Tuesday, 27 March 2012
Friday, 23 March 2012
Si Kacak dan Si Buruk
‘Anak ayah nak pesan apa-apa tak
kat ayah bila ayah balik dari outstation nanti?’ soal Encik Mukhriz
‘Myra tak nak apa-apa ayah. Myra
nak ayah selamat pergi dan selamat balik. Itu aje ayah’ balas Myra Darina
‘Mana boleh anak ayah! Ayah tetap
nak belikan sesuatu untuk anak ayah ni tapi ayah nak anak ayah yang pilihkan
hadiah tu’
‘Ayah, ayah! Baiklah, kalau macam
tu, Myra nak ayah beli bunga Rafflesia untuk Myra, ayah pergi outstation kat
Sabah kan?’
“Myra! Bangun! Banyak Myra punya
bunga Rafflesia!” jerit Puan Dalila sambil menolak-nolak badan Myra Darina
“Apa ni mak? Sakitlah!” rungut
Myra Darina
“Matahari dah meninggi Myra masih
bermimpi! Apa nak jadi dengan Myra ni? Ingat dengan perangai macam ni, ada ke
lelaki yang nak masuk meminang? Cuba pergi mandi, hish! Geram pulak mak tengok
dengan rupa Myra tu!” bebel Puan Dalila lagi
“Mak, Myra rindu ayah!” Myra
membela nasib
“Kalau rindu ayah sekalipun, tak
payah nak mimpi sampai minta ayah beli bunga Rafflesia tu! Myra ingat nak jadi
macam Beauty and The Beast versi Melayu?”
“Okay jugak tu mak! Si Cantik dan
Si Buruk!”
“Kalau Myra, tak jadinya Si
Cantik dan Si Buruk tapi Si Kacak dan Si Buruk perangai, anak dara liat
bangun!”
“Mak!”
“Dah pergi mandi. Petang ni ayah
balik dari Sabah, awal malam nanti sampai, bangun! Jom teman mak pergi pasar,
malam ni mak nak masak special sikit”
“Mak pun rindu ayah kan? Tu yang
nak masak special kan? Ayah pergi outstation, mak masak bodoh-bodoh je bagi
Myra makan”
“Mestilah! Masak untuk suami,
kena yang special. Mak masak bodoh-bodoh sebab saja nak bagi hint suruh Myra
pulak yang masak, asyik mak je yang kena masak, Myra tu dah besar, bila nak
tunjuk skill? Nanti dah kawin, malu je tak pandai masak”
Myra Darina hanya mampu tersenyum
mendengar sindiran emaknya itu. Memang diakui bahawa dirinya malas untuk
membuat kerja rumah seperti memasak, mengemas, membasuh dan kawasan yang sewaktu
dengannya tetapi dia bukan seorang yang pemalas! Dia menjadi malas apabila
berada dirumah kerana mahu memanjakan dirinya setelah penat bekerja di pejabat.
Mahu merehatkan minda dan tubuh badan dari sebarang kerja sementara dia masih
belum berumahtangga seperti rakan sebayanya yang lain.
“Berangan apa lagi tu? Cepat
mandilah!”
Pantas Myra Darina berlari masuk
ke dalam bilik air apabila mendengar jeritan Puan Dalila
********************************************************
“Rindunya abang dengan masakan
sayang! Seminggu abang makan tak kenyang” ujar Encik Mukhriz
“Ye ke? Patut Ila nampak badan
abang susut sikit” balas Puan Dalila
“Tak payah diet kan?” Encik
Mukhriz tergelak dengan ucapannya sendiri
“Malam ni abang makan
kenyang-kenyang tau. Ganti balik seminggu abang makan tak kenyang tu. Ila masak
special untuk abang” laju tangan Puan Dalila mencedok lauk kedalam pinggan
Encik Mukhriz
“Memang haruslah abang nak makan
kenyang-kenyang! Sayang abang yang masak untuk abang” sempat Encik Mukhriz
mengenyit mata kepada isterinya
“Ayah! Mak! Bila nak habis
romantik ni? Bila boleh makan? Myra dah lapar ni” Myra Darina memandang emak
dan ayahnya sambil menggaru kepala, tindakan spontan apabila melihat kemesraan
emak dan ayahnya
‘Hai, untunglah dapat suami
romantik! Aku pun teringin jugak!’ desis hati Myra Darina
“Myra ni tak nak kasi chance
langsung dekat ayah nak bermanja dengan mak!” rungut Encik Mukhriz
“Lepas kita dinner, confirm Myra
kasi chance dekat ayah! Tapi dengan syarat....” Myra Darina tersenyum nakal
kepada ayahnya
“Apa syaratnya?” soal Encik
Mukhriz sambil mengerutkan dahi
“Myra nak adik! Bosanlah ayah
jadi anak tunggal ni” ujar Myra Darina sambil mengelip-ngelipkan matanya
“Mak pulak nak bagi syarat dekat
Myra” sampuk Puan Dalila
“Myra pun kena mak?”
“Yes! Of course! Mak nak cucu,
mak bosan duduk rumah sorang-sorang bila ayah dengan Myra pergi kerja. Bila
Myra nak kahwin?”
Myra Darina hanya mampu menelan
liur. Terkena lagi! Dia ingin mengusik ayahnya tetapi dengan sepantas kilat
dirinya dibambu oleh emaknya. Kahwin? Sejak dua menjak ini emaknya sering
mendesaknya untuk berkahwin tetapi dia tiada jawapan untuk soalan emaknya itu.
********************************************************
“Mak! Myra tak nak!”
“Myra dah ada yang punya ke?
Kalau Myra dah ada, mak tak kan paksa Myra untuk terima Dafi”
“Myra tak kenal dia”
“Kalau Myra tak kenal, Myra boleh
berkenalan. Baik budak Dafi ni”
“Kenapa mak beria sangat nak Myra
terima pinangan dia?”
Puan Dalila berbalas pandang
dengan Encik Mukhriz dengan senyuman yang lebar, sebelum kedua-duanya kembali
memandang Myra Darina yang sedang mengerut dahi.
“Myra ingat tak lagi raya tahun
lepas, Myra dikejarkan ke hospital lepas Myra pengsan sebab dahi Myra terkena
batu yang dibaling oleh anak-anak jiran kita? Myra tahu siapa yang bawak Myra? Dafi,
dia yang bawak Myra pergi hospital” terang Encik Mukhriz
“Oh! Mamat handsome tu. Tapi
macam mana ayah dengan mak boleh kenal dengan dia?”
“Ya, lelaki yang kacak itulah
Dafi. Ayah kenal sebab Dafi ni kerja satu company dengan ayah”
“Kenapa tiba-tiba je dia boleh
masuk meminang Myra? Angin, ribut semua takde, tup tup petang tadi penuh
rombongan meminang kat ruang tamu”
“Ayah yang cakap dekat Dafi kalau
berkenan dekat Myra, cepat-cepat mulakan langkah lepas ayah ternampak gambar
Myra dijadikan background laptop Dafi masa dekat Sabah baru-baru ni”
Encik Mukhriz dan Puan Dalila
tersenyum lebar melihat muka Myra Darina dengan mulut yang ternganga dan mata
yang membulat.
