Monday, 5 December 2011

Anak Mummy!


“Terima kasih Cik Adila, semoga suatu hari nanti kita akan bekerjasama lagi”, ujar Hariz Mikail

“Sama-sama Encik Hariz, saya pun harap begitu juga. Saya gerak dulu ya” balas Nurul Adila sambil tersenyum hambar, menahan kesedihan kerana projek usahasama syarikat mereka sudah sampai kehujungnya.

Hariz Mikail Bin Datuk Hamdan! Lelaki pertama yang telah mencairkan hati seorang wanita bernama Nurul Adila Binti Datuk Muhammad Adam. Nurul Adila tidak menyangka bahawa usahasama syarikat keluarganya bersama dengan syarikat milik Datuk Hamdan telah menemukan dia dengan pemuda yang mampu mencairkan hatinya.

Malangnya, selama lebih dari 2 tahun perkenalannya dengan lelaki tersebut, dia masih lagi belum mampu untuk menawan hati pujaannya itu. Dia juga tidak pernah melihat mana-mana wanita yang boleh disyaki sebagai teman wanita lelaki tersebut muncul dihadapan matanya. Pernah juga terfikir dibenaknya bahawa lelaki tersebut mempunyai hubungan sejenis tetapi cepat sahaja dihalaunya fikiran itu apabila cinta sudah menguasai hati.

Lelaki tampan yang berkarisma serta matang dalam menentukan hala tuju syarikat telah membuatkan ramai yang jatuh cinta padanya, tidak terkecuali juga pada Nurul Adila. Bonus juga kerana Hariz Mikail masih muda dan bujang. Ciri-ciri lelaki yang diidamkan Nurul Adila ada pada Hariz Mikail, matang, bujang dan muda! Dengan langkah longlai, Nurul Adila meninggalkan Hariz Mikail yang masih lagi tersenyum manis padanya.

********************************************************

“Assalamualaikum mummy!” seru Hariz Mikail

“Waalaikumussalam, anak mummy dah balik? Cepat Hariz balik hari ni” balas Datin Maznah

“Projek usahasama company kita dengan company Datuk Adam dah settle. So, today just makan-makan untuk meraikan kejayaan syarikat je mummy. Kalau ikut, dah boleh balik awal lagi dah mummy tapi tadi Hariz sembang-sembang dulu dengan pengurus yang handle projek ni” jujur hujah Hariz Mikail

“Pengurus tu lelaki ke perempuan?” soal Datin Maznah sambil tersenyum meleret

“Perempuan mummy. Kenapa?” Hariz Mikail merenung raut wajah Datin Maznah

“Hariz ada perasaan pada dia? Dia bujang ke dah kawin?” soal Datin Maznah cemas

“Dia belum kawin lagi tapi Hariz rasa biasa dengan dia. Kenapa ni mummy?” Hariz Mikail semakin pelik melihat tingkah mummynya

“Hariz kan bekerjasama dengan dia selama lebih dari 2 tahun, confirm Hariz dengan dia free? Tangkap cintan bagai tak de kan?” Datin Maznah masih lagi cemas menunggu jawapan anak kesayangannya itu

“Mummy, Hariz still free... Single and available, and also, I’m not a gay!”

“Syukur... Alhamdulillah... Hariz anak mummy kan?” senyuman Datin Maznah kembali meleret

“Of course I am”

“So, kalau macam tu, Hariz boleh buat sesuatu untuk mummy tak?”

“Apa mummy? Hariz akan buat apa saja demi mummy”

“Hujung minggu ni, Hariz follow mummy jumpa kawan lama mummy, kawan masa mummy sekolah dulu, my best friend, lama mummy tak jumpa dia” Datin Maznah merenung Hariz Mikail dengan senyuman manis

“Everything for you mummy” balas Hariz Mikail

********************************************************

“Kenapa mama nampak Dila layu sangat ni sayang?” soal Datin Normah

“Letih sikit mama, Dila masuk bilik dulu” hambar kedengaran suara Nurul Adila

“Tadi elok je berangan kat ruang tamu ni, bila mama datang, cepat je nak masuk bilik” kedengaran rajuk dari nada Datin Normah

“Mama, Dila minta maaf, Dila betul-betul letih, bukan nak melarikan diri dari mama”

“Papa cakap kat mama, hari ni just ada jamuan makan untuk meraikan kejayaan projek usahamasama dengan company Datuk Hamdan tapi mama nampak Dila letih sangat, Dila ada buat kerja lain ke? Setahu mama, kalau Dila pergi site tengah-tengah panas pun Dila tak seletih sekarang. Anak mama ada masalah ke?”

