Saturday, 4 February 2012

Demi Sayangku


“Abang, saya risau tengok anak-anak kita” adu Puan Haiza

“Kenapa dengan anak-anak kita?” soal Encik Halim

“Abang tengok anak sulung kita, Hanis, asyik fikir kerja, ikut boss outstation, dahlah perempuan, boss dia lelaki, saya takut jadi benda yang tak elok, si Hezly tu, saya tahulah kacak, girlfriend keliling pinggang, tak cukup dengan handphone, telefon rumah kita ni engage memanjang! Semua perempuan yang cari dia! Si Hairi, pun bagi saya pening bang! Cikgu datang rumah tadi, cakap Hairi asyik ponteng sekolah!”

“Hairi ponteng sekolah?” bulat mata Encik Halim melihat wajah isterinya

“Iya! Ni yang saya tengah pening ni abang!”

“Nak kena budak Hairi ni!”

“Abang nak buat apa dengan Hairi?” soal Puan Haiza cemas

“Nak ajar sikit anak bertuah tu!”

“Abang nak rotan Hairi? Saya rasa tak sesuai, sebab Hairi bukan budak-budak lagi, tahun depan dia nak ambil SPM”

“Habis, awak nak saya buat apa?”

“Ini yang saya nak bincang dengan abang ni cara yang sesuai, kita fikirkan untuk Hanis dengan Hezly sekali ye abang”

“Yalah”

********************************************************

“Awak ni biar betul Puan Haiza oi! Ini ke cara yang sesuai untuk kita gunakan?” luah Encik Halim

“Betullah abang! Tak cukup sesuai ke cadangan saya?”

“Awak tak rasa ke yang kita ni dah ketinggalan kalau nak ikut cara yang awak cadangkan tu?” Encik Halim mengemukakan soalan kepada Puan Haiza tanpa menjawap soalan yang diberikan

“Sebab dah ketinggalanlah saya nak kita buat supaya kita tidak terus tertinggal”

“Awak yakin cara tu berkesan?”

“Kita takkan tahu kalau tidak mencuba” balas Puan Haiza

Encik Halim menghela nafas perlahan. Berat baginya untuk menerima cadangan isterinya dalam menangani  masalah yang berlaku. Diusap-usap janggut sejemputnya itu sambil memikirkan sama ada mahu menerima atau tidak cadangan isterinya itu.

“Abang usap janggut abang tu, takkan dapat selesaikan masalah tapi kalau abang terima cadangan saya ni, sekurang-kurangnya kita cuba menyelesaikan masalah”

“Tapi abang tahu guna komputer untuk buat kerja abang je”

“Kerja abang tu, tolak tepi dulu, memastikan anak-anak kita selamat dan sempurna didikannya kerja kita berdua, kalau abang tak tahu, abang boleh belajar, saya pun tak tahu, sama-sama kita belajar, demi anak-anak kita ya abang”

“ Betul cakap awak tu tapi mana kita nak dapat guru yang nak mengajar kita?”

“Belajar dari buku pun boleh jugak kan abang? Kalau takde, search kat internet pun boleh kan?”

“Ya tak ya jugak!” balas Encik Halim sambil tertawa

“Jomlah abang, kita pergi MPH” ucap Puan Haiza tidak sabar

“Sekarang?”

“Ya, sebelum anak-anak kita balik”

“Baiklah Puan Haiza”

********************************************************

“Assalamualaikum” ucap Hanis

“Waalaikumussalam” balas Hairi

Hanis memandang ruang tamu rumahnya dengan kerutan didahi. Pelik apabila melihat hanya Hairi seorang! Dikerling jam ditangan, baru pukul Sembilan malam!

“Hairi, mak dengan abah mana?”

“Dalam bilik”

“Dalam bilik? Dah tidur ke?”

“Ntah, mana Hairi tahu” endah tidak endah sahaja Hairi melayan kakaknya itu kerana kusyuk bermain game di komputer.

“Awal mak dengan abah masuk bilik malam ni, selalu kakak balik pukul sepuluh atau sebelas, mak ada tunggu, kadang-kadang abah joint sekali”

“Pukul lapan setengah tadi, lepas makan, mak dengan abah terus masuk bilik”

“Mak dengan abah sihat tak? Selalu kalau demam baru mak dengan abah tidur awal” Hanis masih tidak berpuas hati

“Ntah, mana Hairi tahu”

“Abang mana?” Hanis bertanyakan adiknya, Hezly pula

“Dalam bilik, macam biasa, gayut”

“Ni Hairi main game ni, homework dah siap belum?”