********************************************************
“Assalamualaikum” ucap Harith
D’zaifi bersama senyuman manisnya
“Waalaikumussalam” Myra Darina
menjawap salam sambil merenung wajah kacak dihadapannya
“Maaf kerana terlambat. Dah lama
ke Myra sampai?” soal Harith D’zaifi sambil merenung wajah ayu didepannya itu
“Eh, tak lambatlah. Sekarang baru
dua empat puluh lima, kita janji nak jumpa pukul tiga kan?” jawap Myra Darina
selepas melihat jam tangannya
“Dafi ingat Dafi yang lambat
sebab Myra dah sampai dulu”
“Tadi Myra ada lunch appointment
dengan client dekat sini, tu yang memang sampai awal”
“Oh! Ye ke? Dafi nak ucapkan
terima kasih sebab Myra sudi untuk berjumpa dengan Dafi”
“Myra memang nak berjumpa dengan
Dafi pun. Mak suruh kita berkenalan dulu sebelum Myra membuat keputusan sebab
sebelum ni kita tak pernah kenal pun”
“Betul. Memang mak cik Ila suruh
Myra kenal dengan Dafi dulu”
“Myra tak kisah siapa jodoh Myra
sebab semua dah ditentukanNya. Kalau Dafi orangnya, Myra terima tapi yang Myra
kisah dan nak tau sangat, kenapa Dafi jadikan gambar Myra sebagai background
laptop Dafi?”
“Dafi fall in love dengan Myra
since first time Dafi tengok wajah ayu Myra, tapi Dafi tak berani sebab Myra
anak ketua Dafi” ujar Harith D’zaifi sambil menunduk malu kerana rahsianya
selama ini sudah pecah
“Masa raya tahun lepas?”
“Bukan. Sebelum tu lagi, Dafi
pernah nampak gambar Myra dan mak cik Ila dekat office pak cik Mukhriz, tu yang
menyebabkan Dafi pergi beraya ke rumah tapi tak sangka yang Myra pengsan sebab
dahi Myra terkena batu yang dibaling oleh anak-anak jiran.”
Myra Darina tersenyum melihat
wajah kemerahan Harith D’zaifi kerana malu selepas membongkar rahsia hatinya.
‘Pemalu rupanya! Aku yang perempuan ni pun kadang-kadang tak malu... Hehe..’
********************************************************
“Apa jawapan Myra? Dah seminggu
lepas rombongan keluarga Dafi datang” soal Encik Mukhriz
“Ayah boleh terima dia ke?”
sengaja Myra Darina melengahkan masa untuk memberi jawapan kepada ayahnya
“Dalam banyak-banyak, ayah rasa
Dafi yang paling layak untuk anak ayah ni”
“Kenapa ayah cakap macam tu?”
“Dekat pejabat, ayah nampak dia
sebagai pekerja harapan, dekat luar, ayah nampak dia sebagai orang yang
bertanggungjawab sebab dah banyak kali ayah nampak dia pimpin orang buta
melintas jalan. Myra tahu kan, tak jauh dari pejabat ayah, ada tempat
orang buta belajar menulis dan membaca
menggunakan Braille?”
“Mak pernah cakap dia baik kan?
Macam mana mak kenal dia?” soal Myra Darina kepada Puan Dalila pula
“Mak nampak dia risau sangat masa
Myra pengsan dulu tu lebih dari mak dengan ayah risau sedangkan dia bukan
siapa-siapa dengan Myra. Bila ayah cerita semuanya bermula dari kisah dekat
Sabah tu, mak yakin dia yang terbaik untuk anak mak ni”
Myra Darina menarik nafas
perlahan melihat wajah mengharap mak dan ayahnya. Dia harus membuat keputusan
dengan segera memandangkan dia tidak mempunyai teman lelaki untuk ditangguhkan
dalam membuat keputusan.
********************************************************
“Morning sayang! Jom breakfast”
ujar Harith D’zaifi sambil duduk ditepi katil bersebelahan Myra Darina bersama
dengan dulang yang berisi roti bakar dan susu
Myra Darina tersenyum manis
melihat wajah suaminya itu. ‘Romantik habis! Kalah ayah!’
“Kenapa senyum aje? Cepatlah
bukak mulut” ujar Harith D’zaifi sambil menyuakan roti tersebut dekat
kemulutnya
Myra Darina makan roti bakar yang
disuap suaminya dengan senyuman dan dalam masa yang sama, dia juga menyuap
suaminya makan dengan roti yang terdapat didalam pinggan, dimana dulangnya
terletak atas paha Harith D’zaifi.
Telefon yang berbunyi cepat
sahaja di capai Myra Darina. Dia merenung suaminya sebentar sebelum menjawap
panggilan tersebut.
“Assalamualaikum” ucap Myra
Darina
“Waalaikumussalam. Myra tengah
buat apa?” soal Puan Dalila
“Myra tengah breakfast. Kenapa
mak?”
“Myra takde kat rumah ke?”
“Myra ade kat rumahlah sekarang”
“Kenapa mak tengok tingkap semua
tertutup macam takde orang kat rumah?”
Myra Darina segera berlari
ketingkap untuk melihat adakah benar emaknya ada diluar rumah. Setelah mendapat
jawapannya, dia menoleh sebentar ke arah Harith D’zaifi sebelum keluar untuk
menyambut emaknya. Harith D’zaifi hanya menurut langkah isterinya dengan
kerutan didahi kerana tidak faham apa yang terjadi.
“Masuklah mak, ayah” ujar Myra
Darina
“Eh, mak, ayah, jemput masuk”
ujar Harith D’zaifi
Puan Dalila merenung Myra Darina
atas bawah, tidak berkelip. Myra Darina yang menyedari tingkah emaknya lantas
menarik tangan emaknya itu kedapur sambil tersengih melihat wajah masam emaknya
itu
“Myra pergi buat air kejap yer”
sempat diberitahu suami dan ayahnya arah tujuannya
“Myra baru bangun? Kenapa buat
Dafi macam ni? Kalau macam ni memang Si Kacak dan Si Buruk...”
“Mak, sebelum ni tak pun! Tapi
hari ni je terbabas” bela Myra Darina sambil menundukkan kepala
Puan Dalila hanya merenung
tingkah Myra Darina yang semakin menunduk dengan wajah yang semakin memerah
“Malam tadi tidur lambat sikit”
perlahan suara Myra Darina tapi masih boleh didengari Puan Dalila
“So, tak lama lagi mak dapat
cucu?”
“Myra pergi cuci muka dulu, nanti
Myra buat air yer mak” lantas laju kakinya melangkah meninggalkan emaknya
didapur
Puan Dalila yang ditinggalkan
seorang didapur hanya mampu tersenyum melihat tingkah anak tunggalnya itu. Dia
bersyukur bahawa anaknya telah berubah sejak berkahwin, tidak lagi berperangai
yang tidak diingininya. Tiada lagi istilah Si Kacak dan Si Buruk yang sering
dibebelnya kepada Myra Darina yang membawa maksud nasib suami yang tidak berapa
baik kerana mendapat isteri yang kurang rajin.
Saturday, 4 February 2012
Demi Sayangku
“Abang,
saya risau tengok anak-anak kita” adu Puan Haiza
“Kenapa
dengan anak-anak kita?” soal Encik Halim
“Abang
tengok anak sulung kita, Hanis, asyik fikir kerja, ikut boss outstation, dahlah
perempuan, boss dia lelaki, saya takut jadi benda yang tak elok, si Hezly tu,
saya tahulah kacak, girlfriend keliling pinggang, tak cukup dengan handphone,
telefon rumah kita ni engage memanjang! Semua perempuan yang cari dia! Si
Hairi, pun bagi saya pening bang! Cikgu datang rumah tadi, cakap Hairi asyik
ponteng sekolah!”
