Wednesday, 18 April 2012

Takdir yang telah tertulis


‘Bila kau nak kahwin?’

‘Kawan-kawan sebaya semua dah ada anak. Tak teringin ke?’

‘Ingat umur tu makin muda ke?’

“Ah! Bosan! Salah ke kalau kahwin lambat? Zaman sekarang ni standard apa kalau kahwin lambat! Dalam agama sendiri pun tak cakap salah, berdosa pun tak kalau dah namanya jodoh belum sampai” rungut Nur Dhira Atilea sendirian mengenangkan nasib diri yang sering disindir kerana belum bertemu jodoh

“Jodoh belum sampai?”

Nur Dhira Atilea segera memandang ke arah suara yang menegur. Nafas segera dihembus perlahan sambil mengerutkan dahi. Dia menahan sabar kerana tidak mahu memulakan pergaduhan seperti sebelumnya, dan dengan langkah perlahan, dia meninggalkan insan yang menegur dirinya.

“Kau ni kenapa Dhira?” soal Qhalif Ikhman

“Kau jangan sibuk boleh tak? Kenapa kau suka menyibuk semua hal aku?”

“Dhira, sampai hati kau...”

Bicara Qhalif Ikhman terhenti apabila mendengar dentuman pintu bilik air yang dihempas Nur Dhira Atilea. Qhalif Ikhman menghela nafas perlahan sambil meraup mukanya untuk menahan sabar dengan kerenah Nur Dhira Atilea buat kesekian kalinya.

“Dhira, sampai bila kau nak macam ni dengan aku?” lemah Qhalif Ikhman menutur kata

Dengan perlahan, Qhalif Ikhman menuju ke biliknya untuk sekali lagi melihat gambar yang hanya tinggal kenangan bersamanya kini. Kenangan yang sangat-sangat dirinduinya.

********************************************************

“Ikhman, kau sorang je? Mana Rafiq?” soal Nur Dhira Atilea

“Rafiq lambat sikit, dia suruh aku datang dulu, kesian kau tunggu sorang-sorang nanti” ujar Qhalif Ikhman

Qhalif Ikhman sengaja berbohong kepada Nur Dhira Atilea dengan mengatakan bahawa Adli Rafiq yang menyuruhnya datang dahulu, sedangkan dia yang tidak sanggup membiarkan Nur Dhira Atilea bersendirian menunggu mereka kerana dia sudah mengetahui Adli Rafiq jenis yang tidak dapat menepati janji. Adli Rafiq sering datang lewat sekiranya berjanji untuk berjumpa, dan dia risau sekiranya sesuatu yang tidak elok akan berlaku kepada gadis tersebut.

“Dhira, aku ade benda nak cakap kat kau ni” ucap Qhalif Ikhman sambil menggaru kepalanya yang tidak gatal

“Kau ni Ikhman, tak boleh tunggu Rafiq ke? Sabarlah! Kau cakaplah depan Rafiq nanti, tak baik tau kau nak rahsiakan daripada pengetahuan dia, dah lah kau berjiran sebelah rumah, tadi pun tinggalkan dia” marah Nur Dhira Atilea

‘Takkan aku nak luahkan perasaan aku dekat Dhira depan Rafiq kot? Buatnya Dhira reject aku, malu berganda aku’ bicara hati Qhalif Ikhman

“Hello my friends!”

Serentak Qhalif Ikhman dan Nur Dhira Atilea memandang ke arah datangnya suara tersebut. Qhalif Ikhman perasan riak wajah Nur Dhira Atilea berubah ceria apabila melihat kedatangan Adli Rafiq. Dia hanya mampu menunduk menahan perasaan sebelum mendongak membalas pandangan Adli Rafiq.

Ketukan pintu bilik pejabatnya menyedarkan Qhalif Ikhman dari kenangan semalam. Dia lantas menyuruh setiausahanya masuk selepas dia menyimpan gambar kenangan semasa dizaman persekolahan dan bersedia untuk memulakan tugas.

“Encik Qhalif, saya nak ingatkan encik yang encik ada meeting petang ni” ujar Idayu

“Okay thanks! I’m on my way” balas Qhalif Ikhman sambil bangun dari kerusinya

********************************************************

Qhalif Ikhman memerhati tingkah Nur Dhira Atilea yang tidak senang duduk kerana masih lagi belum mendapat teksi untuk pulang kerumah selepas habis waktu kerja.  Jam ditangan dikerling sekilas sebelum dia memandu menghampiri. Dia bergegas balik kepejabat selepas tamat mesyuarat kerana khuatir akan keadaan Nur Dhira Atilea yang belum memiliki kenderaan sendiri untuk berulang-alik ke tempat kerja.

“Dhira, masuklah, aku hantar kau balik” ujar Qhalif Ikhman dari dalam kereta

Nur Dhira Atilea memberi jelingan tajam kepada Qhalif Ikhman sebagai jawapan yang dirinya tidak sudi untuk menumpang. Dia masih lagi memandang ke arah jalan raya untuk melihat sekiranya ada teksi yang lalu tanpa menghiraukan Qhalif Ikhman yang masih lagi setia menunggu.

Qhalif Ikhman segera keluar dari kereta apabila tidak dihiraukan dan dengan pantas melangkah ke arah kerusi yang diduduki Nur Dhira Atilea. Dia sudah tidak peduli dengan reaksi yang dipamerkan kerana sudah sepuluh tahun dia menerima reaksi sebegitu dari Nur Dhira Atilea selepas pemergian Adli Rafiq.

“Dhira, dah lewat ni. Jom aku hantar kau balik”

“Aku tak nak balik dengan kau”

“Dhira, please! Sampai bila kau nak macam ni dengan aku?”

“Sampai ingatan aku hilang pada kejadian yang menimpa Rafiq!” jerit Nur Dhira Atilea

“Dhira, aku..”

“Pembunuh!”

“Kaki aku kejang masa tu Dhira, aku tertarik Rafiq”

“Kau tak ikhlas ajar kitorang berenang kan? Kau dah tau Rafiq tak pandai berenang, so kau tarik dia!”

“Sumpah Dhira! Aku sanggup junjung Al-Quran yang aku langsung tak berniat nak tarik Rafiq! Rafiq kawan baik aku, kalau kau sedih, aku lagi sedih, aku rasa sakit sangat masa kaki aku kejang, aku tak sengaja tarik Rafiq”

“Aku tau kau marah sebab aku tak nak dengar apa yang kau nak cakap masa tu kan? So, Rafiq yang menjadi mangsa! Kau memang keji! Menyesal aku dapat kawan macam kau, dan sekarang perasaan benci aku pada kau makin bertambah sebab kau masuk syarikat tempat aku bekerja dan menjadi ketua aku!”

“Dhira!”

“Apa? Kau nak cakap apa? Kau tak puas hati kan selagi tak cakap dekat aku apa yang kau nak cakap dulu kan? So, kau boleh cakap sekarang!”

