“Aduh! Sakit!” jerit Zarif Haqimi
Zarif Haqimi jatuh terlentang apabila
dirinya dilanggar oleh seorang peragut, lebih malang lagi apabila peragut
tersebut jatuh tertiarap diatas badannya. Nafasnya terasa sesak apabila peragut
tersebut dengan pantas bangun sambil lututnya menekan perut Zarif Haqimi.
Dengan rasa marah, Zarif Haqimi menarik kaki peragut tersebut menyebabkan
peragut tersebut jatuh terduduk disisinya.
“Oi! Kurang ajar!” marah Zarif Haqimi
“Aku takde masa nak belajar sampai
cukup ajar dengan kau!” balas Airin Emelda
“Perempuan?” soal Zarif Haqimi
“So what?” balas Airin Emelda
“Kasarnya! Macam samseng” ujar Zarif
Haqimi
“Terima kasih encik, sebab tolong saya
tangkap peragut ni”
Serentak dengan itu, Zarif Haqimi dan
Airin Emelda menoleh ke arah suara yang menegur.
“Peragut?” soal Zarif Haqimi pelik
apabila dia tidak nampak sebarang bukti menandakan Airin Emelda merupakan
seorang peragut
“Ya encik. Dia ragut beg duit seorang
mak cik yang sedang melintas jalan” sambung tuan empunya suara tersebut
“Pulangkan balik!” marah Zarif Haqimi
Dengan rasa marah, Airin Emelda
melemparkan beg duit tersebut ke muka Zarif Haqimi. Selepas itu, dia pantas
berlari semula untuk menyelamatkan diri.
“Samseng punya budak!” jerit Zarif
Haqimi
********************************************************
“Mel, sampai bila kau nak berperangai
macam ni? Kau tu perempuan, cuba berperangai elok sikit” tegur Puan Aisyah
“Mak, orang tak sukalah panggil Mel,
macam perempuan sangat! Panggil Aim okay!” marah Airin Emelda
“Dah memang kau perempuan, mak nak
buat macam mana?” balas Puan Aisyah
“Kecohlah mak ni!” rungut Airin Emelda
sambil menyerabutkan rambutnya
“Selagi kau tak berubah, mak akan
kecoh!”
Airin Emelda yang tidak tahan
mendengar bebelan emaknya lantas keluar dari rumah. Disepaknya selipar diluar
rumah apabila ada diantara selipar tersebut yang bertindih menyebabkan
seliparnya terletak dibawah.
“Tegur sikit, marah bukan main” bebel
Puan Aisyah
Puan Aisyah tidak jadi meneruskan
kerjanya di dapur. Dipandang sayu tepung bancuhan kuih dihadapannya sebelum dia
menutup bancuhan tersebut. Dengan langkah perlahan, dia menuju ke arah ruang
tamu, di mana terletaknya album keluarga. Dia mengambil album tersebut dan
menyelak album tersebut sehingga tertera gambar empat insan dihadapannya, dia
melihat dirinya bahagia bersama suami dan anak kembar mereka.
‘Ecah, Ecah dukung Emy, abang dukung
Emel okay?’ ujar Elyas
‘Okay abang’ balas Puan Aisyah bersama
senyuman manisnya
Diusapnya gambar kenangan bersama
arwah suami dan arwah anaknya, Azlin Emylia. Setitis demi setitis air matanya
jatuh mengenai gambar tersebut.
“Maafkan Ecah, abang. Ecah tak tau nak
buat macam mana untuk ubah Emel”
********************************************************
“Qimi, kenapa muka kau? Ada kesan
calar, baju kau pun koyak, lepas tu macam ada darah kering je. Kau bergaduh
dengan siapa?” soal Rizman
“Sudah jatuh, ditimpa tangga” jawab
Zarif Haqimi
“Ha? Aku tak paham” serius muka Rizman
memandang Zarif Haqimi
“Tadi aku kena langgar dengan peragut,
jatuh terlentang aku atas tar jalan, dia pulak sedap aje landing atas badan
aku, nasib badan kurus, kalau spesis tong, hancur aku! Lepas tu, bila kantoi
dia peragut, boleh pulak lempar beg duit dia ragut tu ala-ala main boomerang,
tepat kat muka aku pulak tu! Nasib baik kehenseman aku ni belum terjejas, kalau
takde mana-mana awek sangkut, aku paksa dia kawin dengan aku!” hujah Zarif
Haqimi
“Kau ni lepas accident, terus tak
betul ke?”
“Apa yang tak betul? Aku waras lagi
okay!”