“Akak ni banyak cakaplah! Pergi mandilah!” marah Hairi

Hanis hanya mengangkat bahu melihat adiknya, lantas langkah kaki diatur menuju biliknya, ketika melintasi bilik mak dan abahnya, matanya sempat mengerling cahaya lampu dari bawah pintu. Cerah! Ini bermakna mak dan abahnya masih belum tidur! Segera dia mengetuk pintu tersebut.

Puan Haiza dan Encik Halim yang sedang membaca buku yang baru dibeli dari MPH segera memandang antara satu sama lain apabila terdengar pintu bilik diketuk. Kelang-kabut keduanya mencari tempat yang sesuai untuk menyorokkan buku tersebut.

“Mak! Abah! Dah tidur ke?” soal Hanis

“Belum!” serentak Encik Halim dan Puan Haiza menjawap, kedua-duanya muncul didepan Hanis dengan peluh didahi

“Kenapa berpeluh ni? Mak dengan abah buat apa?” soal Hanis dengan kerutan didahi, tidak lama kemudian terbit senyuman dibibirnya apabila melihat mak dan abahnya memandang antara satu sama lain.

“Kenapa senyum pulak ni?” soal Encik Halim

“Ada chancelah Hanis dapat adik! Nak adik perempuan abah” ucap Hanis

“Hah?” ternganga Encik Halim mendengar permintaan anak sulungnya itu

“Dah! Jangan nak mengarut! Pergi mandi!” marah Puan Haiza sambil menolak anak sulungnya

********************************************************

“Haiza, awak dah sedia ke?” soal Encik Halim

“Saya dah sedia dari segi mental dan fizikal. Abang pulak macam mana?” bersemangat nada Puan Haiza

“Saya dah sedia!” balas Encik Halim

“Macam terpaksa je saya tengok muka abang tu!”

“Saya tak yakin saya dapat buatlah”

Berkerut dahi Puan Haiza membalas pandangan Encik Halim apabila mendengar jawapan yang tidak diingini keluar dari bibir suaminya itu

“Awak ingat senang ke nak main game Angry Bird tu? Sakit hati saya tau kena gelak dengan binatang hidung pendek warna hijau tu! Dahlah hijau warna kegemaran saya, boleh pulak binatang tu pun warna hijau” luah Encik Halim

“Abang! Demi anak-anak kan?” Puan Haiza cuba mengingatkan suaminya tentang tujuan mereka

“Baiklah! Sekarang saya tengah cuba ikhlaskan hati saya untuk menatap wajah hidung pendek tu”

“Macam nilah Bapa Mithali! Abang nak buat yang mana dulu?”

“Saya nak pergi kerja dulu” balas Encik Halim selamba

“Abang!”

“Nanti dulu, sabar! Minggu depan saya settle hal anak-anak kita, sekarang saya nak pergi kerja, minta cuti pada boss! Saya bukan boss yang boleh cuti anytime!” ujar Encik Halim sambil tersengih

Puan Haiza hanya mampu mengetap bibir kegeraman

********************************************************

Setelah suami dan anak-anaknya keluar, Puan Haiza pun memulakan operasinya. Komputer dan streamyx dibuka sambil matanya tidak lepas dari membaca buku cara-cara untuk mendaftar dan menggunakan rangkaian sosial facebook yang dibelinya di kedai buku MPH. Tersenyum lebar dirinya apabila menjumpai buku tersebut kerana dengan buku tersebut, ia dapat memudahkan kerjanya, semalam hampir terbeliak matanya kerana disitu terdapat juga buku cara-cara untuk mendaftar dan menggunakan rangkaian sosial twitter. Pada mulanya dia keliru untuk memilih sama ada mahu membeli buku mengenai facebook atau twitter, tetapi apabila terdengar nada dering cinta muka buku daripada telefon anak gadis disebelahnya, dia memilih untuk membeli buku mengenai facebook.

Setelah selesai mendaftar, dia cuba mencari page facebook anak keduanya, Hezly dan melihat info untuk memastikan sama ada orang yang dicari itu betul atau tidak sebelum menghantar permintaan untuk menjadi rakan.