“I’m sorry Dhira! Kau dah salah faham” sayu kedengaran nada Qhalif Ikhman

“Fine! Kau tak nak cakap kan? Bukan masalah aku! Aku harap nyawa aku masih panjang sebab kau sendiri yang pilih untuk tidak bercakap!”

Nur Dhira Atilea lantas bangun menahan teksi yang lalu dan pergi meninggalkan Qhalif Ikhman yang masih duduk merenung lantai diperhentian teksi tersebut.

********************************************************

“Dhira, Iman, sorry aku lambat! Dah jom kita pergi, aku dah tak sabar nak belajar berenang ni” ceria nada Adli Rafiq

“Rafiq, sebelum ni kau takut dengan air, kenapa hari ni kau terlebih excited pulak nak berenang?” soal Qhalif Ikhman

“Ala Iman, kau ni ikhlas tak nak mengajar aku berenang? Semalam cakap ikhlas, hari ni macam tak ikhlas pulak aku tengok” rungut Adli Rafiq

“Aku ikhlaslah Rafiq! Kau kan kawan baik aku, of course aku gembira sebab finally kau berani jugak lawan perasaan takut kau tu tapi kenapa pulak sampai terlebih excited ni?”

“Dahlah korang, kalau bersembang je sampai esok pun kita kat sini lagi” celah Nur Dhira Atilea pula

“Betul cakap Dhira tu Iman. Dah jomlah tak payah buang masa lagi”

Qhalif Ikhman hanya mampu mengangkat bahu melihat keterujaan kawan-kawannya untuk belajar berenang. Sesuatu yang tidak disangka telah berlaku, dimana kakinya telah mengalami kekejangan semasa membantu Adli Rafiq untuk mengimbangi badan didalam air, dan dengan tidak sengaja dia telah memaut tubuh rakannya itu. Adli Rafiq yang tidak mengetahui cara mengawal pernafasan didalam air telah terkapai-kapai sebelum kelemasan dihadapan mata Nur Dhira Atilea.

Qhalif Ikhman dan Nur Dhira Atilea menyedari yang Adli Rafiq sudah tidak bernyawa apabila merasa denyut nadi rakannya itu, selepas tidak mendapat balasan semasa bantuan pernafasan diberikan. Nur Dhira Atilea meraung apabila Adli Rafiq disahkan meninggal dan sejak dari itu, dia telah menjauhkan diri dari Qhalif Ikhman kerana menyangka lelaki tersebut yang merancang untuk membunuh lelaki yang dicintainya.

Qhalif Ikhman tersedar dari kenangan lalu apabila terdengar deringan telefon bimbitnya. Lelehan air mata dikesat dan nafas ditarik perlahan sebelum menyambut panggilan tersebut.

“Assalamualaikum Iman. Iman dekat office lagi ke? Lambat Iman balik hari ni”

“Waalaikumussalam ibu. Iman dekat office lagi ni ibu, Iman pun dah nak balik dah ibu. Maaflah ibu, Iman balik lambat sikit hari ni”

“Takpalah Iman, ibu faham, Iman banyak kerja. Bawak kereta elok-elok ya Iman. Semoga selamat sampai” pesan Puan Adawiyah

“Baiklah, terima kasih ibu. Iman balik sekarang, Assalamualaikum ibu” tutur Qhalif Ikhman sopan

“Waalaikumussalam”

********************************************************

“Dhira, petang tadi Mak Cik Rabiah datang bertanyakan Dhira”

“Dia nak jodohkan Dhira dengan siapa pulak mak?”

“Zikri, anak Lebai Zaki” jawap Puan Zuraida

“Dhira tak nak!”

“Dhira, baik budak Zikri tu, dia pun dari keluarga yang baik-baik, anak lebai lagi! Kerja pun bagus, Dhira nak tunggu apa lagi?”

“Dhira tak nak tunggu siapa pun mak” ucap Nur Dhira Atilea sambil mengesat air mata yang ingin mengalir

“Dhira, tau tak yang umur Dhira dah 27 tahun? Dhira tak nak kahwin ke?” risau Puan Zuraida memikirkan perihal anak daranya itu

“Kalau kahwin dengan Rafiq, Dhina nak lah mak” balas Nur Dhira Atilea dengan mata yang sudah mula basah

“Dhira, dah sepuluh tahun Rafiq pergi. Dia takkan kembali Dhira! Mak tak nak anak mak jadi macam ni, mengharap pada benda yang takkan berlaku”

“Memang Rafiq dah pergi dan dia takkan kembali, tapi hati Dhira hanya untuk dia mak! Dhira tak nak orang lain”

“Itu tandanya jodoh Dhira bukan dengan Rafiq, dan Dhira kena terima ketentuan ni dengan redha. Ajal, maut, jodoh, pertemuan semuanya dah ditetapkan sayang”

“Kalau tak disebabkan Ikhman pembunuh tu, Rafiq mesti ada lagi mak!” Nur Dhira Atilea sudah meraung

“Astaqfirullah Dhira! Bawak mengucap! Kalau dah ajal Rafiq, kita tak mampu untuk menghalangnya, semua tu kuasa Allah”

“Dhira benci Ikhman!”

“Bawak bersabar sayang, bertenang” pantas tangan Puan Zuraida mengusap belakang badan anaknya itu

Puan Zuraida hanya mampu menggeleng melihat trauma anaknya yang masih belum hilang setelah melihat kematian rakannya dihadapan mata sendiri

********************************************************

“Surat apa ni Dhira?” soal Qhalif Ikhman

“Aku nak resign!” balas Nur Dhira Atilea dingin

“Dhira! Kenapa perlu berhenti? Apa pulak yang tak kena ni?”

“Aku tak boleh nak tengok muka kau dah”

“Aku tak nak terima surat perletakan jawatan kau ni” pantas tangan Qhalif Ikhman mengoyak surat tersebut tanpa melihatnya terlebih dahulu

“Terpulang pada kau! Aku dah bagi, kau yang koyak, bukan salah aku!” sejurus itu dia keluar dari bilik Qhalif Ikhman tanpa menghiraukan lelaki tersebut

“Fine! Lepas ni aku tak ganggu kau dah tapi tolonglah jangan berhenti” jeritan Qhalif Ikhman hanya dibiar sepi seiring dengan langkahnya yang menuju ke perhentian teksi

Nur Dhira Atilea yang merasakan arah laluan teksi sudah berbeza mula memandang pemandu teksi tersebut. Matanya membulat apabila berbalas pandang dengan pemandu teksi yang sedang menjilat-jilat bibir sambil tersenyum ke arahnya di cermin pandang belakang teksi. Liurnya ditelan berkali-kali dengan nafas yang tidak teratur kerana tahu dirinya dalam bahaya dan mula memikir cara untuk melepaskan diri.

Dia hanya mampu menahan kesakitan saat pemandu teksi tersebut menolak dirinya ke tepi sebatang pokok besar yang terdapat didalam kawasan semak. Pisau yang masih terhulur dileher menambahkan lagi ketakutannya dan dia hanya mampu memejam mata dan berdoa semoga dirinya selamat saat pemandu teksi tersebut mendekatkan wajahnya.