“Hairi
ponteng sekolah?” bulat mata Encik Halim melihat wajah isterinya
“Iya!
Ni yang saya tengah pening ni abang!”
“Nak
kena budak Hairi ni!”
“Abang
nak buat apa dengan Hairi?” soal Puan Haiza cemas
“Nak
ajar sikit anak bertuah tu!”
“Abang
nak rotan Hairi? Saya rasa tak sesuai, sebab Hairi bukan budak-budak lagi,
tahun depan dia nak ambil SPM”
“Habis,
awak nak saya buat apa?”
“Ini
yang saya nak bincang dengan abang ni cara yang sesuai, kita fikirkan untuk
Hanis dengan Hezly sekali ye abang”
“Yalah”
********************************************************
“Awak
ni biar betul Puan Haiza oi! Ini ke cara yang sesuai untuk kita gunakan?” luah
Encik Halim
“Betullah
abang! Tak cukup sesuai ke cadangan saya?”
“Awak
tak rasa ke yang kita ni dah ketinggalan kalau nak ikut cara yang awak
cadangkan tu?” Encik Halim mengemukakan soalan kepada Puan Haiza tanpa menjawap
soalan yang diberikan
“Sebab
dah ketinggalanlah saya nak kita buat supaya kita tidak terus tertinggal”
“Awak
yakin cara tu berkesan?”
“Kita
takkan tahu kalau tidak mencuba” balas Puan Haiza
Encik
Halim menghela nafas perlahan. Berat baginya untuk menerima cadangan isterinya
dalam menangani masalah yang berlaku.
Diusap-usap janggut sejemputnya itu sambil memikirkan sama ada mahu menerima
atau tidak cadangan isterinya itu.
“Abang
usap janggut abang tu, takkan dapat selesaikan masalah tapi kalau abang terima
cadangan saya ni, sekurang-kurangnya kita cuba menyelesaikan masalah”
“Tapi
abang tahu guna komputer untuk buat kerja abang je”
“Kerja
abang tu, tolak tepi dulu, memastikan anak-anak kita selamat dan sempurna
didikannya kerja kita berdua, kalau abang tak tahu, abang boleh belajar, saya
pun tak tahu, sama-sama kita belajar, demi anak-anak kita ya abang”
“
Betul cakap awak tu tapi mana kita nak dapat guru yang nak mengajar kita?”
“Belajar
dari buku pun boleh jugak kan abang? Kalau takde, search kat internet pun boleh
kan?”
“Ya
tak ya jugak!” balas Encik Halim sambil tertawa
“Jomlah
abang, kita pergi MPH” ucap Puan Haiza tidak sabar
“Sekarang?”
“Ya,
sebelum anak-anak kita balik”
“Baiklah
Puan Haiza”
********************************************************
“Assalamualaikum”
ucap Hanis
“Waalaikumussalam”
balas Hairi
Hanis
memandang ruang tamu rumahnya dengan kerutan didahi. Pelik apabila melihat
hanya Hairi seorang! Dikerling jam ditangan, baru pukul Sembilan malam!
“Hairi,
mak dengan abah mana?”
“Dalam
bilik”
“Dalam
bilik? Dah tidur ke?”
“Ntah,
mana Hairi tahu” endah tidak endah sahaja Hairi melayan kakaknya itu kerana
kusyuk bermain game di komputer.
“Awal
mak dengan abah masuk bilik malam ni, selalu kakak balik pukul sepuluh atau
sebelas, mak ada tunggu, kadang-kadang abah joint sekali”
“Pukul
lapan setengah tadi, lepas makan, mak dengan abah terus masuk bilik”
“Mak
dengan abah sihat tak? Selalu kalau demam baru mak dengan abah tidur awal”
Hanis masih tidak berpuas hati
“Ntah,
mana Hairi tahu”
“Abang
mana?” Hanis bertanyakan adiknya, Hezly pula
“Dalam
bilik, macam biasa, gayut”
“Ni
Hairi main game ni, homework dah siap belum?”
“Akak
ni banyak cakaplah! Pergi mandilah!” marah Hairi
Hanis
hanya mengangkat bahu melihat adiknya, lantas langkah kaki diatur menuju
biliknya, ketika melintasi bilik mak dan abahnya, matanya sempat mengerling
cahaya lampu dari bawah pintu. Cerah! Ini bermakna mak dan abahnya masih belum
tidur! Segera dia mengetuk pintu tersebut.
Puan
Haiza dan Encik Halim yang sedang membaca buku yang baru dibeli dari MPH segera
memandang antara satu sama lain apabila terdengar pintu bilik diketuk.
Kelang-kabut keduanya mencari tempat yang sesuai untuk menyorokkan buku
tersebut.
“Mak!
Abah! Dah tidur ke?” soal Hanis
“Belum!”
serentak Encik Halim dan Puan Haiza menjawap, kedua-duanya muncul didepan Hanis
dengan peluh didahi
“Kenapa
berpeluh ni? Mak dengan abah buat apa?” soal Hanis dengan kerutan didahi, tidak
lama kemudian terbit senyuman dibibirnya apabila melihat mak dan abahnya
memandang antara satu sama lain.
“Kenapa
senyum pulak ni?” soal Encik Halim
“Ada
chancelah Hanis dapat adik! Nak adik perempuan abah” ucap Hanis
“Hah?”
ternganga Encik Halim mendengar permintaan anak sulungnya itu
“Dah!
Jangan nak mengarut! Pergi mandi!” marah Puan Haiza sambil menolak anak
sulungnya
********************************************************
“Haiza,
awak dah sedia ke?” soal Encik Halim
“Saya
dah sedia dari segi mental dan fizikal. Abang pulak macam mana?” bersemangat
nada Puan Haiza
“Saya
dah sedia!” balas Encik Halim
“Macam
terpaksa je saya tengok muka abang tu!”
“Saya
tak yakin saya dapat buatlah”
Berkerut
dahi Puan Haiza membalas pandangan Encik Halim apabila mendengar jawapan yang
tidak diingini keluar dari bibir suaminya itu
“Awak
ingat senang ke nak main game Angry Bird tu? Sakit hati saya tau kena gelak
dengan binatang hidung pendek warna hijau tu! Dahlah hijau warna kegemaran
saya, boleh pulak binatang tu pun warna hijau” luah Encik Halim
“Abang!
Demi anak-anak kan?” Puan Haiza cuba mengingatkan suaminya tentang tujuan
mereka
“Baiklah!
Sekarang saya tengah cuba ikhlaskan hati saya untuk menatap wajah hidung pendek
tu”
“Macam
nilah Bapa Mithali! Abang nak buat yang mana dulu?”
“Saya
nak pergi kerja dulu” balas Encik Halim selamba
“Abang!”