Nurul Adila tergamam melihat mamanya. Datin Normah seolah-olah dapat membaca sesuatu yang dirahsiakannya. Selama seminggu dia berubah sikap dari seorang yang ceria, menjadi pendiam apabila gagal menawan hati Hariz Mikail sedangkan selepas berakhirnya usahamasama syarikat mereka, belum tentu mereka akan bekerjasama lagi. Dengan sikap pasif Hariz Mikail terhadap huluran kasihnya, bererti semakin sukar untuknya mendapat peluang bersama lelaki itu.

“Dila sayang, what happened? Dengan mama pun Dila tak nak share, sebelum ni kalau ada masalah semua Dila kongsi dengan mama” Datin Normah masih memujuk Nurul Adila

“Dila...” Nurul Adila menggigit bibirnya kerana tidak dapat meluahkan isi hatinya

“Dila apa?” Datin Normah menjungkitkan keningnya tanda dia benar-benar mahu mengetahui masalah anaknya itu

“Dila letih mama, Dila masuk bilik dulu” lantas laju kakinya melangkah masuk ke biliknya bersama dengan air mata yang mula bergenang di tubir mata

‘I’m really love you, Hariz! Dila tak pernah rasa macam ni. Kenapa Hariz tak pandang Dila? Hariz sudah berpunya atau Hariz....’ desis hati Nurul Adila sambil jari-jemari mengesat air mata yang semakin deras mengalir

********************************************************

“Dila rasa mama paksa Dila ke?” soal Datin Normah

“Paksa apa? Apa mama cakap ni? Dila tak faham” ujar Nurul Adila sambil tenang memandu

“Follow mama jumpa kawan lama mama. Dila rasa mama paksa Dila follow ke?” Datin Normah berasa tidak selesa dengan sikap membisu Nurul Adila

“Dila tak rasa macam tu pun mama. Mama je yang fikir bukan-bukan” balas Nurul Adila hambar

“Mama tak sedap hati kalau Dila senyap macam ni, sebelum ni mama tengok Dila happy, kenapa dalam seminggu dua ni Dila muram, tak bermaya, tak bersemangat ni sayang?” ujar Datin Normah

‘Sebab Hariz Mikail mama! Dila betul-betul falling in love dengan dia’ desis hati Nurul Adila

“Dila! I’m talking to you!”

Sergahan berserta tepukan di peha Nurul Adila menyebabkan Nurul Adila mengeluh kasar. Dengan malas  Nurul Adila memandang ke arah mamanya selepas memarkir kereta dan tersenyum hambar melihat wajah mengharap mamanya itu. Sebelum keluar dari kereta sempat, Nurul Adila berkata ‘Kita dah sampai’ kepada Datin Normah.

********************************************************

“Maz!” seru Datin Normah

Datin Maznah memandang ke arah suara yang memanggil namanya dan serentak dengan itu, Datin Maznah tersenyum lebar.

“Nor!” seru Datin Maznah

“Lama Maz tunggu Nor?” soal Datin Normah

“Taklah Nor, Maz pun baru sampai ni. Ni Maz nak kenalkan anak teruna Maz....”

“Cik Adila?” soal Hariz Mikail, memotong percakapan mummynya

Nurul Adila yang tunduk dengan wajah mendung lantas memanggung kepalanya apabila terdengar namanya dipanggil, serentak dengan itu, matanya bersabung pandang dengan mata Hariz Mikail. Datin Maznah dan Datin Normah yang berada bersama mereka tercengang melihat tingkah Hariz Mikail dan Nurul Adila

“Encik Hariz?” soal Nurul Adila pula

“Dila kenal dengan anak kawan mama?” soal Datin Normah

“Nor, kita baru plan nak kenalkan tapi anak-anak kita ni lagi advance, dah kenal pun!” ujar Datin Maznah dengan nada ceria

Hariz Mikail dan Nurul Adila kedua-duanya tersenyum mendengar kata-kata Datin Maznah

“Mana Hariz kenal Dila?” soal Datin Normah

“Syarikat kita baru saja habis kerjasama selama lebih dua tahun untuk membangunkan kawasan perumahan di pedalaman Sabah, aunty” jelas Hariz