“Ramai betul kawan anak aku ni! Apesal aku nampak perempuan je semua, takde lelaki pun! Jejaka Malaya ke? Wah... Cantik-cantik kawan-kawan dia ni tapi gambar ni betul ke tipu? Mana satu bakal menantu aku?” bebel Puan Haiza

Setelah berpuas hati, Puan Haiza keluar dari rangkaian sosial tersebut dan menutup komputer dan juga streamyx. Dia hanya perlu menunggu anaknya menerima permintaannya itu sebelum memulakan langkah yang seterusnya.

********************************************************

Encik Halim sedang menunggu lif untuk kepejabat anak sulungnya. Dia merenung bangunan tempat anaknya bekerja sambil memikirkan ayat yang sesuai digunakan dalam misinya. Dia menarik nafas perlahan sebelum masuk ke dalam lif dan mula bersedia...

“Selamat pagi, boleh saya tolong encik?” soal penyambut tetamu yang bertugas

“Selamat pagi, boleh saya berjumpa dengan encik, hmm, encik apa yer” ucap Encik Halim sambil menggaru kepalanya

“Encik nak jumpa siapa sebenarnya?”

“Apa nama boss Cik Hanis Binti Halim? Saya lupalah” Encik Halim tersengih menutup malu

“Encik Mukhriz, Syakir Mukhriz”

“Ya, saya nak jumpa dengan dia”

“Encik dah buat appointment?”

“Belum tapi saya kena jumpa dia. Urgent!”

“Kalau belum, saya kena tanya PA Encik Mukhriz dulu”

“Nak tanya Hanis?” terkebil-kebil mata Encik Halim

“Mana encik tahu Cik Hanis PA Encik Mukhriz?”

“Actually Hanis anak saya tapi saya nak minta tolong cik, jangan bagitahu Hanis yang saya nak jumpa boss dia boleh?”

“Encik”

“Please, men’s talk!”

Encik Halim tersenyum sehingga berada dihadapan ketua anak sulungnya, Syakir Mukhriz apabila diberi lampu hijau untuk bertemu dengan lelaki tersebut.

“Ya encik, ada apa-apa yang saya boleh bantu?” soal Syakir Mukhriz

“Tak payah nak berencik dengan pak cik. Kalau nak moden, panggil uncle pun boleh”

Tersenyum manis Syakir Mukhriz melihat bicara selamba bapa pembantu peribadinya itu

“Ya pak cik”

“Pak cik tak reti nak kias-kias, pak cik straight to the point ye. Kamu dah kawin belum?”

“Belum. Kenapa pak cik?” berkerut dahi Syakir Mukhriz kerana masih belum jelas tentang kedatangan bapa pembantu peribadinya

“Kamu suka anak pak cik tak?”

“Hanis?”

“Hanis sorang je anak perempuan pak cik. Kamu jangan buat lawak pulak kalau maksudkan adik-adik dia”

“Saya tak faham apa yang pak cik cuba sampaikan”

“Pak cik susah hati, anak pak cik perempuan, kamu lelaki tapi kerap sangat outstation, tak manis!”

“Tapi kami duduk berlainan bilik”

“Kita orang Melayu, bukan cara kita, lebih baik mencegah dari mengubati! Memandangkan kamu pun belum kawin, pak cik cadangkan kamu bawa keluarga jumpa pak cik dan mak cik, kita buat cara elok, lepas tu kamu nak outstation plus honeymoon takde siapa pun nak halang. Pergilah outstation mana pun janji bila raya, jangan lupa bawa balik anak pak cik”  hujah Encik Halim

Syakir Mukhriz hanya mampu menelan liur dan terkebil-kebil melihat. Memang diakui dia tidak mempunyai teman wanita kerana dia seorang yang gila kerja, dan dia baru menyedari bahawa dia kerap berdua dengan Hanis kerana urusan kerja. Hanis juga menjadi pekerja kesayangannya kerana wanita itu juga gila kerja sepertinya. Tiba-tiba dia teringat permintaan mamanya yang mahu dia berumahtangga, dia juga sudah nampak jalan untuk menunaikan permintaan mamanya tetapi adakah Hanis akan bersetuju? Adakah Hanis juga tiada kekasih hati seperti dirinya?

“Kenapa kamu diam? Orang cakap diam tanda setuju. Kamu setuju ke dengan cadangan pak cik?”

“Tapi Hanis setuju ke pak cik? Macam mana dengan teman lelaki dia?”