“Nak kawin dengan kaum sejenis”
“Kaum sejenis? Aku keturunan
baik-baik, bukan keturunan peragut! Mana datang sejenis?” marah Zarif Haqimi
“Aku tau kau keturunan baik-baik tapi
peragut tu lelaki, kau nak kawin dengan lelaki ke?”
“Peragut tu perempuan!” tegas nada
Zarif Haqimi
“Apa? Perempuan? Kau biar betul?”
“Apa yang tak betul? Betul la! Ganas
budak samseng tu! Sakit-sakit badan aku!”
“Kau sanggup nak kawin dengan budak
peragut tu? Entah dari mana asal usul, dari kau berduit terus pokai sebab asyik
kena ragut dengan bini....” Rizman tidak jadi meneruskan kata-katanya untuk
mengusik apabila Zarif Haqimi merenungnya tajam
“Kau jangan nak tambah angin aku, kang
tak pasal mulut kau aku ragut!” selepas itu dia melangkah meninggalkan Rizman
yang terkebil-kebil memandang
********************************************************
‘Ayah! Bila ayah nak belikan Emel
basikal baru?’ ujar Airin Emelda
‘Ya sayang, nanti ayah belikan Emel
basikal baru, tunggu ayah gaji ya’ balas Elyas
‘Ayah selalu cakap macam tu! Kereta
control yang ayah janji pun ayah belum beli’ rungut Airin Emelda
‘Emel selalu minta macam-macam kat
ayah. Emel tak kesian kat ayah ke penat cari duit, Emel pulak senang nak
habiskan?’ soal Azlin Emylia
‘Emy tau sibuk aje! Kalau Emy tak nak,
diam-diam sudah, tak payah nak ambil tahu hal orang!’ marah Airin Emelda
‘Emy, Emel, jangan gaduh! Anak-anak
ayah ni baik kan? Dengar cakap ayah, adik-beradik mesti berbaik’ nasihat Elyas
Deringan telefon bimbitnya
menyedarkannya dari kenangan lalu, dengan perlahan dia menyapu air mata yang
mengalir sebelum menjawap panggilan itu.
“Bila Emel nak balik?!” soal Puan
Aisyah
“Bila Aim rasa Aim nak balik, Aim
balik” balas Airin Emelda
“Kau jangan nak buat pasal dengan mak!
Dah dekat pukul 10 malam pun tak reti nak balik. Anak dara apa kau ni? Kau
jangan nak tambah baran mak! Emel... Hello.. Hello!!”
Terduduk Puan Aisyah apabila talian telefon
dimatikan. Diusap mukanya untuk membuang perasaan marah.
“Perangai siapalah dia ikut? Dari dulu
perangai keras kepala dia tu tak pernah berubah!”
********************************************************
“Qimi, baru balik? Lambat Qimi balik
hari ni” soal Puan Zuraida
“Ibu, belum tidur lagi?” soal Zarif
Haqimi pula tanpa menjawap soalan yang diajukan
“Ibu tunggu Qimi balik, Qimi dah makan
belum?”
“Qimi belum makan ibu tapi Qimi takde
selera nak makan”
“Anak ibu sakit ke? Eh, kenapa muka
Qimi bercalar ni?”
“Tadi ada peragut langgar Qimi ibu,
bila hampir kena tangkap, dia lempar beg yang dia ragut tu ke muka Qimi” lemah
nada yang kedengaran dari bibir Zarif Haqimi
“Anak ibu okay? Dia tak ragut anak ibu
kan? Selain muka Qimi calar, ada luka kat tempat lain tak?” soal Puan Zuraida
cemas
“Siku Qimi luka sikit je ibu, dah
kering pun, abah dah tidur ibu?” Zarif Haqimi cuba mengalihkan perhatian
emaknya
“Abah dah tidur, ibu risau Qimi,
berapa bulan je lagi Qimi nak naik pelamin, Qimi ada jumpa Qiesya tak? Apa dia
cakap?”
“Dia tak cakap apa pun sebab dia tak
jumpa Qimi tapi Qimi yang nak cakap dengan ibu, Qimi... Qimi letih, Qimi masuk
bilik dulu, Assalamualaikum ibu”
Dengan langkah perlahan Zarif Haqimi
menuju ke biliknya, dia menghembus nafas perlahan apabila mengenangkan
peristiwa yang berlaku padanya sepanjang hari tersebut. Perkara pertama apabila
dia dilanggar dengan peragut wanita berpelakuan kasar seperti samseng ketika
dalam perjalanan pulang ke pejabat selepas dari makan tengah hari. Dia sangat
marah kerana mukanya calar akibat daripada perbuatan peragut tersebut kerana
mengenangkan dia bakal menjadi raja sehari dalam masa dua bulan sahaja lagi.