Nur Dhira Atilea membuka matanya apabila terdengar bunyi erangan dan tidak lagi terasa hujung pisau dilehernya. Dia nampak pemandu teksi tersebut sedang bergomol dengan seorang lelaki dan tidak lama selepas itu, pemandu teksi tersebut lari meninggalkan lelaki tersebut yang sedang tertiarap.

“Encik tak apa-apa ke?” soal Nur Dhira Atilea

Nur Dhira Atilea terduduk melihat Qhalif Ikhman yang sudah tidak sedar bersama dengan darah yang sudah membasahi tubuh. Terketar-ketar tangannya untuk menggerakkan tubuh lelaki yang sudah kelihatan pucat itu.

“Ikhman! Bangun! Tolonglah jangan buat aku macam ni. Aku dah tak sanggup melihat kematian depan aku lagi! Please Ikhman! Bangunlah!” raung Nur Dhira Atilea

********************************************************

“Dhira, jom balik” ucap Puan Zuraida

“Ikhman mak”

“Ya, mak tau Dhira. Esok kita datang lagi ya. Dah nak maghrib dah ni”

“Dah sebulan dah mak tapi...” Nur Dhira Atilea mula menangis teresak-esak

“Sabarlah Dhira, semuanya ditangan Allah, Dhira berdoa dan mintalah kepadaNya”

“Nasib baik tikaman tu tak kena jantung Ikhman kan mak? Dhira tak dapat bayangkanlah kalau kena, dan kalau tak disebabkan jangkitan kuman, mesti Ikhman dah lama sedar kan mak?”

“Ya, mungkin dan Alhamdulillah Ikhman selamat. Jom kita balik Dhira”

“Mak keluar dulu boleh? Tunggu Dhira kat luar, bagi Dhira lima minit je. Lepas tu Dhira janji, kita balik” Nur Dhira Atilea merenung emaknya untuk mendapatkan kebenaran

“Baiklah” Puan Zuraida tersenyum memberi kebenaran

Nur Dhira Atilea lantas menggenggam tangan Qhalif Ikhman selepas melihat emaknya keluar dari bilik yang menempatkan lelaki tersebut

“Ikhman, bangunlah, dah sebulan dah Ikhman macam ni. Dhira dah tak sanggup! Please! Bangunlah..” bisik Nur Dhira Atilea ditelinga Qhalif Ikhman

Nur Dhira Atilea melihat tangan Qhalif Ikhman yang digenggamnya apabila terasa gerakan dari jari-jemari tersebut. Dia memerhati tangan itu untuk memastikan apa yang dirasanya dan senyuman lebar merekah dari bibir apabila sekali lagi terdapat gerakan dari jari-jemari tersebut.

“Ikhman dah sedar! Mak, Ikhman dah sedar” jerit Nur Dhira Atilea memberitahu emaknya yang berada diluar bilik.

********************************************************

“Good afternoon!” ucap Nur Dhira Atilea sebaik menolak pintu wad yang menempatkan Qhalif Ikhman bersama senyuman manisnya

“Good afternoon” balas Qhalif Ikhman yang tergamam melihat senyuman manis yang diberikan khas untuknya

“Apa khabar hari ni? Lebih sihat dari semalam? Ikhman dah makan belum? Dhira ada bawakkan bubur untuk Ikhman”

Qhalif Ikhman merenung tingkah Nur Dhira Atilea dengan kerutan didahi. Dia masih tidak percaya dengan perubahan yang berlaku, dan perbuatannya itu telah mengundang tawa gadis pujaannya itu.

“Janganlah tengok Dhira macam tu Ikhman. Okay, first of all, Dhira nak minta maaf atas tuduhan Dhira selama sepuluh tahun ni dekat Ikhman. Mak cik Adawiyah dah terangkan semuanya yang Ikhman akan mengalami kekejangan kalau Ikhman sejuk. So, Dhira dah tau yang Ikhman tak sengaja tertarik Rafiq. Second, Dhira nak ucapkan terima kasih banyak-banyak sebab dah selamatkan Dhira sebulan yang lepas. Third...”

“Banyaknye” potong Qhalif Ikhman

“Ikhman tak suka ya? Okay, Dhira diam” ucap Nur Dhira Atilea sambil menunduk

“Tak cakap pun. Hmm, tak penat ke tak duduk?”

“Ikhman dah maafkan Dhira belum?” soal Nur Dhira Atilea sambil merenung kedalam mata Qhalif Ikhman

“Kalau ya pun, duduklah dulu” jawap Qhalif Ikhman dengan mata dialihkan memandang kerusi untuk melawan debaran didada

“Terima kasih Ikhman” laju tangan Nur Dhira Atilea menggenggam tangan Qhalif Ikhman

Qhalif Ikhman hanya mampu menelan liur melihat tangannya yang digenggam Nur Dhira Atilea. Debaran didada semakin kencang kerana tidak menyangka gadis yang dicintainya sanggup memegang tangannya.

“Ikhman, Dhira tak kisah orang nak cakap apa pun, yang Dhira tau, Dhira nak lamar Ikhman. Will you marry me?”

“Hah?”

“Dhira dah tau semuanya Ikhman, Dhira tau yang Ikhman cintakan Dhira. Ikhman juga akan kemana-mana saja tempat yang Dhira pergi untuk memastikan keselamatan Dhira. Ikhman tukar tempat kerja pun sebab Dhira jugak kan? Dhira pun dah tak sanggup kehilangan Ikhman lagi, cukuplah sebulan yang menyeksakan. Cukuplah Dhira dah kehilangan Rafiq, Dhira tak nak kehilangan Ikhman pula”

“Ni betul-betul ke?”

“Yalah sayang!” manja kedengaran tutur kata Nur Dhira Atilea

Nur Dhira Atilea memuncungkan bibir dengan muka yang masam apabila Qhalif Ikhman terkebil-kebil melihat wajahnya.

“Iman laparlah Dhira. Bubur tu Dhira masak ke?” ucap Qhalif Ikhman dengan senyuman

“Tengok! Bukan nak pujuk!”

“Iman sakitlah sayang. Nanti Iman dah sihat, Iman pujuk ye?”

Nur Dhira Atilea berbalas pandang dengan Qhalif Ikhman bersama senyuman yang manis sebelum menyediakan makan tengah hari untuk insan tersayangnya itu.

Friday, 23 March 2012

Si Kacak dan Si Buruk


‘Anak ayah nak pesan apa-apa tak kat ayah bila ayah balik dari outstation nanti?’ soal Encik Mukhriz

‘Myra tak nak apa-apa ayah. Myra nak ayah selamat pergi dan selamat balik. Itu aje ayah’ balas Myra Darina

‘Mana boleh anak ayah! Ayah tetap nak belikan sesuatu untuk anak ayah ni tapi ayah nak anak ayah yang pilihkan hadiah tu’

‘Ayah, ayah! Baiklah, kalau macam tu, Myra nak ayah beli bunga Rafflesia untuk Myra, ayah pergi outstation kat Sabah kan?’