“Nanti
dulu, sabar! Minggu depan saya settle hal anak-anak kita, sekarang saya nak
pergi kerja, minta cuti pada boss! Saya bukan boss yang boleh cuti anytime!”
ujar Encik Halim sambil tersengih
Puan
Haiza hanya mampu mengetap bibir kegeraman
********************************************************
Setelah
suami dan anak-anaknya keluar, Puan Haiza pun memulakan operasinya. Komputer
dan streamyx dibuka sambil matanya tidak lepas dari membaca buku cara-cara
untuk mendaftar dan menggunakan rangkaian sosial facebook yang dibelinya di
kedai buku MPH. Tersenyum lebar dirinya apabila menjumpai buku tersebut kerana
dengan buku tersebut, ia dapat memudahkan kerjanya, semalam hampir terbeliak
matanya kerana disitu terdapat juga buku cara-cara untuk mendaftar dan
menggunakan rangkaian sosial twitter. Pada mulanya dia keliru untuk memilih
sama ada mahu membeli buku mengenai facebook atau twitter, tetapi apabila
terdengar nada dering cinta muka buku daripada telefon anak gadis disebelahnya,
dia memilih untuk membeli buku mengenai facebook.
Setelah
selesai mendaftar, dia cuba mencari page facebook anak keduanya, Hezly dan
melihat info untuk memastikan sama ada orang yang dicari itu betul atau tidak
sebelum menghantar permintaan untuk menjadi rakan.
“Ramai
betul kawan anak aku ni! Apesal aku nampak perempuan je semua, takde lelaki
pun! Jejaka Malaya ke? Wah... Cantik-cantik kawan-kawan dia ni tapi gambar ni
betul ke tipu? Mana satu bakal menantu aku?” bebel Puan Haiza
Setelah
berpuas hati, Puan Haiza keluar dari rangkaian sosial tersebut dan menutup
komputer dan juga streamyx. Dia hanya perlu menunggu anaknya menerima
permintaannya itu sebelum memulakan langkah yang seterusnya.
********************************************************
Encik
Halim sedang menunggu lif untuk kepejabat anak sulungnya. Dia merenung bangunan
tempat anaknya bekerja sambil memikirkan ayat yang sesuai digunakan dalam
misinya. Dia menarik nafas perlahan sebelum masuk ke dalam lif dan mula
bersedia...
“Selamat
pagi, boleh saya tolong encik?” soal penyambut tetamu yang bertugas
“Selamat
pagi, boleh saya berjumpa dengan encik, hmm, encik apa yer” ucap Encik Halim
sambil menggaru kepalanya
“Encik
nak jumpa siapa sebenarnya?”
“Apa
nama boss Cik Hanis Binti Halim? Saya lupalah” Encik Halim tersengih menutup
malu
“Encik
Mukhriz, Syakir Mukhriz”
“Ya,
saya nak jumpa dengan dia”
“Encik
dah buat appointment?”
“Belum
tapi saya kena jumpa dia. Urgent!”
“Kalau
belum, saya kena tanya PA Encik Mukhriz dulu”
“Nak
tanya Hanis?” terkebil-kebil mata Encik Halim
“Mana
encik tahu Cik Hanis PA Encik Mukhriz?”
“Actually
Hanis anak saya tapi saya nak minta tolong cik, jangan bagitahu Hanis yang saya
nak jumpa boss dia boleh?”
“Encik”
“Please,
men’s talk!”
Encik
Halim tersenyum sehingga berada dihadapan ketua anak sulungnya, Syakir Mukhriz
apabila diberi lampu hijau untuk bertemu dengan lelaki tersebut.
“Ya
encik, ada apa-apa yang saya boleh bantu?” soal Syakir Mukhriz
“Tak
payah nak berencik dengan pak cik. Kalau nak moden, panggil uncle pun boleh”
Tersenyum
manis Syakir Mukhriz melihat bicara selamba bapa pembantu peribadinya itu
“Ya
pak cik”
“Pak
cik tak reti nak kias-kias, pak cik straight to the point ye. Kamu dah kawin
belum?”
“Belum.
Kenapa pak cik?” berkerut dahi Syakir Mukhriz kerana masih belum jelas tentang
kedatangan bapa pembantu peribadinya
“Kamu
suka anak pak cik tak?”
“Hanis?”
“Hanis
sorang je anak perempuan pak cik. Kamu jangan buat lawak pulak kalau maksudkan
adik-adik dia”
“Saya
tak faham apa yang pak cik cuba sampaikan”
“Pak
cik susah hati, anak pak cik perempuan, kamu lelaki tapi kerap sangat
outstation, tak manis!”
“Tapi
kami duduk berlainan bilik”
“Kita
orang Melayu, bukan cara kita, lebih baik mencegah dari mengubati! Memandangkan
kamu pun belum kawin, pak cik cadangkan kamu bawa keluarga jumpa pak cik dan
mak cik, kita buat cara elok, lepas tu kamu nak outstation plus honeymoon takde
siapa pun nak halang. Pergilah outstation mana pun janji bila raya, jangan lupa
bawa balik anak pak cik” hujah Encik
Halim
Syakir
Mukhriz hanya mampu menelan liur dan terkebil-kebil melihat. Memang diakui dia
tidak mempunyai teman wanita kerana dia seorang yang gila kerja, dan dia baru
menyedari bahawa dia kerap berdua dengan Hanis kerana urusan kerja. Hanis juga
menjadi pekerja kesayangannya kerana wanita itu juga gila kerja sepertinya.
Tiba-tiba dia teringat permintaan mamanya yang mahu dia berumahtangga, dia juga
sudah nampak jalan untuk menunaikan permintaan mamanya tetapi adakah Hanis akan
bersetuju? Adakah Hanis juga tiada kekasih hati seperti dirinya?
“Kenapa
kamu diam? Orang cakap diam tanda setuju. Kamu setuju ke dengan cadangan pak
cik?”
“Tapi
Hanis setuju ke pak cik? Macam mana dengan teman lelaki dia?”
“Pak
cik ingat kamu teman lelaki dia sebab dia asyik berkepit dengan kamu”
Syakir
Mukhriz hanya mampu tersenyum apabila terasa dirinya disindir
“Kalau
wali dah setuju, ada harapan saya tukar status!” ujar Syakir Mukhriz sambil
tertawa
“Okaylah
pak cik balik dulu, kerja pak cik rasanya dah selesai, tunggu kamu datang rumah
je” ujar Encik Halim sebelum berlalu
********************************************************
Hezly
tersenyum manis apabila berbicara dengan teman barunya, Iza. Dia terasa seperti
ada ‘chemistry’ diantara mereka walaupun baru seminggu berkenalan. Iza tidak
seperti rakan facebook yang lain, yang tergila-gilakan dirinya kerana rupa
kacaknya, kebanyakan rakan facebook adalah rakan dari sekolah dan universiti,
tetapi Iza tidak! Dia pun tidak tahu dari mana datangnya Iza tetapi dia
tertarik dengan kematangan rakannya itu.
Senyuman
Hezly semakin melebar apabila Iza menghantar mesej di facebook dan sepantas
kilat juga dia membalas. Dia tertarik dengan sikap tarik tali Iza yang banyak
berahsia dengannya kerana dia memang meminati wanita yang jual mahal dan
bukannya wanita yang sering memburu cinta darinya.
Berubah
wajah Hezly apabila Iza menyuruh dia belajar dan memberi tumpuan terhadap kelas
yang dihadirinya. Dia mengerut dahi kerana mengesyaki bahawa ada diantara rakan
yang ingin mempermainkan dirinya kerana Iza seolah-olah tahu siapa dirinya. Dia
memerhati rakan didalam kelas dan matanya terhenti pada seorang rakannya yang
bernama Izara yang kebetulan sedang membelek telefon bimbitnya. Dia tersenyum
kembali.
‘Iza
ya? Let’s play the game!’