Diramas-ramas rambutnya apabila
peristiwa kedua muncul di ruang matanya. Sakit hatinya melebihi dari peristiwa
pertama apabila dia ternampak tunangnya, Qiesya Kirana berjalan sambil memeluk
tangan seorang lelaki tua yang merupakan salah seorang pelanggan syarikat
tempat dia bekerja.
“Cina tua pun kau layan!” jerit Zarif Haqimi
“Qimi, kenapa?” soal Puan Zuraida
cemas apabila mendengar jeritan anaknya
“Takde apa ibu, Qimi tengah menyanyi,
maaflah terkuat pulak volume Qimi, ganggu ibu nak tidur”
********************************************************
“Assalamualaikum ibu, abah, selamat
pagi” tegur Zarif Haqimi kepada ibubapanya yang sedang bersarapan
“Waalaikumussalam, selamat pagi”
serentak Encik Hasry dan Puan Zuraida menjawap
“Lambat Qimi balik semalam, banyak
kerja di pejabat?” soal Encik Hasry
“Banyak tak banyak abah” jawap Zarif
Haqimi
“Banyak tak banyak?” soal Encik Hasry
lagi
“Kerja dekat office tak banyak tapi
kerja lain yang banyak”
“Kerja apa Qimi?” soal Puan Zuraida
lembut
“Qimi nak berterus terang dengan abah
dan ibu yang Qimi nak putuskan pertunangan dengan Qiesya”
“Qimi! Apa Qimi cakap ni?” soal Puan
Zuraida
“Tolonglah ibu, abah, tolong Qimi”
rayu Zarif Haqimi
“Zarif Haqimi! Dah fikir masak-masak?
Masa nak bertunang dulu beria sangat, tak sabar nak kahwin, bila tarikh dah
dekat, senang-senang nak putus? Qimi nak bagi malu ibu dengan abah ya?” marah
Puan Zuraida
“Bukan Qimi sengaja ibu. Qimi buat
bersebab” Zarif Haqimi membela diri
“Sebab apa? Tempahan dah dibuat, kad
pun ada yang abah dengan ibu dah edarkan” balas Encik Hasry
“Qimi jangan bagi malu keluarga! Malu
ibu nak pergi rumah keluarga Qiesya nak batalkan majlis ni, itu satu hal, ibu
nak cakap apa dengan tetamu yang hadir nanti sebab ada tetamu yang kami dah
jemput” Puan Zuraida masih belum berpuas hati dengan tingkah anaknya itu
“Ibu cakaplah Qimi takde jodoh dengan
Qiesya”
“Qimi! Jangan bagi ibu malu! Dua kali
ibu kena tanggung malu, dengan keluarga Qiesya dan dengan tetamu!”
“Ibu, abah...”
“Apa sebabnya? Qimi kena bagitau!!”
Puan Zuraida menguatkan suaranya
“Ida, sabar Ida, kita settle
elok-elok, jangan ditengking anak kesayangan awak ni” ujar Encik Hasry
“Anak kesayangan abang!” balas Puan
Zuraida
“Selalu anak kesayangan dia”
“Time kritikal macam ni, bukan!”
“Ibu, ayah, tolonglah” rayu Zarif
Haqimi
“Kalau Qimi nak ibu tolong, Qimi pergi
cari pengganti Qiesya! Ibu tak nak tanggung malu dua kali!” putus Puan Zuraida
“Mana Qimi nak cari dalam masa dua
bulan ni?”
“Bukan masalah ibu!” ujar Puan Zuraida
sebelum berlalu meninggalkan ruang makan keluarga
********************************************************
“Tolong! Tolong! Pencuri!”
Pantas Zarif Haqimi menoleh ke arah
datangnya suara itu. Matanya meliar mencari pencuri yang di maksudkan, apabila
matanya menemui sasaran, pantas langkah kaki di atur untuk membantu menangkap
pencuri tersebut
“Hah! Dapat pun! Kau ni apa nak jadi?
Kerja mencuri, makan duit haram!” marah Zarif Haqimi
“Sibuklah kau! Tepi!” marah pencuri
tersebut pula
“Eh kau?! Muka kau lagi? Kau ni memang
muka pencuri, peragut!” balas Zarif Haqimi
“Kau? Suwey betul aku kalau jumpa kau!