“Myra! Bangun! Banyak Myra punya bunga Rafflesia!” jerit Puan Dalila sambil menolak-nolak badan Myra Darina

“Apa ni mak? Sakitlah!” rungut Myra Darina

“Matahari dah meninggi Myra masih bermimpi! Apa nak jadi dengan Myra ni? Ingat dengan perangai macam ni, ada ke lelaki yang nak masuk meminang? Cuba pergi mandi, hish! Geram pulak mak tengok dengan rupa Myra tu!” bebel Puan Dalila lagi

“Mak, Myra rindu ayah!” Myra membela nasib

“Kalau rindu ayah sekalipun, tak payah nak mimpi sampai minta ayah beli bunga Rafflesia tu! Myra ingat nak jadi macam Beauty and The Beast versi Melayu?”

“Okay jugak tu mak! Si Cantik dan Si Buruk!”

“Kalau Myra, tak jadinya Si Cantik dan Si Buruk tapi Si Kacak dan Si Buruk perangai, anak dara liat bangun!”

“Mak!”

“Dah pergi mandi. Petang ni ayah balik dari Sabah, awal malam nanti sampai, bangun! Jom teman mak pergi pasar, malam ni mak nak masak special sikit”

“Mak pun rindu ayah kan? Tu yang nak masak special kan? Ayah pergi outstation, mak masak bodoh-bodoh je bagi Myra makan”

“Mestilah! Masak untuk suami, kena yang special. Mak masak bodoh-bodoh sebab saja nak bagi hint suruh Myra pulak yang masak, asyik mak je yang kena masak, Myra tu dah besar, bila nak tunjuk skill? Nanti dah kawin, malu je tak pandai masak”

Myra Darina hanya mampu tersenyum mendengar sindiran emaknya itu. Memang diakui bahawa dirinya malas untuk membuat kerja rumah seperti memasak, mengemas, membasuh dan kawasan yang sewaktu dengannya tetapi dia bukan seorang yang pemalas! Dia menjadi malas apabila berada dirumah kerana mahu memanjakan dirinya setelah penat bekerja di pejabat. Mahu merehatkan minda dan tubuh badan dari sebarang kerja sementara dia masih belum berumahtangga seperti rakan sebayanya yang lain.

“Berangan apa lagi tu? Cepat mandilah!”

Pantas Myra Darina berlari masuk ke dalam bilik air apabila mendengar jeritan Puan Dalila

********************************************************

“Rindunya abang dengan masakan sayang! Seminggu abang makan tak kenyang” ujar Encik Mukhriz

“Ye ke? Patut Ila nampak badan abang susut sikit” balas Puan Dalila

“Tak payah diet kan?” Encik Mukhriz tergelak dengan ucapannya sendiri

“Malam ni abang makan kenyang-kenyang tau. Ganti balik seminggu abang makan tak kenyang tu. Ila masak special untuk abang” laju tangan Puan Dalila mencedok lauk kedalam pinggan Encik Mukhriz

“Memang haruslah abang nak makan kenyang-kenyang! Sayang abang yang masak untuk abang” sempat Encik Mukhriz mengenyit mata kepada isterinya

“Ayah! Mak! Bila nak habis romantik ni? Bila boleh makan? Myra dah lapar ni” Myra Darina memandang emak dan ayahnya sambil menggaru kepala, tindakan spontan apabila melihat kemesraan emak dan ayahnya

‘Hai, untunglah dapat suami romantik! Aku pun teringin jugak!’ desis hati Myra Darina

“Myra ni tak nak kasi chance langsung dekat ayah nak bermanja dengan mak!” rungut Encik Mukhriz

“Lepas kita dinner, confirm Myra kasi chance dekat ayah! Tapi dengan syarat....” Myra Darina tersenyum nakal kepada ayahnya

“Apa syaratnya?” soal Encik Mukhriz sambil mengerutkan dahi

“Myra nak adik! Bosanlah ayah jadi anak tunggal ni” ujar Myra Darina sambil mengelip-ngelipkan matanya

“Mak pulak nak bagi syarat dekat Myra” sampuk Puan Dalila

“Myra pun kena mak?”

“Yes! Of course! Mak nak cucu, mak bosan duduk rumah sorang-sorang bila ayah dengan Myra pergi kerja. Bila Myra nak kahwin?”

Myra Darina hanya mampu menelan liur. Terkena lagi! Dia ingin mengusik ayahnya tetapi dengan sepantas kilat dirinya dibambu oleh emaknya. Kahwin? Sejak dua menjak ini emaknya sering mendesaknya untuk berkahwin tetapi dia tiada jawapan untuk soalan emaknya itu.

********************************************************

“Mak! Myra tak nak!”

“Myra dah ada yang punya ke? Kalau Myra dah ada, mak tak kan paksa Myra untuk terima Dafi”

“Myra tak kenal dia”

“Kalau Myra tak kenal, Myra boleh berkenalan. Baik budak Dafi ni”

“Kenapa mak beria sangat nak Myra terima pinangan dia?”

Puan Dalila berbalas pandang dengan Encik Mukhriz dengan senyuman yang lebar, sebelum kedua-duanya kembali memandang Myra Darina yang sedang mengerut dahi.

“Myra ingat tak lagi raya tahun lepas, Myra dikejarkan ke hospital lepas Myra pengsan sebab dahi Myra terkena batu yang dibaling oleh anak-anak jiran kita? Myra tahu siapa yang bawak Myra? Dafi, dia yang bawak Myra pergi hospital” terang Encik Mukhriz

“Oh! Mamat handsome tu. Tapi macam mana ayah dengan mak boleh kenal dengan dia?”

“Ya, lelaki yang kacak itulah Dafi. Ayah kenal sebab Dafi ni kerja satu company dengan ayah”

“Kenapa tiba-tiba je dia boleh masuk meminang Myra? Angin, ribut semua takde, tup tup petang tadi penuh rombongan meminang kat ruang tamu”

“Ayah yang cakap dekat Dafi kalau berkenan dekat Myra, cepat-cepat mulakan langkah lepas ayah ternampak gambar Myra dijadikan background laptop Dafi masa dekat Sabah baru-baru ni”

Encik Mukhriz dan Puan Dalila tersenyum lebar melihat muka Myra Darina dengan mulut yang ternganga dan mata yang membulat.