“So Hariz, ni la pengurus yang berurusan dengan Hariz?”soal Datin Maznah dengan senyuman meleret

“Ya mummy”

“Hariz, mummy sebenarnya dah plan dengan Aunty Nor, nak padankan Hariz dengan Dila, anak Aunty Nor, so, ni yang mummy ajak Hariz jumpa sekali dengan Aunty Nor dan anaknya, Adila” ujar Datin Maznah

“Mummy nak jodohkan Hariz dengan Dila? Hariz ikut je mummy” putus Hariz Mikail

Berkerut dahi Nurul Adila mendengar jawapan Hariz Mikail, matanya tepat merenung wajah lelaki dihadapan dengan riak tidak percaya. Selama lebih dari dua tahun dia berusaha untuk menambat hati pujaannya itu tetapi gagal, sehingga dia memikir berbagai kemungkinan terhadap lelaki tersebut tetapi kini, apa sahaja yang dikata oleh mummynya, diikut dengan mudah oleh lelaki tersebut.

“Alhamdulillah” serentak ucapan dari Datin Maznah dan Datin Normah

“Kenapa senang sangat setuju?” soal Nurul Adila dengan perasaan marah

“Dila? Kenapa ni?” soal Datin Normah

“Mama, Encik Hariz yang Dila kenal bukan macam ni orangnya! Encik Hariz yang Dila kenal akan berfikir secara matang dalam menentukan hala tuju masa depan, bukan hanya setuju dengan pendapat orang lain tanpa memikir baik dan buruk akibatnya suatu hari nanti” hujah Nurul Adila

“So, nilah orangnya yang membuatkan anak mama berubah sikap selama ni?” soal Datin Normah

Nurul Adila tergamam mendengar soalan dari mamanya bersama muka yang merah menahan malu

********************************************************

“Jangan nak buat-buat tidur!” ucap Hariz Mikail

Tangan Hariz Mikail menarik bantal peluk yang dipeluk Nurul Adila dan mengalihnya ke tempat lain. Matanya merenung raut wajah isterinya itu disebalik suram lampu tidur, serentak dengan itu tangannya memicit hidung mancung si isteri.

“Sakitlah!” jerit Nurul Adila sambil menepis tangan Hariz Mikail

“Tipu lagi! Abang tau sayang tak tidur lagi tapi saja je kan? Takut abang ikut cakap mummy kan?”

“Ikut apa? Dila tak faham?” soal Nurul Adila

“Cuba ingat balik, abang bagi masa 5 minit”

‘Dila, boleh tak mummy nak cucu secepat yang mungkin?’

‘Cucu? Mummy kena tanya abang’ jawab Nurul Adila sambil menahan malu

‘Hariz? Dia sejak kecil lagi akan turutkan apa saja kemahuan mummy, dia tidak akan pernah membantah’

“Ha! Dah ingat belum?” soal Hariz sambil membelai rambut Nurul Adila

“Abang tak pernah membantah kemahuan mummy?”

“Abang akan lakukan apa saja demi mummy sebab abang anak mummy, tanpa mummy, abang pun takde kat dunia ni. Abang ada satu rahsia nak bagitau sayang”

“Apa?”

“Abang tau sayang ade tackle abang dulu tapi abang yang buat don’t know” ucap Hariz Mikail

“Jahat!” ujar Nurul Adila sambil menampar manja lengan Hariz Mikail

“Abang tau orang sekeliling fikir abang gay sebab abang pernah terdengar staff bergosip, abang bukan seperti yang disangka, actually I’m falling in love with you sayang, first time tengok sayang pun abang dah suka. Abang just ignored perasaan abang sebab abang pernah dengar mummy cakap dekat daddy yang mummy nak carikan calon untuk abang, seperti yang abang cakap, abang akan lakukan apa saja demi mummy”

“Kalau Dila bukan pilihan mummy, Dila gigit jari jelah ye?” soal Nurul Adila

“No comment!” ucap Hariz Mikail sambil tersenyum simpul

“Menyampah!”

“Sayang, jodoh ditangan Allah, mummy hanya match maker, itu saja yang mampu abang cakap”

Nurul Adila hanya memandang raut wajah Hariz Mikail. Dia terpesona dengan sifat matang yang ada dalam diri lelaki tersebut

“Sayang, abang akan ikut apa saja cakap mummy! Mummy nak cucu!” ujar Hariz Mikail dengan senyuman nakal

“Abang!!!!”

No comments:

Post a Comment