********************************************************
Hairi
yang sedang kusyuk bermain game tiba-tiba mengerutkan dahi apabila terhidu minyak wangi lelaki yang baru
duduk disebelahnya. Matanya terkebil-kebil cuba untuk mengingati siapa yang
pernah memakai bau minyak wangi itu. Apabila dia sudah dapat jawapannya, dia
cuba untuk memastikan benar atau tidak insan yang bermain difikirannya, lantas
dihala matanya kearah lelaki tersebut, serentak dengan itu dia tergamam melihat
abahnya sedang tersenyum manis sambil membuat tanda ‘peace’.
“Abah”
ujar Hairi
“Hari
ni cikgu batalkan kelas tambahan ke?” soal Encik Halim
“Err..
Abah”
“Kenapa
dengan abah?”
“Hairi...
Hairi...”
“Hairi
apa? Eh! Dah game over!” jerit Encik Halim sambil jari telunjuknya menghala ke
skrin komputer
“Hairi
minta maaf abah! Hairi ponteng kelas” ujar Hairi sambil menunduk
“Kenapa
Hairi buat abah dengan mak macam ni?”
“Hairi
minta maaf abah”
“Hairi
tahu kan Hairi nak SPM tahun depan?”
“Hairi
tahu, abah. Hairi tahu”
“Kenapa
ponteng sekolah? Ponteng kelas tambahan, lepas tu Hairi datang cybercafé, Hairi
main game. Hairi tahu tak penat abah pergi kerja, cari duit untuk sekolahkan
Hairi, senang-senang Hairi buang duit” luah Encik Halim sambil merenung anak
bongsunya yang sedang menunduk
“Hairi
minta maaf abah”
“Abah
nak tanya Hairi, abah ada marah tak kalau Hairi nak main komputer, nak main
game?”
“Tak
ada abah”
“Mak
ada marah?”
“Tak
ada”
“So,
kalau Hairi nak main, Hairi boleh main tapi abah dengan mak tak suka Hairi
ponteng sekolah, ponteng kelas tambahan”
“Baik
abah, Hairi tak buat lagi”
“Boleh
janji dengan abah?”
“Hairi
janji abah!”
“Start
esok, abah nak kedatangan Hairi penuh, tapi sekarang, abah nak Hairi ajar abah
main game tu, macam best pulak abah tengok” ujar Encik Halim sambil mengambil
mouse diatas meja
“Abah
nak main game? Bukan abah tak minat ke?” ujar Hairi sambil menggaru kepalanya
yang tidak gatal
“Itu
dulu”
********************************************************
“Abang!”
Puan Haiza menepuk tangan Encik Halim yang sedang kusyuk bermain game
“Ya,
kenapa?”
“Saya
panggil banyak kali abang buat don’t know”
“Alah!
Abang tengah main game ni, janganlah kacau”
“Dulu
saya suruh abang main, abang merungut hidung pendeklah, apalah”
“Sebab
awak suruh saya main untuk mendapatkan feel, sekarang saya dah terlebih feel!
Jangan kacau saya nak main”
“Game
ape pulak abang main ni? Saya tak nampak binatang hijau hidung pendek pun”
“Ni
Angry Bird versi lain”
“Ada
banyak versi ke?”
“Awak
apa tahu”
“Dahlah,
malas saya layan abang, saya nak keluar”
“Awak
nak pergi mana?”
“Dating
dengan Angry Bird handsome!”
********************************************************
Hezly
menguis-nguis rambutnya sebelum keluar dari toilet KLCC. Dia mahu kelihatan
kacak dihadapan Iza. Semalam dia melompat keriangan apabila Iza bersetuju untuk
bertemu di Taman KLCC, dia sudah tidak sabar mahu menatap wajah Iza secara empat
mata walaupun dia fikir dia selalu berbalas pandang dengan Izara, gadis yang
diminatinya dalam diam. Dia tidak menyangka bahawa gadis yang diminatinya juga
meminati dirinya.
Hezly
duduk disalah sebuah kerusi sambil memerhati air pancut untuk memikirkan ayat
yang sesuai untuk berbicara dengan Izara. Dia juga kerap menilik jam tangan
untuk memastikan waktu yang ditunggu telah tiba dengan perasaan tidak sabar.
“Hai
Hezly”
Hezly
menoleh ke arah suara yang memanggilnya dengan senyuman lebar
“Mak!”
bulat mata Hezly melihat maknya dihadapan dengan senyuman lebar
“Ya”
“Mak
buat apa kat sini?” soal Hezly sambil memerhati sekeliling untuk memastikan
siapa lagi yang ada di Taman KLCC selain dari Puan Haiza
“Jumpa
Hezly” jawap Puan Haiza sambil menggoyangkan telefon bimbitnya dihadapan Hezly
“So,
mak yang menyamar jadi Iza selama ni? Mesej dengan Hezly kat facebook”
“Mak
tak menyamar jadi Iza, nama mak Haiza”
“So
selama ni Hezly mesej dengan mak?”
“Ya”
“Kenapa
mak buat Hezly macam ni?”
“Salah
satu sebab, mak nak tahu Hezly berkawan dengan siapa, mak tak nak Hezly
berkawan dengan orang yang bukan-bukan, even Hezly lelaki, mak tak nak Hezly
rosakkan anak orang, sebab lain, mak nak Hezly beri tumpuan dalam kelas, mak
nak anak mak dapat keputusan yang terbaik. Facebook salah satu cara untuk
berinteraksi, mak tak nak ketinggalan dalam zaman moden, zaman IT. So, tak
salah kan mak buat macam ni?” hujah Puan Haiza
“Thanks
mak! Hezly suka kawan dengan mak! Hezly janji akan ikut semua nasihat mak!”
********************************************************
“Haiza,
awak memang bijak!” ujar Encik Halim sambil berbaring
“Bijak
apa?”
“Petang
tadi, Hanis dah bertunang dengan Mukhriz, Hezly pun dah kurang bergayut, Hairi
pulak dah rajin kesekolah dan kelas tambahan”
“Kan
abang yang uruskan hal Hanis dan Hairi, bukan saya”
“Tapi
idea datang dari awak, saya dapat settle tanpa naik darah, stress saya pun
kurang, nak-nak lagi kalau tengah serabut dengan hal pejabat, saya main game
kejap, at least boleh regangkan tekanan kerja sekejap”
"Saya
buat demi anak-anak abang, saya nak anak-anak saya berjaya dan menjadi orang
yang berguna. Saya tak suka anak-anak buat benda tak elok, tak kisah lelaki
atau perempuan. Demi sayangku!”
“Saya
juga ikhlas buat demi anak-anak! Demi sayang saya juga pada anak-anak untuk
menangani masalah yang berlaku pada anak-anak dalam zaman teknologi maklumat
ni” balas Encik Halim
Encik
Halim dan Puan Haiza berbalas senyuman kerana usaha mereka untuk kebaikan
anak-anak mereka menuju ke arah yang benar, menunjukkan hasil yang positif.
Saturday, 31 December 2011
Si Samseng Hati
“Aduh! Sakit!” jerit Zarif Haqimi
Zarif Haqimi jatuh terlentang apabila
dirinya dilanggar oleh seorang peragut, lebih malang lagi apabila peragut
tersebut jatuh tertiarap diatas badannya. Nafasnya terasa sesak apabila peragut
tersebut dengan pantas bangun sambil lututnya menekan perut Zarif Haqimi.
Dengan rasa marah, Zarif Haqimi menarik kaki peragut tersebut menyebabkan
peragut tersebut jatuh terduduk disisinya.