********************************************************

“Assalamualaikum” ucap Harith D’zaifi bersama senyuman manisnya

“Waalaikumussalam” Myra Darina menjawap salam sambil merenung wajah kacak dihadapannya

“Maaf kerana terlambat. Dah lama ke Myra sampai?” soal Harith D’zaifi sambil merenung wajah ayu didepannya itu

“Eh, tak lambatlah. Sekarang baru dua empat puluh lima, kita janji nak jumpa pukul tiga kan?” jawap Myra Darina selepas melihat jam tangannya

“Dafi ingat Dafi yang lambat sebab Myra dah sampai dulu”

“Tadi Myra ada lunch appointment dengan client dekat sini, tu yang memang sampai awal”

“Oh! Ye ke? Dafi nak ucapkan terima kasih sebab Myra sudi untuk berjumpa dengan Dafi”

“Myra memang nak berjumpa dengan Dafi pun. Mak suruh kita berkenalan dulu sebelum Myra membuat keputusan sebab sebelum ni kita tak pernah kenal pun”

“Betul. Memang mak cik Ila suruh Myra kenal dengan Dafi dulu”

“Myra tak kisah siapa jodoh Myra sebab semua dah ditentukanNya. Kalau Dafi orangnya, Myra terima tapi yang Myra kisah dan nak tau sangat, kenapa Dafi jadikan gambar Myra sebagai background laptop Dafi?”

“Dafi fall in love dengan Myra since first time Dafi tengok wajah ayu Myra, tapi Dafi tak berani sebab Myra anak ketua Dafi” ujar Harith D’zaifi sambil menunduk malu kerana rahsianya selama ini sudah pecah

“Masa raya tahun lepas?”

“Bukan. Sebelum tu lagi, Dafi pernah nampak gambar Myra dan mak cik Ila dekat office pak cik Mukhriz, tu yang menyebabkan Dafi pergi beraya ke rumah tapi tak sangka yang Myra pengsan sebab dahi Myra terkena batu yang dibaling oleh anak-anak jiran.”

Myra Darina tersenyum melihat wajah kemerahan Harith D’zaifi kerana malu selepas membongkar rahsia hatinya. ‘Pemalu rupanya! Aku yang perempuan ni pun kadang-kadang tak malu... Hehe..’

********************************************************

“Apa jawapan Myra? Dah seminggu lepas rombongan keluarga Dafi datang” soal Encik Mukhriz

“Ayah boleh terima dia ke?” sengaja Myra Darina melengahkan masa untuk memberi jawapan kepada ayahnya

“Dalam banyak-banyak, ayah rasa Dafi yang paling layak untuk anak ayah ni”

“Kenapa ayah cakap macam tu?”

“Dekat pejabat, ayah nampak dia sebagai pekerja harapan, dekat luar, ayah nampak dia sebagai orang yang bertanggungjawab sebab dah banyak kali ayah nampak dia pimpin orang buta melintas jalan. Myra tahu kan, tak jauh dari pejabat ayah, ada tempat orang  buta belajar menulis dan membaca menggunakan Braille?”

“Mak pernah cakap dia baik kan? Macam mana mak kenal dia?” soal Myra Darina kepada Puan Dalila pula

“Mak nampak dia risau sangat masa Myra pengsan dulu tu lebih dari mak dengan ayah risau sedangkan dia bukan siapa-siapa dengan Myra. Bila ayah cerita semuanya bermula dari kisah dekat Sabah tu, mak yakin dia yang terbaik untuk anak mak ni”

Myra Darina menarik nafas perlahan melihat wajah mengharap mak dan ayahnya. Dia harus membuat keputusan dengan segera memandangkan dia tidak mempunyai teman lelaki untuk ditangguhkan dalam membuat keputusan.

********************************************************

“Morning sayang! Jom breakfast” ujar Harith D’zaifi sambil duduk ditepi katil bersebelahan Myra Darina bersama dengan dulang yang berisi roti bakar dan susu

Myra Darina tersenyum manis melihat wajah suaminya itu. ‘Romantik habis! Kalah ayah!’

“Kenapa senyum aje? Cepatlah bukak mulut” ujar Harith D’zaifi sambil menyuakan roti tersebut dekat kemulutnya

Myra Darina makan roti bakar yang disuap suaminya dengan senyuman dan dalam masa yang sama, dia juga menyuap suaminya makan dengan roti yang terdapat didalam pinggan, dimana dulangnya terletak atas paha Harith D’zaifi.

Telefon yang berbunyi cepat sahaja di capai Myra Darina. Dia merenung suaminya sebentar sebelum menjawap panggilan tersebut.

“Assalamualaikum” ucap Myra Darina

“Waalaikumussalam. Myra tengah buat apa?” soal Puan Dalila

“Myra tengah breakfast. Kenapa mak?”

“Myra takde kat rumah ke?”

“Myra ade kat rumahlah sekarang”

“Kenapa mak tengok tingkap semua tertutup macam takde orang kat rumah?”

Myra Darina segera berlari ketingkap untuk melihat adakah benar emaknya ada diluar rumah. Setelah mendapat jawapannya, dia menoleh sebentar ke arah Harith D’zaifi sebelum keluar untuk menyambut emaknya. Harith D’zaifi hanya menurut langkah isterinya dengan kerutan didahi kerana tidak faham apa yang terjadi.

“Masuklah mak, ayah” ujar Myra Darina

“Eh, mak, ayah, jemput masuk” ujar Harith D’zaifi

Puan Dalila merenung Myra Darina atas bawah, tidak berkelip. Myra Darina yang menyedari tingkah emaknya lantas menarik tangan emaknya itu kedapur sambil tersengih melihat wajah masam emaknya itu

“Myra pergi buat air kejap yer” sempat diberitahu suami dan ayahnya arah tujuannya

“Myra baru bangun? Kenapa buat Dafi macam ni? Kalau macam ni memang Si Kacak dan Si Buruk...”

“Mak, sebelum ni tak pun! Tapi hari ni je terbabas” bela Myra Darina sambil menundukkan kepala

Puan Dalila hanya merenung tingkah Myra Darina yang semakin menunduk dengan wajah yang semakin memerah

“Malam tadi tidur lambat sikit” perlahan suara Myra Darina tapi masih boleh didengari Puan Dalila

“So, tak lama lagi mak dapat cucu?”

“Myra pergi cuci muka dulu, nanti Myra buat air yer mak” lantas laju kakinya melangkah meninggalkan emaknya didapur

Puan Dalila yang ditinggalkan seorang didapur hanya mampu tersenyum melihat tingkah anak tunggalnya itu. Dia bersyukur bahawa anaknya telah berubah sejak berkahwin, tidak lagi berperangai yang tidak diingininya. Tiada lagi istilah Si Kacak dan Si Buruk yang sering dibebelnya kepada Myra Darina yang membawa maksud nasib suami yang tidak berapa baik kerana mendapat isteri yang kurang rajin.

Saturday, 4 February 2012

Demi Sayangku


“Abang, saya risau tengok anak-anak kita” adu Puan Haiza

“Kenapa dengan anak-anak kita?” soal Encik Halim

“Abang tengok anak sulung kita, Hanis, asyik fikir kerja, ikut boss outstation, dahlah perempuan, boss dia lelaki, saya takut jadi benda yang tak elok, si Hezly tu, saya tahulah kacak, girlfriend keliling pinggang, tak cukup dengan handphone, telefon rumah kita ni engage memanjang! Semua perempuan yang cari dia! Si Hairi, pun bagi saya pening bang! Cikgu datang rumah tadi, cakap Hairi asyik ponteng sekolah!”