Asyik kau je, aku gagal!” rungut Airin Emelda
“Baguslah! Kalau tak, berapa ramai
lagi yang bakal bernasib malang kalau kau tak jumpa aku”
“Blahlah!” jerit Airin Emelda sambil
melangkah untuk meninggalkan Zarif Haqimi
“Banyak kau punya blah! Kau ingat aku
senang hati nak lepaskan kau macam hari tu lagi? Hutang kau kat aku pun belum
bayar lagi” leter Zarif Haqimi sambil memegang pergelangan tangan Airin Emelda
“Hutang apa? Aku tak berhutang dengan
kau, curi atau ragut kau pun tak!”
“Kau nampak calar kat muka aku ni?
Calar sebab kau sesedap rasa lempar beg yang kau ragut dekat muka aku yang
handsome ni. Sekarang aku nak kau bayar balik hutang kau”
“Kau nak aku bayar balik dengan duit
haram aku curi ni ke?” soal Airin Emelda sambil berusaha melepaskan tangannya
Zarif Haqimi tersenyum melihat reaksi
Airin Emelda yang sedang berusaha melepaskan tangannya, gaya seperti samseng
tetapi perempuan tetap perempuan! Pergelangan tangan yang dicengkam masih lagi
tidak dapat dilepaskan, malah mukanya juga sudah memerah, mungkin kerana marah
tetapi semakin comel pula dipandangan mata Zarif Haqimi.
“Kau ni kenapa? Suruh aku bayar hutang
tapi senyum pulak!” jerit Airin Emelda
“Kau pilih! Nak aku serah kau kat
balai polis atau kau nak jadi orang suruhan aku?”
“What?”
“Kalau kau nak aku serah kau kat
polis, sekarang jugak aku boleh serah tapi kalau nak jadi orang suruhan aku,
kau kena buat apa saja yang aku suruh”
“Orang suruhan dapat gaji kan?” soal
Airin Emelda
“Dapat!” balas Zarif Haqimi bersama
senyuman yang semakin melebar
“So, kau nak aku buat apa?”
“First, pulangkan balik barang yang
kau curi!” ujar Zarif Haqimi bersama senyuman manisnya
********************************************************
“Apa? Kau jangan nak buat pasal!”
marah Puan Aisyah
“Aim tak buat pasal mak, Aim cakap
betul” balas Airin Emelda
“Tolong saya mak cik” ujar Zarif
Haqimi
“Korang berdua dah buat apa? Emel! Kau
mengandung anak jantan ni ke? Mak dah cakap, jangan buat benda tak elok semua
tu! Kau buat jugak!” leter Puan Aisyah
“Mak! Tak payah nak karut sangat! Emel
tak mengandung!” balas Airin Emelda
“Kadang-kadang mak terfikir, macam
mana kau nak mengandung kalau jantan tengok perangai samseng kau tu pun, dah
rasa seram, tapi tak mustahil kalau kau mengandung sebab kau tu perempuan”
Zarif Haqimi tersenyum melihat gaya
percakapan Puan Aisyah. Patut anak samseng, mak dia pun boleh tahan!
“Yang kau senyum kenapa?” soal Puan
Aisyah kepada Zarif Haqimi
“Ambil hati mak cik untuk mak cik
terima saya sebagai menantu” balas Zarif Haqimi
“Kau ingat senang aku nak lepas anak
aku dekat orang yang aku tak kenal dalam masa dua bulan? Nanti orang ingat Emel
ni mengandung anak luar nikah”
“Kalau dekat belah mak cik nak buat
kenduri lambat sikit pun boleh, nikah dulu, orang tak boleh cakap apa pun mak
cik” balas Zarif Haqimi
“Mak, terima jelah, lagipun rezeki
datang bergolek tak kan mak tak nak kaut? Perangai samseng Aim ni lelaki mana
yang terpikat mak?”
“Kau ni dari kecik, perangai keras
kepala kau tu tak pernah berubah! Hah! Apa nama kau tadi? Mak cik lupa”
“Zarif Haqimi, panggil Qimi mak cik”
“Hah Qimi, bawak keluarga kau jumpa
mak cik, kalau nak express pun ikut adat!”
“Baik mak cik, terima kasih mak cik”
“Bagus! Kerja kau belum selesai lagi”
ucap Zarif Haqimi apabila dia berdua dengan Airin Emelda diluar rumah
“Aku taulah! Sampai kawin kan? Lepas
tu kau jangan lupa cerai aku, gaji aku bila boleh dapat?”
“Dah kawin nanti aku bagi”
“Lambat! Aku nak sekarang”
“Kerja belum settle, nak dapat apa?”