“Oi! Kurang ajar!” marah Zarif Haqimi
“Aku takde masa nak belajar sampai
cukup ajar dengan kau!” balas Airin Emelda
“Perempuan?” soal Zarif Haqimi
“So what?” balas Airin Emelda
“Kasarnya! Macam samseng” ujar Zarif
Haqimi
“Terima kasih encik, sebab tolong saya
tangkap peragut ni”
Serentak dengan itu, Zarif Haqimi dan
Airin Emelda menoleh ke arah suara yang menegur.
“Peragut?” soal Zarif Haqimi pelik
apabila dia tidak nampak sebarang bukti menandakan Airin Emelda merupakan
seorang peragut
“Ya encik. Dia ragut beg duit seorang
mak cik yang sedang melintas jalan” sambung tuan empunya suara tersebut
“Pulangkan balik!” marah Zarif Haqimi
Dengan rasa marah, Airin Emelda
melemparkan beg duit tersebut ke muka Zarif Haqimi. Selepas itu, dia pantas
berlari semula untuk menyelamatkan diri.
“Samseng punya budak!” jerit Zarif
Haqimi
********************************************************
“Mel, sampai bila kau nak berperangai
macam ni? Kau tu perempuan, cuba berperangai elok sikit” tegur Puan Aisyah
“Mak, orang tak sukalah panggil Mel,
macam perempuan sangat! Panggil Aim okay!” marah Airin Emelda
“Dah memang kau perempuan, mak nak
buat macam mana?” balas Puan Aisyah
“Kecohlah mak ni!” rungut Airin Emelda
sambil menyerabutkan rambutnya
“Selagi kau tak berubah, mak akan
kecoh!”
Airin Emelda yang tidak tahan
mendengar bebelan emaknya lantas keluar dari rumah. Disepaknya selipar diluar
rumah apabila ada diantara selipar tersebut yang bertindih menyebabkan
seliparnya terletak dibawah.
“Tegur sikit, marah bukan main” bebel
Puan Aisyah
Puan Aisyah tidak jadi meneruskan
kerjanya di dapur. Dipandang sayu tepung bancuhan kuih dihadapannya sebelum dia
menutup bancuhan tersebut. Dengan langkah perlahan, dia menuju ke arah ruang
tamu, di mana terletaknya album keluarga. Dia mengambil album tersebut dan
menyelak album tersebut sehingga tertera gambar empat insan dihadapannya, dia
melihat dirinya bahagia bersama suami dan anak kembar mereka.
‘Ecah, Ecah dukung Emy, abang dukung
Emel okay?’ ujar Elyas
‘Okay abang’ balas Puan Aisyah bersama
senyuman manisnya
Diusapnya gambar kenangan bersama
arwah suami dan arwah anaknya, Azlin Emylia. Setitis demi setitis air matanya
jatuh mengenai gambar tersebut.
“Maafkan Ecah, abang. Ecah tak tau nak
buat macam mana untuk ubah Emel”
********************************************************
“Qimi, kenapa muka kau? Ada kesan
calar, baju kau pun koyak, lepas tu macam ada darah kering je. Kau bergaduh
dengan siapa?” soal Rizman
“Sudah jatuh, ditimpa tangga” jawab
Zarif Haqimi
“Ha? Aku tak paham” serius muka Rizman
memandang Zarif Haqimi
“Tadi aku kena langgar dengan peragut,
jatuh terlentang aku atas tar jalan, dia pulak sedap aje landing atas badan
aku, nasib badan kurus, kalau spesis tong, hancur aku! Lepas tu, bila kantoi
dia peragut, boleh pulak lempar beg duit dia ragut tu ala-ala main boomerang,
tepat kat muka aku pulak tu! Nasib baik kehenseman aku ni belum terjejas, kalau
takde mana-mana awek sangkut, aku paksa dia kawin dengan aku!” hujah Zarif
Haqimi
“Kau ni lepas accident, terus tak
betul ke?”
“Apa yang tak betul? Aku waras lagi
okay!”
“Nak kawin dengan kaum sejenis”
“Kaum sejenis? Aku keturunan
baik-baik, bukan keturunan peragut! Mana datang sejenis?” marah Zarif Haqimi
“Aku tau kau keturunan baik-baik tapi
peragut tu lelaki, kau nak kawin dengan lelaki ke?”
“Peragut tu perempuan!” tegas nada
Zarif Haqimi
“Apa? Perempuan? Kau biar betul?”
“Apa yang tak betul? Betul la! Ganas
budak samseng tu! Sakit-sakit badan aku!”
“Kau sanggup nak kawin dengan budak
peragut tu? Entah dari mana asal usul, dari kau berduit terus pokai sebab asyik
kena ragut dengan bini....” Rizman tidak jadi meneruskan kata-katanya untuk
mengusik apabila Zarif Haqimi merenungnya tajam
“Kau jangan nak tambah angin aku, kang
tak pasal mulut kau aku ragut!” selepas itu dia melangkah meninggalkan Rizman
yang terkebil-kebil memandang
********************************************************
‘Ayah! Bila ayah nak belikan Emel
basikal baru?’ ujar Airin Emelda
‘Ya sayang, nanti ayah belikan Emel
basikal baru, tunggu ayah gaji ya’ balas Elyas
‘Ayah selalu cakap macam tu! Kereta
control yang ayah janji pun ayah belum beli’ rungut Airin Emelda
‘Emel selalu minta macam-macam kat
ayah. Emel tak kesian kat ayah ke penat cari duit, Emel pulak senang nak
habiskan?’ soal Azlin Emylia
‘Emy tau sibuk aje! Kalau Emy tak nak,
diam-diam sudah, tak payah nak ambil tahu hal orang!’ marah Airin Emelda
‘Emy, Emel, jangan gaduh! Anak-anak
ayah ni baik kan? Dengar cakap ayah, adik-beradik mesti berbaik’ nasihat Elyas
Deringan telefon bimbitnya
menyedarkannya dari kenangan lalu, dengan perlahan dia menyapu air mata yang
mengalir sebelum menjawap panggilan itu.
“Bila Emel nak balik?!” soal Puan
Aisyah
“Bila Aim rasa Aim nak balik, Aim
balik” balas Airin Emelda
“Kau jangan nak buat pasal dengan mak!
Dah dekat pukul 10 malam pun tak reti nak balik. Anak dara apa kau ni? Kau
jangan nak tambah baran mak! Emel... Hello.. Hello!!”
Terduduk Puan Aisyah apabila talian telefon
dimatikan. Diusap mukanya untuk membuang perasaan marah.
“Perangai siapalah dia ikut? Dari dulu
perangai keras kepala dia tu tak pernah berubah!”
********************************************************
“Qimi, baru balik? Lambat Qimi balik
hari ni” soal Puan Zuraida
“Ibu, belum tidur lagi?” soal Zarif
Haqimi pula tanpa menjawap soalan yang diajukan
“Ibu tunggu Qimi balik, Qimi dah makan
belum?”
“Qimi belum makan ibu tapi Qimi takde
selera nak makan”
“Anak ibu sakit ke? Eh, kenapa muka
Qimi bercalar ni?”