“Hairi ponteng sekolah?” bulat mata Encik Halim melihat wajah isterinya

“Iya! Ni yang saya tengah pening ni abang!”

“Nak kena budak Hairi ni!”

“Abang nak buat apa dengan Hairi?” soal Puan Haiza cemas

“Nak ajar sikit anak bertuah tu!”

“Abang nak rotan Hairi? Saya rasa tak sesuai, sebab Hairi bukan budak-budak lagi, tahun depan dia nak ambil SPM”

“Habis, awak nak saya buat apa?”

“Ini yang saya nak bincang dengan abang ni cara yang sesuai, kita fikirkan untuk Hanis dengan Hezly sekali ye abang”

“Yalah”

********************************************************

“Awak ni biar betul Puan Haiza oi! Ini ke cara yang sesuai untuk kita gunakan?” luah Encik Halim

“Betullah abang! Tak cukup sesuai ke cadangan saya?”

“Awak tak rasa ke yang kita ni dah ketinggalan kalau nak ikut cara yang awak cadangkan tu?” Encik Halim mengemukakan soalan kepada Puan Haiza tanpa menjawap soalan yang diberikan

“Sebab dah ketinggalanlah saya nak kita buat supaya kita tidak terus tertinggal”

“Awak yakin cara tu berkesan?”

“Kita takkan tahu kalau tidak mencuba” balas Puan Haiza

Encik Halim menghela nafas perlahan. Berat baginya untuk menerima cadangan isterinya dalam menangani  masalah yang berlaku. Diusap-usap janggut sejemputnya itu sambil memikirkan sama ada mahu menerima atau tidak cadangan isterinya itu.

“Abang usap janggut abang tu, takkan dapat selesaikan masalah tapi kalau abang terima cadangan saya ni, sekurang-kurangnya kita cuba menyelesaikan masalah”

“Tapi abang tahu guna komputer untuk buat kerja abang je”

“Kerja abang tu, tolak tepi dulu, memastikan anak-anak kita selamat dan sempurna didikannya kerja kita berdua, kalau abang tak tahu, abang boleh belajar, saya pun tak tahu, sama-sama kita belajar, demi anak-anak kita ya abang”

“ Betul cakap awak tu tapi mana kita nak dapat guru yang nak mengajar kita?”

“Belajar dari buku pun boleh jugak kan abang? Kalau takde, search kat internet pun boleh kan?”

“Ya tak ya jugak!” balas Encik Halim sambil tertawa

“Jomlah abang, kita pergi MPH” ucap Puan Haiza tidak sabar

“Sekarang?”

“Ya, sebelum anak-anak kita balik”

“Baiklah Puan Haiza”

********************************************************

“Assalamualaikum” ucap Hanis

“Waalaikumussalam” balas Hairi

Hanis memandang ruang tamu rumahnya dengan kerutan didahi. Pelik apabila melihat hanya Hairi seorang! Dikerling jam ditangan, baru pukul Sembilan malam!

“Hairi, mak dengan abah mana?”

“Dalam bilik”

“Dalam bilik? Dah tidur ke?”

“Ntah, mana Hairi tahu” endah tidak endah sahaja Hairi melayan kakaknya itu kerana kusyuk bermain game di komputer.

“Awal mak dengan abah masuk bilik malam ni, selalu kakak balik pukul sepuluh atau sebelas, mak ada tunggu, kadang-kadang abah joint sekali”

“Pukul lapan setengah tadi, lepas makan, mak dengan abah terus masuk bilik”

“Mak dengan abah sihat tak? Selalu kalau demam baru mak dengan abah tidur awal” Hanis masih tidak berpuas hati

“Ntah, mana Hairi tahu”

“Abang mana?” Hanis bertanyakan adiknya, Hezly pula

“Dalam bilik, macam biasa, gayut”

“Ni Hairi main game ni, homework dah siap belum?”

“Akak ni banyak cakaplah! Pergi mandilah!” marah Hairi

Hanis hanya mengangkat bahu melihat adiknya, lantas langkah kaki diatur menuju biliknya, ketika melintasi bilik mak dan abahnya, matanya sempat mengerling cahaya lampu dari bawah pintu. Cerah! Ini bermakna mak dan abahnya masih belum tidur! Segera dia mengetuk pintu tersebut.

Puan Haiza dan Encik Halim yang sedang membaca buku yang baru dibeli dari MPH segera memandang antara satu sama lain apabila terdengar pintu bilik diketuk. Kelang-kabut keduanya mencari tempat yang sesuai untuk menyorokkan buku tersebut.

“Mak! Abah! Dah tidur ke?” soal Hanis

“Belum!” serentak Encik Halim dan Puan Haiza menjawap, kedua-duanya muncul didepan Hanis dengan peluh didahi

“Kenapa berpeluh ni? Mak dengan abah buat apa?” soal Hanis dengan kerutan didahi, tidak lama kemudian terbit senyuman dibibirnya apabila melihat mak dan abahnya memandang antara satu sama lain.

“Kenapa senyum pulak ni?” soal Encik Halim

“Ada chancelah Hanis dapat adik! Nak adik perempuan abah” ucap Hanis

“Hah?” ternganga Encik Halim mendengar permintaan anak sulungnya itu

“Dah! Jangan nak mengarut! Pergi mandi!” marah Puan Haiza sambil menolak anak sulungnya

********************************************************

“Haiza, awak dah sedia ke?” soal Encik Halim

“Saya dah sedia dari segi mental dan fizikal. Abang pulak macam mana?” bersemangat nada Puan Haiza

“Saya dah sedia!” balas Encik Halim

“Macam terpaksa je saya tengok muka abang tu!”

“Saya tak yakin saya dapat buatlah”

Berkerut dahi Puan Haiza membalas pandangan Encik Halim apabila mendengar jawapan yang tidak diingini keluar dari bibir suaminya itu

“Awak ingat senang ke nak main game Angry Bird tu? Sakit hati saya tau kena gelak dengan binatang hidung pendek warna hijau tu! Dahlah hijau warna kegemaran saya, boleh pulak binatang tu pun warna hijau” luah Encik Halim

“Abang! Demi anak-anak kan?” Puan Haiza cuba mengingatkan suaminya tentang tujuan mereka

“Baiklah! Sekarang saya tengah cuba ikhlaskan hati saya untuk menatap wajah hidung pendek tu”

“Macam nilah Bapa Mithali! Abang nak buat yang mana dulu?”

“Saya nak pergi kerja dulu” balas Encik Halim selamba

“Abang!”

