda

“Tolong saya mak cik” ujar Zarif Haqimi

“Korang berdua dah buat apa? Emel! Kau mengandung anak jantan ni ke? Mak dah cakap, jangan buat benda tak elok semua tu! Kau buat jugak!” leter Puan Aisyah

“Mak! Tak payah nak karut sangat! Emel tak mengandung!” balas Airin Emelda

“Kadang-kadang mak terfikir, macam mana kau nak mengandung kalau jantan tengok perangai samseng kau tu pun, dah rasa seram, tapi tak mustahil kalau kau mengandung sebab kau tu perempuan”

Zarif Haqimi tersenyum melihat gaya percakapan Puan Aisyah. Patut anak samseng, mak dia pun boleh tahan!

“Yang kau senyum kenapa?” soal Puan Aisyah kepada Zarif Haqimi

“Ambil hati mak cik untuk mak cik terima saya sebagai menantu” balas Zarif Haqimi

“Kau ingat senang aku nak lepas anak aku dekat orang yang aku tak kenal dalam masa dua bulan? Nanti orang ingat Emel ni mengandung anak luar nikah”

“Kalau dekat belah mak cik nak buat kenduri lambat sikit pun boleh, nikah dulu, orang tak boleh cakap apa pun mak cik” balas Zarif Haqimi

“Mak, terima jelah, lagipun rezeki datang bergolek tak kan mak tak nak kaut? Perangai samseng Aim ni lelaki mana yang terpikat mak?”

“Kau ni dari kecik, perangai keras kepala kau tu tak pernah berubah! Hah! Apa nama kau tadi? Mak cik lupa”

“Zarif Haqimi, panggil Qimi mak cik”

“Hah Qimi, bawak keluarga kau jumpa mak cik, kalau nak express pun ikut adat!”

“Baik mak cik, terima kasih mak cik”

“Bagus! Kerja kau belum selesai lagi” ucap Zarif Haqimi apabila dia berdua dengan Airin Emelda diluar rumah

“Aku taulah! Sampai kawin kan? Lepas tu kau jangan lupa cerai aku, gaji aku bila boleh dapat?”

“Dah kawin nanti aku bagi”

“Lambat! Aku nak sekarang”

“Kerja belum settle, nak dapat apa?”

“Baik kau bagi deposit, kalau tak aku batal!” ugut Airin Emelda

********************************************************

“Sayang! Sampai hati you tau! Kenapa batalkan majlis kita? Tak sampai dua bulan majlis kita tau!” marah Qiesya Kirana

“I’m not your sayang anymore!” ujar Zarif Haqimi

“But why?”

“Qiesya, kawan-kawan I ramai yang report kat I tentang you tau! Keluar dengan Datuk, Tan Sri, I boleh sabar sebab I ingat you follow your boss jumpa client tapi depan mata I sendiri, I nampak you dengan client company I, siap peluk bagai, you ingat I boleh sabar? Cina tua pun you lalu?”

“Qimi, I boleh explain dekat you”

“Keputusan I muktamad!”

“Qimi, I still sayang you, please... Jangan buat I macam ni” rayu Qiesya Kirana

“Hoi! Dah.. Berhenti berharap! Kalau dia tak nak, kau tak payah nak buat muka tak malu” ujar Airin Emelda

“You siapa? Jangan nak menyibuk hal orang!”marah Qiesya Kirana

“Aku tunang dia! Dua bulan dari sekarang, aku yang akan jadi wife dia, bukan kau!”

“Hello! You tak layak untuk Qimi okay! Qimi mana layan samseng macam you!”

“Kau nampak penumbuk aku? Kau teringin nak rasa kena tumbuk?” soal Airin Emelda sambil menunjukkan penumbuknya

“Hey! Samseng! Samseng macam you mana layak untuk Qimi”

“Sepatah kau cakap, sebijik penumbuk aku bagi” ugut Airin Emelda sambil mengepal penumbuknya

Terkebil-kebil mata Qiesya Kirana melihat gaya Airin Emelda sebelum dia berlalu pergi

Zarif Haqimi yang melihat situasi tersebut tersenyum manis. Dia mula menyenangi kerenah keras dan kasar Airin Emelda kerana gadis tersebut seorang yang jujur dan tidak mengada-ngada seperti Qiesya Kirana. Dia juga berasa selesa bersama Airin Emelda kerana dia tidak perlu berpura-pura untuk menjadi seperti yang diingini pasangan seperti yang perlu dia lakukan ketika bersama dengan Qiesya Kirana

“Si samseng hatiku, jom, kita perlu uruskan beberapa perkara untuk majlis perkahwinan kita” ujar Zarif Haqimi kepada Airin Emelda

********************************************************

Beberapa bulan kemudian....

“Assalamualaikum, mak”

“Waalaikumussalam, hah! Kau ni siapa?” soal Puan Aisyah

“Mak, ni anak mak. Tak kenal ke?” soal Airin Emelda

“Emel anak aku perangai masyaallah! Ni ayu, sopan santun biar betul?”

Airin Emelda hanya tersenyum melihat Puan Aisyah membebel tidak percaya

“Mak, takkan nak biar kami berpanas kat luar ni? Masuk dululah” ujar Zarif Haqimi

Ternganga Puan Aisyah melihat perubahan sikap anak dan menantunya. Anak yang dikenali bersifat kasar sejak dari kecil berubah menjadi lemah lembut dan bersopan santun manakala menantu yang disanjung pekertinya selama ini berperangai seperti samseng pula.

“Mak” ujar Airin Emelda sambil menghulurkan tangan untuk bersalam dengan Puan Aisyah

Puan Aisyah menelan liur melihat anaknya itu mencium tangannya tanpa disuruh seperti selalu, matanya pula semakin membulat ketika melihat menantunya sedang menonton televisyen sambil meletakkan kakinya diatas meja, lantas ditarik tangan Airin Emelda menuju ke tempat dimana Zarif Haqimi sedang berada

“Apa yang tak kena dengan korang ni? Emel berubah sikap seperti sikap Qimi, Qimi pulak take over sikap Emel?” soal Puan Aisyah

“Rilekslah mak, tak payah kalut!” ujar Zarif Haqimi

“Abang.. Biar Emel cakap” manja suara Airin Emelda sambil menampar lembut bahu Zarif Haqimi

“Mak, sebenarnya Emel dah mengandung! Kami tak sangka pulak effect dia sampai perangai dan sikap kami berdua dah berubah dan menjadi terbalik” tutur Airin Emelda lembut sambil ketawa perlahan

“Hai macam-macam si samseng hati aku ni! Syukur Emel dah berubah, mak harap lepas bersalin pun berubah terus, Qimi pulak mak harap lepas Emel bersalin, sikap kau kembali asal” ucap Puan Aisyah sambil tersenyum

‘Abang, Ecah tak sangka akhirnya Emel berubah!’

No comments:

Post a Comment