“Tadi ada peragut langgar Qimi ibu,
bila hampir kena tangkap, dia lempar beg yang dia ragut tu ke muka Qimi” lemah
nada yang kedengaran dari bibir Zarif Haqimi
“Anak ibu okay? Dia tak ragut anak ibu
kan? Selain muka Qimi calar, ada luka kat tempat lain tak?” soal Puan Zuraida
cemas
“Siku Qimi luka sikit je ibu, dah
kering pun, abah dah tidur ibu?” Zarif Haqimi cuba mengalihkan perhatian
emaknya
“Abah dah tidur, ibu risau Qimi,
berapa bulan je lagi Qimi nak naik pelamin, Qimi ada jumpa Qiesya tak? Apa dia
cakap?”
“Dia tak cakap apa pun sebab dia tak
jumpa Qimi tapi Qimi yang nak cakap dengan ibu, Qimi... Qimi letih, Qimi masuk
bilik dulu, Assalamualaikum ibu”
Dengan langkah perlahan Zarif Haqimi
menuju ke biliknya, dia menghembus nafas perlahan apabila mengenangkan
peristiwa yang berlaku padanya sepanjang hari tersebut. Perkara pertama apabila
dia dilanggar dengan peragut wanita berpelakuan kasar seperti samseng ketika
dalam perjalanan pulang ke pejabat selepas dari makan tengah hari. Dia sangat
marah kerana mukanya calar akibat daripada perbuatan peragut tersebut kerana
mengenangkan dia bakal menjadi raja sehari dalam masa dua bulan sahaja lagi.
Diramas-ramas rambutnya apabila
peristiwa kedua muncul di ruang matanya. Sakit hatinya melebihi dari peristiwa
pertama apabila dia ternampak tunangnya, Qiesya Kirana berjalan sambil memeluk
tangan seorang lelaki tua yang merupakan salah seorang pelanggan syarikat
tempat dia bekerja.
“Cina tua pun kau layan!” jerit Zarif Haqimi
“Qimi, kenapa?” soal Puan Zuraida
cemas apabila mendengar jeritan anaknya
“Takde apa ibu, Qimi tengah menyanyi,
maaflah terkuat pulak volume Qimi, ganggu ibu nak tidur”
********************************************************
“Assalamualaikum ibu, abah, selamat
pagi” tegur Zarif Haqimi kepada ibubapanya yang sedang bersarapan
“Waalaikumussalam, selamat pagi”
serentak Encik Hasry dan Puan Zuraida menjawap
“Lambat Qimi balik semalam, banyak
kerja di pejabat?” soal Encik Hasry
“Banyak tak banyak abah” jawap Zarif
Haqimi
“Banyak tak banyak?” soal Encik Hasry
lagi
“Kerja dekat office tak banyak tapi
kerja lain yang banyak”
“Kerja apa Qimi?” soal Puan Zuraida
lembut
“Qimi nak berterus terang dengan abah
dan ibu yang Qimi nak putuskan pertunangan dengan Qiesya”
“Qimi! Apa Qimi cakap ni?” soal Puan
Zuraida
“Tolonglah ibu, abah, tolong Qimi”
rayu Zarif Haqimi
“Zarif Haqimi! Dah fikir masak-masak?
Masa nak bertunang dulu beria sangat, tak sabar nak kahwin, bila tarikh dah
dekat, senang-senang nak putus? Qimi nak bagi malu ibu dengan abah ya?” marah
Puan Zuraida
“Bukan Qimi sengaja ibu. Qimi buat
bersebab” Zarif Haqimi membela diri
“Sebab apa? Tempahan dah dibuat, kad
pun ada yang abah dengan ibu dah edarkan” balas Encik Hasry
“Qimi jangan bagi malu keluarga! Malu
ibu nak pergi rumah keluarga Qiesya nak batalkan majlis ni, itu satu hal, ibu
nak cakap apa dengan tetamu yang hadir nanti sebab ada tetamu yang kami dah
jemput” Puan Zuraida masih belum berpuas hati dengan tingkah anaknya itu
“Ibu cakaplah Qimi takde jodoh dengan
Qiesya”
“Qimi! Jangan bagi ibu malu! Dua kali
ibu kena tanggung malu, dengan keluarga Qiesya dan dengan tetamu!”
“Ibu, abah...”
“Apa sebabnya? Qimi kena bagitau!!”
Puan Zuraida menguatkan suaranya
“Ida, sabar Ida, kita settle
elok-elok, jangan ditengking anak kesayangan awak ni” ujar Encik Hasry
“Anak kesayangan abang!” balas Puan
Zuraida
“Selalu anak kesayangan dia”
“Time kritikal macam ni, bukan!”
“Ibu, ayah, tolonglah” rayu Zarif
Haqimi
“Kalau Qimi nak ibu tolong, Qimi pergi
cari pengganti Qiesya! Ibu tak nak tanggung malu dua kali!” putus Puan Zuraida
“Mana Qimi nak cari dalam masa dua
bulan ni?”
“Bukan masalah ibu!” ujar Puan Zuraida
sebelum berlalu meninggalkan ruang makan keluarga
********************************************************
“Tolong! Tolong! Pencuri!”
Pantas Zarif Haqimi menoleh ke arah
datangnya suara itu. Matanya meliar mencari pencuri yang di maksudkan, apabila
matanya menemui sasaran, pantas langkah kaki di atur untuk membantu menangkap
pencuri tersebut
“Hah! Dapat pun! Kau ni apa nak jadi?
Kerja mencuri, makan duit haram!” marah Zarif Haqimi
“Sibuklah kau! Tepi!” marah pencuri
tersebut pula
“Eh kau?! Muka kau lagi? Kau ni memang
muka pencuri, peragut!” balas Zarif Haqimi
“Kau? Suwey betul aku kalau jumpa kau!
Asyik kau je, aku gagal!” rungut Airin Emelda
“Baguslah! Kalau tak, berapa ramai
lagi yang bakal bernasib malang kalau kau tak jumpa aku”
“Blahlah!” jerit Airin Emelda sambil
melangkah untuk meninggalkan Zarif Haqimi
“Banyak kau punya blah! Kau ingat aku
senang hati nak lepaskan kau macam hari tu lagi? Hutang kau kat aku pun belum
bayar lagi” leter Zarif Haqimi sambil memegang pergelangan tangan Airin Emelda
“Hutang apa? Aku tak berhutang dengan
kau, curi atau ragut kau pun tak!”
“Kau nampak calar kat muka aku ni?
Calar sebab kau sesedap rasa lempar beg yang kau ragut dekat muka aku yang
handsome ni. Sekarang aku nak kau bayar balik hutang kau”
“Kau nak aku bayar balik dengan duit
haram aku curi ni ke?” soal Airin Emelda sambil berusaha melepaskan tangannya
Zarif Haqimi tersenyum melihat reaksi
Airin Emelda yang sedang berusaha melepaskan tangannya, gaya seperti samseng
tetapi perempuan tetap perempuan! Pergelangan tangan yang dicengkam masih lagi
tidak dapat dilepaskan, malah mukanya juga sudah memerah, mungkin kerana marah
tetapi semakin comel pula dipandangan mata Zarif Haqimi.
“Kau ni kenapa? Suruh aku bayar hutang
tapi senyum pulak!” jerit Airin Emelda
“Kau pilih! Nak aku serah kau kat
balai polis atau kau nak jadi orang suruhan aku?”
“What?”
“Kalau kau nak aku serah kau kat
polis, sekarang jugak aku boleh serah tapi kalau nak jadi orang suruhan aku,
kau kena buat apa saja yang aku suruh”
“Orang suruhan dapat gaji kan?” soal
Airin Emelda
“Dapat!” balas Zarif Haqimi bersama
senyuman yang semakin melebar
“So, kau nak aku buat apa?”