“Nanti dulu, sabar! Minggu depan saya settle hal anak-anak kita, sekarang saya nak pergi kerja, minta cuti pada boss! Saya bukan boss yang boleh cuti anytime!” ujar Encik Halim sambil tersengih

Puan Haiza hanya mampu mengetap bibir kegeraman

********************************************************

Setelah suami dan anak-anaknya keluar, Puan Haiza pun memulakan operasinya. Komputer dan streamyx dibuka sambil matanya tidak lepas dari membaca buku cara-cara untuk mendaftar dan menggunakan rangkaian sosial facebook yang dibelinya di kedai buku MPH. Tersenyum lebar dirinya apabila menjumpai buku tersebut kerana dengan buku tersebut, ia dapat memudahkan kerjanya, semalam hampir terbeliak matanya kerana disitu terdapat juga buku cara-cara untuk mendaftar dan menggunakan rangkaian sosial twitter. Pada mulanya dia keliru untuk memilih sama ada mahu membeli buku mengenai facebook atau twitter, tetapi apabila terdengar nada dering cinta muka buku daripada telefon anak gadis disebelahnya, dia memilih untuk membeli buku mengenai facebook.

Setelah selesai mendaftar, dia cuba mencari page facebook anak keduanya, Hezly dan melihat info untuk memastikan sama ada orang yang dicari itu betul atau tidak sebelum menghantar permintaan untuk menjadi rakan.

“Ramai betul kawan anak aku ni! Apesal aku nampak perempuan je semua, takde lelaki pun! Jejaka Malaya ke? Wah... Cantik-cantik kawan-kawan dia ni tapi gambar ni betul ke tipu? Mana satu bakal menantu aku?” bebel Puan Haiza

Setelah berpuas hati, Puan Haiza keluar dari rangkaian sosial tersebut dan menutup komputer dan juga streamyx. Dia hanya perlu menunggu anaknya menerima permintaannya itu sebelum memulakan langkah yang seterusnya.

********************************************************

Encik Halim sedang menunggu lif untuk kepejabat anak sulungnya. Dia merenung bangunan tempat anaknya bekerja sambil memikirkan ayat yang sesuai digunakan dalam misinya. Dia menarik nafas perlahan sebelum masuk ke dalam lif dan mula bersedia...

“Selamat pagi, boleh saya tolong encik?” soal penyambut tetamu yang bertugas

“Selamat pagi, boleh saya berjumpa dengan encik, hmm, encik apa yer” ucap Encik Halim sambil menggaru kepalanya

“Encik nak jumpa siapa sebenarnya?”

“Apa nama boss Cik Hanis Binti Halim? Saya lupalah” Encik Halim tersengih menutup malu

“Encik Mukhriz, Syakir Mukhriz”

“Ya, saya nak jumpa dengan dia”

“Encik dah buat appointment?”

“Belum tapi saya kena jumpa dia. Urgent!”

“Kalau belum, saya kena tanya PA Encik Mukhriz dulu”

“Nak tanya Hanis?” terkebil-kebil mata Encik Halim

“Mana encik tahu Cik Hanis PA Encik Mukhriz?”

“Actually Hanis anak saya tapi saya nak minta tolong cik, jangan bagitahu Hanis yang saya nak jumpa boss dia boleh?”

“Encik”

“Please, men’s talk!”

Encik Halim tersenyum sehingga berada dihadapan ketua anak sulungnya, Syakir Mukhriz apabila diberi lampu hijau untuk bertemu dengan lelaki tersebut.

“Ya encik, ada apa-apa yang saya boleh bantu?” soal Syakir Mukhriz

“Tak payah nak berencik dengan pak cik. Kalau nak moden, panggil uncle pun boleh”

Tersenyum manis Syakir Mukhriz melihat bicara selamba bapa pembantu peribadinya itu

“Ya pak cik”

“Pak cik tak reti nak kias-kias, pak cik straight to the point ye. Kamu dah kawin belum?”

“Belum. Kenapa pak cik?” berkerut dahi Syakir Mukhriz kerana masih belum jelas tentang kedatangan bapa pembantu peribadinya

“Kamu suka anak pak cik tak?”

“Hanis?”

“Hanis sorang je anak perempuan pak cik. Kamu jangan buat lawak pulak kalau maksudkan adik-adik dia”

“Saya tak faham apa yang pak cik cuba sampaikan”

“Pak cik susah hati, anak pak cik perempuan, kamu lelaki tapi kerap sangat outstation, tak manis!”

“Tapi kami duduk berlainan bilik”

“Kita orang Melayu, bukan cara kita, lebih baik mencegah dari mengubati! Memandangkan kamu pun belum kawin, pak cik cadangkan kamu bawa keluarga jumpa pak cik dan mak cik, kita buat cara elok, lepas tu kamu nak outstation plus honeymoon takde siapa pun nak halang. Pergilah outstation mana pun janji bila raya, jangan lupa bawa balik anak pak cik”  hujah Encik Halim

Syakir Mukhriz hanya mampu menelan liur dan terkebil-kebil melihat. Memang diakui dia tidak mempunyai teman wanita kerana dia seorang yang gila kerja, dan dia baru menyedari bahawa dia kerap berdua dengan Hanis kerana urusan kerja. Hanis juga menjadi pekerja kesayangannya kerana wanita itu juga gila kerja sepertinya. Tiba-tiba dia teringat permintaan mamanya yang mahu dia berumahtangga, dia juga sudah nampak jalan untuk menunaikan permintaan mamanya tetapi adakah Hanis akan bersetuju? Adakah Hanis juga tiada kekasih hati seperti dirinya?

“Kenapa kamu diam? Orang cakap diam tanda setuju. Kamu setuju ke dengan cadangan pak cik?”

“Tapi Hanis setuju ke pak cik? Macam mana dengan teman lelaki dia?”

“Pak cik ingat kamu teman lelaki dia sebab dia asyik berkepit dengan kamu”

Syakir Mukhriz hanya mampu tersenyum apabila terasa dirinya disindir

“Kalau wali dah setuju, ada harapan saya tukar status!” ujar Syakir Mukhriz sambil tertawa

“Okaylah pak cik balik dulu, kerja pak cik rasanya dah selesai, tunggu kamu datang rumah je” ujar Encik Halim sebelum berlalu

********************************************************

Hezly tersenyum manis apabila berbicara dengan teman barunya, Iza. Dia terasa seperti ada ‘chemistry’ diantara mereka walaupun baru seminggu berkenalan. Iza tidak seperti rakan facebook yang lain, yang tergila-gilakan dirinya kerana rupa kacaknya, kebanyakan rakan facebook adalah rakan dari sekolah dan universiti, tetapi Iza tidak! Dia pun tidak tahu dari mana datangnya Iza tetapi dia tertarik dengan kematangan rakannya itu.

Senyuman Hezly semakin melebar apabila Iza menghantar mesej di facebook dan sepantas kilat juga dia membalas. Dia tertarik dengan sikap tarik tali Iza yang banyak berahsia dengannya kerana dia memang meminati wanita yang jual mahal dan bukannya wanita yang sering memburu cinta darinya.

Berubah wajah Hezly apabila Iza menyuruh dia belajar dan memberi tumpuan terhadap kelas yang dihadirinya. Dia mengerut dahi kerana mengesyaki bahawa ada diantara rakan yang ingin mempermainkan dirinya kerana Iza seolah-olah tahu siapa dirinya. Dia memerhati rakan didalam kelas dan matanya terhenti pada seorang rakannya yang bernama Izara yang kebetulan sedang membelek telefon bimbitnya. Dia tersenyum kembali.