“Baik kau bagi deposit, kalau tak aku
batal!” ugut Airin Emelda
********************************************************
“Sayang! Sampai hati you tau! Kenapa
batalkan majlis kita? Tak sampai dua bulan majlis kita tau!” marah Qiesya
Kirana
“I’m not your sayang anymore!” ujar
Zarif Haqimi
“But why?”
“Qiesya, kawan-kawan I ramai yang
report kat I tentang you tau! Keluar dengan Datuk, Tan Sri, I boleh sabar sebab
I ingat you follow your boss jumpa client tapi depan mata I sendiri, I nampak
you dengan client company I, siap peluk bagai, you ingat I boleh sabar? Cina
tua pun you lalu?”
“Qimi, I boleh explain dekat you”
“Keputusan I muktamad!”
“Qimi, I still sayang you, please...
Jangan buat I macam ni” rayu Qiesya Kirana
“Hoi! Dah.. Berhenti berharap! Kalau
dia tak nak, kau tak payah nak buat muka tak malu” ujar Airin Emelda
“You siapa? Jangan nak menyibuk hal
orang!”marah Qiesya Kirana
“Aku tunang dia! Dua bulan dari
sekarang, aku yang akan jadi wife dia, bukan kau!”
“Hello! You tak layak untuk Qimi okay!
Qimi mana layan samseng macam you!”
“Kau nampak penumbuk aku? Kau teringin
nak rasa kena tumbuk?” soal Airin Emelda sambil menunjukkan penumbuknya
“Hey! Samseng! Samseng macam you mana
layak untuk Qimi”
“Sepatah kau cakap, sebijik penumbuk
aku bagi” ugut Airin Emelda sambil mengepal penumbuknya
Terkebil-kebil mata Qiesya Kirana
melihat gaya Airin Emelda sebelum dia berlalu pergi
Zarif Haqimi yang melihat situasi
tersebut tersenyum manis. Dia mula menyenangi kerenah keras dan kasar Airin
Emelda kerana gadis tersebut seorang yang jujur dan tidak mengada-ngada seperti
Qiesya Kirana. Dia juga berasa selesa bersama Airin Emelda kerana dia tidak
perlu berpura-pura untuk menjadi seperti yang diingini pasangan seperti yang
perlu dia lakukan ketika bersama dengan Qiesya Kirana
“Si samseng hatiku, jom, kita perlu
uruskan beberapa perkara untuk majlis perkahwinan kita” ujar Zarif Haqimi
kepada Airin Emelda
********************************************************
Beberapa bulan kemudian....
“Assalamualaikum, mak”
“Waalaikumussalam, hah! Kau ni siapa?”
soal Puan Aisyah
“Mak, ni anak mak. Tak kenal ke?” soal
Airin Emelda
“Emel anak aku perangai masyaallah! Ni
ayu, sopan santun biar betul?”
Airin Emelda hanya tersenyum melihat
Puan Aisyah membebel tidak percaya
“Mak, takkan nak biar kami berpanas
kat luar ni? Masuk dululah” ujar Zarif Haqimi
Ternganga Puan Aisyah melihat
perubahan sikap anak dan menantunya. Anak yang dikenali bersifat kasar sejak
dari kecil berubah menjadi lemah lembut dan bersopan santun manakala menantu
yang disanjung pekertinya selama ini berperangai seperti samseng pula.
“Mak” ujar Airin Emelda sambil
menghulurkan tangan untuk bersalam dengan Puan Aisyah
Puan Aisyah menelan liur melihat
anaknya itu mencium tangannya tanpa disuruh seperti selalu, matanya pula
semakin membulat ketika melihat menantunya sedang menonton televisyen sambil
meletakkan kakinya diatas meja, lantas ditarik tangan Airin Emelda menuju ke
tempat dimana Zarif Haqimi sedang berada
“Apa yang tak kena dengan korang ni?
Emel berubah sikap seperti sikap Qimi, Qimi pulak take over sikap Emel?” soal
Puan Aisyah
“Rilekslah mak, tak payah kalut!” ujar
Zarif Haqimi
“Abang.. Biar Emel cakap” manja suara Airin
Emelda sambil menampar lembut bahu Zarif Haqimi
“Mak, sebenarnya Emel dah mengandung!
Kami tak sangka pulak effect dia sampai perangai dan sikap kami berdua dah
berubah dan menjadi terbalik” tutur Airin Emelda lembut sambil ketawa perlahan
“Hai macam-macam si samseng hati aku
ni! Syukur Emel dah berubah, mak harap lepas bersalin pun berubah terus, Qimi
pulak mak harap lepas Emel bersalin, sikap kau kembali asal” ucap Puan Aisyah
sambil tersenyum
‘Abang, Ecah tak sangka akhirnya Emel
berubah!’