“First, pulangkan balik barang yang
kau curi!” ujar Zarif Haqimi bersama senyuman manisnya
********************************************************
“Apa? Kau jangan nak buat pasal!”
marah Puan Aisyah
“Aim tak buat pasal mak, Aim cakap
betul” balas Airin Emelda
“Tolong saya mak cik” ujar Zarif
Haqimi
“Korang berdua dah buat apa? Emel! Kau
mengandung anak jantan ni ke? Mak dah cakap, jangan buat benda tak elok semua
tu! Kau buat jugak!” leter Puan Aisyah
“Mak! Tak payah nak karut sangat! Emel
tak mengandung!” balas Airin Emelda
“Kadang-kadang mak terfikir, macam
mana kau nak mengandung kalau jantan tengok perangai samseng kau tu pun, dah
rasa seram, tapi tak mustahil kalau kau mengandung sebab kau tu perempuan”
Zarif Haqimi tersenyum melihat gaya
percakapan Puan Aisyah. Patut anak samseng, mak dia pun boleh tahan!
“Yang kau senyum kenapa?” soal Puan
Aisyah kepada Zarif Haqimi
“Ambil hati mak cik untuk mak cik
terima saya sebagai menantu” balas Zarif Haqimi
“Kau ingat senang aku nak lepas anak
aku dekat orang yang aku tak kenal dalam masa dua bulan? Nanti orang ingat Emel
ni mengandung anak luar nikah”
“Kalau dekat belah mak cik nak buat
kenduri lambat sikit pun boleh, nikah dulu, orang tak boleh cakap apa pun mak
cik” balas Zarif Haqimi
“Mak, terima jelah, lagipun rezeki
datang bergolek tak kan mak tak nak kaut? Perangai samseng Aim ni lelaki mana
yang terpikat mak?”
“Kau ni dari kecik, perangai keras
kepala kau tu tak pernah berubah! Hah! Apa nama kau tadi? Mak cik lupa”
“Zarif Haqimi, panggil Qimi mak cik”
“Hah Qimi, bawak keluarga kau jumpa
mak cik, kalau nak express pun ikut adat!”
“Baik mak cik, terima kasih mak cik”
“Bagus! Kerja kau belum selesai lagi”
ucap Zarif Haqimi apabila dia berdua dengan Airin Emelda diluar rumah
“Aku taulah! Sampai kawin kan? Lepas
tu kau jangan lupa cerai aku, gaji aku bila boleh dapat?”
“Dah kawin nanti aku bagi”
“Lambat! Aku nak sekarang”
“Kerja belum settle, nak dapat apa?”
“Baik kau bagi deposit, kalau tak aku
batal!” ugut Airin Emelda
********************************************************
“Sayang! Sampai hati you tau! Kenapa
batalkan majlis kita? Tak sampai dua bulan majlis kita tau!” marah Qiesya
Kirana
“I’m not your sayang anymore!” ujar
Zarif Haqimi
“But why?”
“Qiesya, kawan-kawan I ramai yang
report kat I tentang you tau! Keluar dengan Datuk, Tan Sri, I boleh sabar sebab
I ingat you follow your boss jumpa client tapi depan mata I sendiri, I nampak
you dengan client company I, siap peluk bagai, you ingat I boleh sabar? Cina
tua pun you lalu?”
“Qimi, I boleh explain dekat you”
“Keputusan I muktamad!”
“Qimi, I still sayang you, please...
Jangan buat I macam ni” rayu Qiesya Kirana
“Hoi! Dah.. Berhenti berharap! Kalau
dia tak nak, kau tak payah nak buat muka tak malu” ujar Airin Emelda
“You siapa? Jangan nak menyibuk hal
orang!”marah Qiesya Kirana
“Aku tunang dia! Dua bulan dari
sekarang, aku yang akan jadi wife dia, bukan kau!”
“Hello! You tak layak untuk Qimi okay!
Qimi mana layan samseng macam you!”
“Kau nampak penumbuk aku? Kau teringin
nak rasa kena tumbuk?” soal Airin Emelda sambil menunjukkan penumbuknya
“Hey! Samseng! Samseng macam you mana
layak untuk Qimi”
“Sepatah kau cakap, sebijik penumbuk
aku bagi” ugut Airin Emelda sambil mengepal penumbuknya
Terkebil-kebil mata Qiesya Kirana
melihat gaya Airin Emelda sebelum dia berlalu pergi
Zarif Haqimi yang melihat situasi
tersebut tersenyum manis. Dia mula menyenangi kerenah keras dan kasar Airin
Emelda kerana gadis tersebut seorang yang jujur dan tidak mengada-ngada seperti
Qiesya Kirana. Dia juga berasa selesa bersama Airin Emelda kerana dia tidak
perlu berpura-pura untuk menjadi seperti yang diingini pasangan seperti yang
perlu dia lakukan ketika bersama dengan Qiesya Kirana
“Si samseng hatiku, jom, kita perlu
uruskan beberapa perkara untuk majlis perkahwinan kita” ujar Zarif Haqimi
kepada Airin Emelda
********************************************************
Beberapa bulan kemudian....
“Assalamualaikum, mak”
“Waalaikumussalam, hah! Kau ni siapa?”
soal Puan Aisyah
“Mak, ni anak mak. Tak kenal ke?” soal
Airin Emelda
“Emel anak aku perangai masyaallah! Ni
ayu, sopan santun biar betul?”
Airin Emelda hanya tersenyum melihat
Puan Aisyah membebel tidak percaya
“Mak, takkan nak biar kami berpanas
kat luar ni? Masuk dululah” ujar Zarif Haqimi
Ternganga Puan Aisyah melihat
perubahan sikap anak dan menantunya. Anak yang dikenali bersifat kasar sejak
dari kecil berubah menjadi lemah lembut dan bersopan santun manakala menantu
yang disanjung pekertinya selama ini berperangai seperti samseng pula.
“Mak” ujar Airin Emelda sambil
menghulurkan tangan untuk bersalam dengan Puan Aisyah
Puan Aisyah menelan liur melihat
anaknya itu mencium tangannya tanpa disuruh seperti selalu, matanya pula
semakin membulat ketika melihat menantunya sedang menonton televisyen sambil
meletakkan kakinya diatas meja, lantas ditarik tangan Airin Emelda menuju ke
tempat dimana Zarif Haqimi sedang berada
“Apa yang tak kena dengan korang ni?
Emel berubah sikap seperti sikap Qimi, Qimi pulak take over sikap Emel?” soal
Puan Aisyah
“Rilekslah mak, tak payah kalut!” ujar
Zarif Haqimi
“Abang.. Biar Emel cakap” manja suara Airin
Emelda sambil menampar lembut bahu Zarif Haqimi
“Mak, sebenarnya Emel dah mengandung!
Kami tak sangka pulak effect dia sampai perangai dan sikap kami berdua dah
berubah dan menjadi terbalik” tutur Airin Emelda lembut sambil ketawa perlahan
“Hai macam-macam si samseng hati aku
ni! Syukur Emel dah berubah, mak harap lepas bersalin pun berubah terus, Qimi
pulak mak harap lepas Emel bersalin, sikap kau kembali asal” ucap Puan Aisyah
sambil tersenyum
‘Abang, Ecah tak sangka akhirnya Emel
berubah!’
Subscribe to:
Posts (Atom)