‘Iza ya? Let’s play the game!’

********************************************************

Hairi yang sedang kusyuk bermain game tiba-tiba mengerutkan dahi  apabila terhidu minyak wangi lelaki yang baru duduk disebelahnya. Matanya terkebil-kebil cuba untuk mengingati siapa yang pernah memakai bau minyak wangi itu. Apabila dia sudah dapat jawapannya, dia cuba untuk memastikan benar atau tidak insan yang bermain difikirannya, lantas dihala matanya kearah lelaki tersebut, serentak dengan itu dia tergamam melihat abahnya sedang tersenyum manis sambil membuat tanda ‘peace’.

“Abah” ujar Hairi

“Hari ni cikgu batalkan kelas tambahan ke?” soal Encik Halim

“Err.. Abah”

“Kenapa dengan abah?”

“Hairi... Hairi...”

“Hairi apa? Eh! Dah game over!” jerit Encik Halim sambil jari telunjuknya menghala ke skrin komputer

“Hairi minta maaf abah! Hairi ponteng kelas” ujar Hairi sambil menunduk

“Kenapa Hairi buat abah dengan mak macam ni?”

“Hairi minta maaf abah”

“Hairi tahu kan Hairi nak SPM tahun depan?”

“Hairi tahu, abah. Hairi tahu”

“Kenapa ponteng sekolah? Ponteng kelas tambahan, lepas tu Hairi datang cybercafé, Hairi main game. Hairi tahu tak penat abah pergi kerja, cari duit untuk sekolahkan Hairi, senang-senang Hairi buang duit” luah Encik Halim sambil merenung anak bongsunya yang sedang menunduk

“Hairi minta maaf abah”

“Abah nak tanya Hairi, abah ada marah tak kalau Hairi nak main komputer, nak main game?”

“Tak ada abah”

“Mak ada marah?”

“Tak ada”

“So, kalau Hairi nak main, Hairi boleh main tapi abah dengan mak tak suka Hairi ponteng sekolah, ponteng kelas tambahan”

“Baik abah, Hairi tak buat lagi”

“Boleh janji dengan abah?”

“Hairi janji abah!”

“Start esok, abah nak kedatangan Hairi penuh, tapi sekarang, abah nak Hairi ajar abah main game tu, macam best pulak abah tengok” ujar Encik Halim sambil mengambil mouse diatas meja

“Abah nak main game? Bukan abah tak minat ke?” ujar Hairi sambil menggaru kepalanya yang tidak gatal

“Itu dulu”

********************************************************

“Abang!” Puan Haiza menepuk tangan Encik Halim yang sedang kusyuk bermain game

“Ya, kenapa?”

“Saya panggil banyak kali abang buat don’t know”

“Alah! Abang tengah main game ni, janganlah kacau”

“Dulu saya suruh abang main, abang merungut hidung pendeklah, apalah”

“Sebab awak suruh saya main untuk mendapatkan feel, sekarang saya dah terlebih feel! Jangan kacau saya nak main”

“Game ape pulak abang main ni? Saya tak nampak binatang hijau hidung pendek pun”

“Ni Angry Bird versi lain”

“Ada banyak versi ke?”

“Awak apa tahu”

“Dahlah, malas saya layan abang, saya nak keluar”

“Awak nak pergi mana?”

“Dating dengan Angry Bird handsome!”

********************************************************

Hezly menguis-nguis rambutnya sebelum keluar dari toilet KLCC. Dia mahu kelihatan kacak dihadapan Iza. Semalam dia melompat keriangan apabila Iza bersetuju untuk bertemu di Taman KLCC, dia sudah tidak sabar mahu menatap wajah Iza secara empat mata walaupun dia fikir dia selalu berbalas pandang dengan Izara, gadis yang diminatinya dalam diam. Dia tidak menyangka bahawa gadis yang diminatinya juga meminati dirinya.

Hezly duduk disalah sebuah kerusi sambil memerhati air pancut untuk memikirkan ayat yang sesuai untuk berbicara dengan Izara. Dia juga kerap menilik jam tangan untuk memastikan waktu yang ditunggu telah tiba dengan perasaan tidak sabar.

“Hai Hezly”

Hezly menoleh ke arah suara yang memanggilnya dengan senyuman lebar

“Mak!” bulat mata Hezly melihat maknya dihadapan dengan senyuman lebar

“Ya”

“Mak buat apa kat sini?” soal Hezly sambil memerhati sekeliling untuk memastikan siapa lagi yang ada di Taman KLCC selain dari Puan Haiza

“Jumpa Hezly” jawap Puan Haiza sambil menggoyangkan telefon bimbitnya dihadapan Hezly

“So, mak yang menyamar jadi Iza selama ni? Mesej dengan Hezly kat facebook”

“Mak tak menyamar jadi Iza, nama mak Haiza”

“So selama ni Hezly mesej dengan mak?”

“Ya”

“Kenapa mak buat Hezly macam ni?”

“Salah satu sebab, mak nak tahu Hezly berkawan dengan siapa, mak tak nak Hezly berkawan dengan orang yang bukan-bukan, even Hezly lelaki, mak tak nak Hezly rosakkan anak orang, sebab lain, mak nak Hezly beri tumpuan dalam kelas, mak nak anak mak dapat keputusan yang terbaik. Facebook salah satu cara untuk berinteraksi, mak tak nak ketinggalan dalam zaman moden, zaman IT. So, tak salah kan mak buat macam ni?” hujah Puan Haiza

“Thanks mak! Hezly suka kawan dengan mak! Hezly janji akan ikut semua nasihat mak!”

********************************************************

“Haiza, awak memang bijak!” ujar Encik Halim sambil berbaring

“Bijak apa?”

“Petang tadi, Hanis dah bertunang dengan Mukhriz, Hezly pun dah kurang bergayut, Hairi pulak dah rajin kesekolah dan kelas tambahan”

“Kan abang yang uruskan hal Hanis dan Hairi, bukan saya”

“Tapi idea datang dari awak, saya dapat settle tanpa naik darah, stress saya pun kurang, nak-nak lagi kalau tengah serabut dengan hal pejabat, saya main game kejap, at least boleh regangkan tekanan kerja sekejap”

"Saya buat demi anak-anak abang, saya nak anak-anak saya berjaya dan menjadi orang yang berguna. Saya tak suka anak-anak buat benda tak elok, tak kisah lelaki atau perempuan. Demi sayangku!”

“Saya juga ikhlas buat demi anak-anak! Demi sayang saya juga pada anak-anak untuk menangani masalah yang berlaku pada anak-anak dalam zaman teknologi maklumat ni” balas Encik Halim

Encik Halim dan Puan Haiza berbalas senyuman kerana usaha mereka untuk kebaikan anak-anak mereka menuju ke arah yang benar, menunjukkan hasil yang positif.