“Pak cik ingat kamu teman lelaki dia sebab dia asyik berkepit dengan kamu”

Syakir Mukhriz hanya mampu tersenyum apabila terasa dirinya disindir

“Kalau wali dah setuju, ada harapan saya tukar status!” ujar Syakir Mukhriz sambil tertawa

“Okaylah pak cik balik dulu, kerja pak cik rasanya dah selesai, tunggu kamu datang rumah je” ujar Encik Halim sebelum berlalu

********************************************************

Hezly tersenyum manis apabila berbicara dengan teman barunya, Iza. Dia terasa seperti ada ‘chemistry’ diantara mereka walaupun baru seminggu berkenalan. Iza tidak seperti rakan facebook yang lain, yang tergila-gilakan dirinya kerana rupa kacaknya, kebanyakan rakan facebook adalah rakan dari sekolah dan universiti, tetapi Iza tidak! Dia pun tidak tahu dari mana datangnya Iza tetapi dia tertarik dengan kematangan rakannya itu.

Senyuman Hezly semakin melebar apabila Iza menghantar mesej di facebook dan sepantas kilat juga dia membalas. Dia tertarik dengan sikap tarik tali Iza yang banyak berahsia dengannya kerana dia memang meminati wanita yang jual mahal dan bukannya wanita yang sering memburu cinta darinya.

Berubah wajah Hezly apabila Iza menyuruh dia belajar dan memberi tumpuan terhadap kelas yang dihadirinya. Dia mengerut dahi kerana mengesyaki bahawa ada diantara rakan yang ingin mempermainkan dirinya kerana Iza seolah-olah tahu siapa dirinya. Dia memerhati rakan didalam kelas dan matanya terhenti pada seorang rakannya yang bernama Izara yang kebetulan sedang membelek telefon bimbitnya. Dia tersenyum kembali.

‘Iza ya? Let’s play the game!’

********************************************************

Hairi yang sedang kusyuk bermain game tiba-tiba mengerutkan dahi  apabila terhidu minyak wangi lelaki yang baru duduk disebelahnya. Matanya terkebil-kebil cuba untuk mengingati siapa yang pernah memakai bau minyak wangi itu. Apabila dia sudah dapat jawapannya, dia cuba untuk memastikan benar atau tidak insan yang bermain difikirannya, lantas dihala matanya kearah lelaki tersebut, serentak dengan itu dia tergamam melihat abahnya sedang tersenyum manis sambil membuat tanda ‘peace’.

“Abah” ujar Hairi

“Hari ni cikgu batalkan kelas tambahan ke?” soal Encik Halim

“Err.. Abah”

“Kenapa dengan abah?”

“Hairi... Hairi...”

“Hairi apa? Eh! Dah game over!” jerit Encik Halim sambil jari telunjuknya menghala ke skrin komputer

“Hairi minta maaf abah! Hairi ponteng kelas” ujar Hairi sambil menunduk

“Kenapa Hairi buat abah dengan mak macam ni?”

“Hairi minta maaf abah”

“Hairi tahu kan Hairi nak SPM tahun depan?”

“Hairi tahu, abah. Hairi tahu”

“Kenapa ponteng sekolah? Ponteng kelas tambahan, lepas tu Hairi datang cybercafé, Hairi main game. Hairi tahu tak penat abah pergi kerja, cari duit untuk sekolahkan Hairi, senang-senang Hairi buang duit” luah Encik Halim sambil merenung anak bongsunya yang sedang menunduk

“Hairi minta maaf abah”

“Abah nak tanya Hairi, abah ada marah tak kalau Hairi nak main komputer, nak main game?”

“Tak ada abah”

“Mak ada marah?”

“Tak ada”

“So, kalau Hairi nak main, Hairi boleh main tapi abah dengan mak tak suka Hairi ponteng sekolah, ponteng kelas tambahan”

“Baik abah, Hairi tak buat lagi”

“Boleh janji dengan abah?”

“Hairi janji abah!”

“Start esok, abah nak kedatangan Hairi penuh, tapi sekarang, abah nak Hairi ajar abah main game tu, macam best pulak abah tengok” ujar Encik Halim sambil mengambil mouse diatas meja

“Abah nak main game? Bukan abah tak minat ke?” ujar Hairi sambil menggaru kepalanya yang tidak gatal

“Itu dulu”

********************************************************

“Abang!” Puan Haiza menepuk tangan Encik Halim yang sedang kusyuk bermain game

“Ya, kenapa?”

“Saya panggil banyak kali abang buat don’t know”

“Alah! Abang tengah main game ni, janganlah kacau”

“Dulu saya suruh abang main, abang merungut hidung pendeklah, apalah”

“Sebab awak suruh saya main untuk mendapatkan feel, sekarang saya dah terlebih feel! Jangan kacau saya nak main”

“Game ape pulak abang main ni? Saya tak nampak binatang hijau hidung pendek pun”

“Ni Angry Bird versi lain”

“Ada banyak versi ke?”

“Awak apa tahu”

“Dahlah, malas saya layan abang, saya nak keluar”

“Awak nak pergi mana?”

“Dating dengan Angry Bird handsome!”

********************************************************

Hezly menguis-nguis rambutnya sebelum keluar dari toilet KLCC. Dia mahu kelihatan kacak dihadapan Iza. Semalam dia melompat keriangan apabila Iza bersetuju untuk bertemu di Taman KLCC, dia sudah tidak sabar mahu menatap wajah Iza secara empat mata walaupun dia fikir dia selalu berbalas pandang dengan Izara, gadis yang diminatinya dalam diam. Dia tidak menyangka bahawa gadis yang diminatinya juga meminati dirinya.

Hezly duduk disalah sebuah kerusi sambil memerhati air pancut untuk memikirkan ayat yang sesuai untuk berbicara dengan Izara. Dia juga kerap menilik jam tangan untuk memastikan waktu yang ditunggu telah tiba dengan perasaan tidak sabar.

“Hai Hezly”

Hezly menoleh ke arah suara yang memanggilnya dengan senyuman lebar

“Mak!” bulat mata Hezly melihat maknya dihadapan dengan senyuman lebar

“Ya”

“Mak buat apa kat sini?” soal Hezly sambil memerhati sekeliling untuk memastikan siapa lagi yang ada di Taman KLCC selain dari Puan Haiza

“Jumpa Hezly” jawap Puan Haiza sambil menggoyangkan telefon bimbitnya dihadapan Hezly

“So, mak yang menyamar jadi Iza selama ni? Mesej dengan Hezly kat facebook”

“Mak tak menyamar jadi Iza, nama mak Haiza”

“So selama ni Hezly mesej dengan mak?”

“Ya”

“Kenapa mak buat Hezly macam ni?”

“Salah satu sebab, mak nak tahu Hezly berkawan dengan siapa, mak tak nak Hezly berkawan dengan orang yang bukan-bukan, even Hezly lelaki, mak tak nak Hezly rosakkan anak orang, sebab lain, mak nak Hezly beri tumpuan dalam kelas, mak nak anak mak dapat keputusan yang terbaik. Facebook salah satu cara untuk berinteraksi, mak tak nak ketinggalan dalam zaman moden, zaman IT. So, tak salah kan mak buat macam ni?” hujah Puan Haiza

“Thanks mak! Hezly suka kawan dengan mak! Hezly janji akan ikut semua nasihat mak!”

********************************************************

“Haiza, awak memang bijak!” ujar Encik Halim sambil berbaring

“Bijak apa?”

“Petang tadi, Hanis dah bertunang dengan Mukhriz, Hezly pun dah kurang bergayut, Hairi pulak dah rajin kesekolah dan kelas tambahan”

“Kan abang yang uruskan hal Hanis dan Hairi, bukan saya”

“Tapi idea datang dari awak, saya dapat settle tanpa naik darah, stress saya pun kurang, nak-nak lagi kalau tengah serabut dengan hal pejabat, saya main game kejap, at least boleh regangkan tekanan kerja sekejap”

"Saya buat demi anak-anak abang, saya nak anak-anak saya berjaya dan menjadi orang yang berguna. Saya tak suka anak-anak buat benda tak elok, tak kisah lelaki atau perempuan. Demi sayangku!”

“Saya juga ikhlas buat demi anak-anak! Demi sayang saya juga pada anak-anak untuk menangani masalah yang berlaku pada anak-anak dalam zaman teknologi maklumat ni” balas Encik Halim

Encik Halim dan Puan Haiza berbalas senyuman kerana usaha mereka untuk kebaikan anak-anak mereka menuju ke arah yang benar, menunjukkan hasil yang positif.